Sunday, 5 May 2013

Penyokong Hilang Percaya?!

PRU13: Lebih 1,000 ahli pakatan pembangkang Parlimen Bandar Tun Razak sertai UMNO

KUALA LUMPUR: Kurang 24 jam sebelum hari pengundian, seramai 800 anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan 300 anggota PAS kawasan Parlimen Bandar Tun Razak di sini, mengumumkan keluar daripada parti masing-masing dan seterusnya menyerahkan borang keanggotaan menyertai UMNO.

Di kawasan Parlimen Bukit Gantang pula, 244 penyokong PAS turut mengisytiharkan keluar daripada parti itu dan berikrar menyokong UMNO dan Barisan Nasional (BN).
Mereka terdiri daripada anggota PAS dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Trong seramai 106 orang dan DUN Kuala Sepetang, 138 orang.

Di Bandar Tun Razak, borang keanggotaan Umno diserahkan oleh wakil Bekas daripada PKR, Mazlan Anuar dan wakil Bekas PAS, Mohamad Faizal Ishak kepada Ketua Umno bahagian Cheras Datuk Seri Syed Ali Alhabshee dan calon Barisan Nasional (BN) kerusi Parlimen Bandar Tun Razak, Tan Kok Eng - sumber
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Penyokong Hilang Percaya?! Daeng Selili Rating: 5 Sunday, 5 May 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!