Monday, 27 May 2013

Nak Setia Pada Parti Tunggal?!

Cadangan menggabungkan parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) dikhuatiri akan melenyapkan suara etnik-etnik minoriti seperti Iban dan Kadazan.

Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), Tan Sri Dr. James Jemut Masing berkata, struktur BN sedia ada adalah sesuai memandangkan Malaysia mempunyai rakyat pelbagai kaum.

Katanya, parti tunggal BN mungkin menyebabkan asimilasi kumpulan etnik lain seperti Iban dan Kadazan, sekali gus melenyapkan suara mereka dalam politik.

"Saya tidak bersetuju dengan cadangan tersebut kerana parti-parti komponen BN sedia ada kini sudah berada dalam posisi yang baik, tidak perlu diubah-ubah atau digabungkan.

"Kita kena lihat perkara ini dengan lebih menyeluruh sebab kaum minoriti di Sabah dan Sarawak juga perlu mempunyai saluran dan parti mereka sendiri," katanya di sini semalam.



Komen: Aku setuju dengan apa yang disampaikan oleh Tan Sri Dr. James Jemut Masing diatas! kepada pencadang ini terjadi (parti tunggal) pada aku adalah sesorang yang terlalu gelojoh dan mementingkan diri sendiri sehingga bakal menenggelamkan suara-suara etnik yang lain. 

Tidak salah memberikan cadangan untuk kepentingan bersama tetapi haruslah berhati hati, sebagai contoh lain secara jujurnya adakah mereka bakal meletakkan taat setianya kepada kepimpinan parti sekiranya parti tunggal ini terhasil dari majoriti wakilnya dari orang melayu?

hari ini lihatlah bertapa kejamnya pengundi bukan melayu sanggup membelakangkan kepimpinan yang sedia ada kerana termakan dakyah pembangkang atau salah satu strategi mereka sendiri!

Buktikan dengan melaksanakan kerja lapangan dan memperkasakan jentera BN, sebab semasa PRU13 yang lepas aku berani katakan yang tungang langang berkempen adalah jentera UMNO dan itu adalah tanggung jawap jentera UMNO kerana mereka MAJORITI yang besar dalam BN tak payah cerita nak usik UMNO atau bermimpi mahukan parti tunggal kerana ini bakal merugikan kemuafakatan yang terjalin dari dulu lagi.

Harap pencadang tu fahami maksud ADIL iaitu meletakkan sesuatu perkara pada had atau tempatnya!


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Nak Setia Pada Parti Tunggal?! Daeng Selili Rating: 5 Monday, 27 May 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!