Saturday, 4 May 2013

Penyokong PAS Cuba Tempeleng Jarak Jauh Presiden PSM?!

Kempen membantah calon PKR kerusi Dun Kota Damansara, Dr Mohd Nasir Hashim memuncak malam tadi apabila sekumpulan penyokong Pas mengadakan demonstrasi ketika Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali berceramah di Padang Awam, Seksyen 7, Kota Damansara.

Bantahan bermula selepas kira-kira 15 minit Mustafa berceramah sekitar jam 10 malam bagi menjelaskan isu yang timbul berhubung pertindihan calon PR di kerusi Dun Kota Damansara.

Salah seorang penyokong turut bertanyakan tentang pendirian Pas tentang Parti Sosialis Malaysia (PSM), yang diketuai Dr Mohd Nasir Hashim, namun ia sekali lagi mendapat cemuhan daripada 30 penyokong selepas Mustafa enggan menjawab soalan itu.

Keadaan menjadi tidak terkawal apabila ahli-ahli Pas tersebut berang selepas Mustafa segera menamatkan ucapannya dan beredar dari lokasi ceramah.

Sebahagian daripada anggota keselamatan terdiri daripada penyokong PKR yang cuba mengeluarkan penyokong Pas dari kawasan tapak ceramah.

Tindakan itu menyebabkan ahli-ahli Pas berkenaan berkumpul di kawasan jalan raya bagi meneruskan bantahan termasuk mahu calon Pas, Ridzuan Ismail bertanding di kerusi Kota Damansara pada Pilihan Raya Umum Ke-13 ini mewakili Pakatan Rakyat Subang.

Namun tindakan pantas polis berjaya meleraikan keadaan dari menjadi bertambah tegang dengan mengarahkan kedua-dua penyokong bersurai kira-kira jam 11.30 malam.

Tiada sebarang tangkapan dilakukan oleh pihak polis berikutan insiden tersebut dan keadaan dikawasan itu kembali terkawal. - sumber


Dari perbuatan ini menunjukkan kejayaan PKR mengajar penyokong PAS mengamalkan amalan anarki, dalam pakatan kini merudum ibarat retak menanti belah. Stopa sepatutnya membersihkan diri terlebih dahulu sebelum cuba menarik PSM bersama PAS, Lihatlah sendiri apa yang terjadi bila PAS mengekalkan si spenda lebar ini.

Jika penyokong masih kuat pada stopa perkara sedemikan rupa takkan belaku, penyokong dah hilang rasa hormat akibat pendedahan yang dikeluarkan oleh PKR!

STOPA, berhentilah..PKR tak suka kau dan PAS pun tak suka kau gak tapi segan nak cakap sebab depa masih kasi muka sama Hadi Amanat dan Nik Batu asas!!!





للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Penyokong PAS Cuba Tempeleng Jarak Jauh Presiden PSM?! Daeng Selili Rating: 5 Saturday, 4 May 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!