Saturday, 18 May 2013

Nik Aziz Menunjukkan Kebaruaannya

KOTA BHARU- Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyarankan orang Melayu-Islam di negara ini mempelajari bahasa Mandarin dengan niat memudahkan proses untuk berdakwah kepada masyarakat Cina.

Menurutnya, beliau menekankan perkara itu kerana Islam adalah agama untuk semua bangsa dan penguasaan bahasa membolehkan dakwah dapat dijalankan dengan lebih berkesan.

"Saya selalu sebut di Kelantan kena ada sekolah bahasa Mandarin. Ia membolehkan kita terangkan Islam kepada Cina, saya baru ada cucu untuk belajar bahasa Mandarin sekarang ini. Ramai dah anak saudara belajar bahasa itu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika Ceramah Perdana meraikan Kejayaan Mengekal Kerajaan Islam Kelantan di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini.
Turut hadir Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.

Sebelum ini, Nik Aziz pernah menyatakan beliau bersetuju sekiranya Kelantan diperintah orang Cina Muslim yang berpengetahuan luas mengenai agama Islam.

Nik Aziz berkata, beliau yakin pada masa hadapan pendakwah di negara ini akan dapat menguasai bahasa Mandarin memandangkan sudah menjadi trend masa kini bahasa itu sudah dipelajari oleh orang pelbagai bangsa.

Dalam pada itu bekas Menteri Besar Kelantan itu berkata, Pas adalah satu-satunya parti yang memperjuang Islam kepada semua bangsa termasuk golongan Cina yang sebelum ini takut dengan Islam.

Malah beliau turut menyatakan amatlah malang bagi Umno, parti yang dikuasai oleh Melayu-Islam, tetapi tidak mahu mengamalkan ajaran Islam, apatah lagi mahu berdakwah kepada masyarakat Cina.-harakahdaily

*niat bagus tapi dalam UiTM dah praktik ini, yang aku musykil, Nik Aziz yang jadi barua DAP atau Harakah?!

Nik Aziz cakap bahasa melayu pun aku tak paham, nak suruh orang belajar bahasa china pulok?!haha..

Malaysia masih mengamalkan sistem pembelajaran terbuka untuk semua kaum, tapi kalau Nik Aziz yang bg idea, elok dia betulkan antena lidah dia dulu!!

Belajar bahasa china ok, tapi mahu tak Kit Siang belajar bahasa melayu betul?!

Tak hairan la di parlimen kuala kangsar PAS meletakkan Cina Muslim sebagai calon, tapi letak la calon yang penyamun wang wakaf!!

Dakwah yang dianjurkan Islam PAS bagaimana?mengkafirkan orang islam lain dan menyerahkan tengkuk kepada DAP yang "dikerat 4 kafir menentang Islam" ?

Bagaimana pula bahasa tamil?
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Nik Aziz Menunjukkan Kebaruaannya Daeng Selili Rating: 5 Saturday, 18 May 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!