Friday, 31 May 2013

Lebih 1000 Liter Minyak Cemar Air Bawah Tanah Di Kelantan?!

Akibat dendam dan permusuhan politik rakyat kelatan menjadi mangsa! Jika diceritakan dengan jelas lagi tiada apa yang mampu menafikan takdirnya begitu!

Aku baru pulang dari Kelantan Darul Naim kemarin, aku lihat situasi yang amat berbeza dari negeri aku Perak, bukan nak memburukkan Kelantan tetapi Kelantan semestinya perlu diberi bantuan untuk meringankan beban rakyat kelantan. Contohnya aku lihat sawah bendang terbiar kerana tiada lagi orang muda yang mahu mengusahakannya sungguhpun kerajaan negeri bertempek-tempek poster tulis "pertanian adalah peniagaan" apa yang nak diniagakan kalau sawah berkerak lalang bercambah...yang ade lembu dan sekumpulan kanak-kanak main wau bulan.

Kedai runcitnya pula dijarakkan antara 500 meter dari kawasan perkampungan jika ada yang dekat tu asik tutup je manjang. nak cari rokok pon terpaksa berjalan jauh. Isunya bukan pasal rokok tu, tapi jika keperluan lain bagaimana agaknya jika terputus bekalan budu dan terpaksa menongkah jauh demi sebotol budu cap kepala ikan?

Kemarin didalam Harakah menulis tentang "Minyak Di Kelantan" selepas dibedil ibarat jet pejuang Sukhoi baru la lidah bercabang Sinarhairan pula memainkan peranan Playsafenya mendakwa itu adalah petrol sedangkan penyokong PR yang duk baca Haraktahi bermati-matian percaya dakyah Haraktahi yang memberi berita yang dikategorikan tolol dan bahlol sepanjang zaman berpisah tiada.

Dalam artikel Sinarhairan hari ini aku baca [sini] lebih kepada pembongkaran kebengapan Haraktahi yang menyampaikan berita yang 100% tak leh pakai dan  lebih mengundang perasaan marah penyokongnya kononnya penemuan itu membuktikan kata-kata Husam Tengin yang mendakwa "minyak" didaratan kelantan lebih banyak dari dalam laut.Minyat urut gamaknya???

Dari artikel sinarhairan tu juga, boleh dikelaskan bahana kegagalan kelantan menangani Isu Air kelantan yang menyebabkan rakyat Kelantan masih menggunakan telaga sebagai sumber air dalam aktiviti kehidupan sehinggakan ada anggota keluarganya jatuh sakit keran menggunakan air telaga yang dicemari minyak hingga membolehkan 100liter minyak untuk kegunaan mesin rumput.Kalau benar ada belaku kebocoran minyak ditangki simpanan pihak berwajib segera lakukan siasatan kerana ini bakal mengundang bahaya yang amat dasyat seperti letupan di telaga tersebut bakal mengancam 3 sekeluarga atau kerosakkan jangkamasa panjang kepada sistem air bawah tanah di kawasan tersebut (Tumpat).

Jemput minum..jangan isap rokok lak...lebur bibir kang!!!!



للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Lebih 1000 Liter Minyak Cemar Air Bawah Tanah Di Kelantan?! Daeng Selili Rating: 5 Friday, 31 May 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!