Monday, 6 May 2013

Ops Blackout Penipu?!

Assalamualaikum

Sedikit komen saya berkaitan isu peti undi hilang & isu blackout dll.

Saya menjadi counting agent (CA) utk proses pengiraan undi semalam. Utk pengetahuan anda semua, dari proses undi yg pertama seawal jam 8pagi, sudah ada Polling Agent (PA) dari setiap parti yg duduk betul2 depan peti undi sebagai saksi sepanjang proses pengundi menjalankan tanggungjawab.

Selesai proses undi jam 5 ptg, CA pula akan menjalankan tanggungjawab sbg saksi utk pengiraan undi. Jadi tiada SATU SAAT pun peti undi itu terlepas dari pandangan agent setiap parti! Jika anda menyalahkan SPR yg menghilangkan peti undi itu, anda juga WAJIB menyalahkan agent parti anda kerana tidak menjalankan tugas ataupun bersubahat dengan SPR.

Selesai proses pengiraan, keputusan akan ditulis di dalam borang 14. Manakala kertas undi akan dibungkus dalam sampul, disimpan dalam peti undi, disimpan bersama maklumat berkaitan dan dikunci peti itu.

At this stage, peti sudah tidak penting, yg penting adalah keputusan BORANG 14. Borang ini akan di tandatangai oleh setiap agent parti yg ada. Keputusan borang 14 yg telah ditandatangani ini kemudian akan dihantar kepada tempat undi dikumpul. Lupa apa istilah tempat ini. Di sinilah semua keputusan dalam borang 14 dari setiap UDM akan ditambah.

Isu blackout pula, jika pun blackout berlaku, amatlah mustahil ada peluang peti undi ditukar. Bayangkan, jika ada 2 parti yg bertanding, ada 4 org CA di depan peti undi. Takkan lah semua tidak akan bertindak apa2. At least suluh lampu handphone.

Jarak peti undi dan agent juga sangat dekat, jika ia ditukar pun PASTI agent akan perasan. Anda semua pernah mengalami keadaan blackout kan, at least kita masih nampak samar-samar objek dihadapan kita.

Saya sempat berbual dengan petugas SPR & Polis di kawasan UDM saya. Bayangkan mereka datang bekerja seawall 4.30 pagi untuk memulakan kerja dan selesai lewat malam.

Saya yg CA yang hanya duduk memerhatikan proses dari 5ptg sehingga 10pm pun rasa penat, bayangkanlah pula kepenatan mereka. Sudahlah penat, balik rumah buka fb kena provok pula kata mereka kerja tak bersih.. apakah perasaan mereka…

Berkaitan isu dakwat kekal, itu saya juga tidak bersetuju kerana dakwat itu kerana tak tepati dengan apa yg SPR kata. Kita nak bangkang, biarlah rasional. Mungkin ada tempat yg hebat penipuannya, saya tidak tahu.

Jika semua tempat pengundian sama keadaan dgn UDM saya, saya pasti tiada penipuan boleh dilakukan semasa proses kiraan. Sekian dari budak mentah yg baru first time involve dgn PRU. - Hilmi Samad

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Ops Blackout Penipu?! Daeng Selili Rating: 5 Monday, 6 May 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!