Sunday, 19 May 2013

Kepada Pendengar Ceramah Ustaz Kazim Elias

Dahulu, aku boleh dikatakan antara manusia yang cukup liat dengar ceramah agama, aktiviti selepas sekolah adalah mengaji dan belajar agama, Tetapi ceramah-ceramah agama ini mula ditinggalkan ketika itu zaman remaja (maklum la baru habis sekolah). 


Sekitar beberapa tahun lepas ketika dalam perjalanan pulang ke kampung(dari KL) menaiki kereta rakan aku , aku terdengar ceramah Ustaz Kazim diradio kereta.

Dalam dialog ceramah Ustaz yang berkumandang didalam kereta itu, aku tersenyum simpul dan meneliti bait-bait kata Ustaz dalam ceramahnya bertajuk "Dinosaur" aumm auuummm...

Sejak hari itu aku rajin mendengar ceramah beliau, walaupun banyak kali teguranya tepat kebatang hidung aku, aku masih lagi meneliti apa yang cuba dimaksudkan beliau, teguran beliau membuatkan aku lebih berhati-hati, terutama dalam penulisan blog ini.

Memang aku kadang-kala gunakan kata-kata kasar, tapi manusia mana tak lepas dari dosa.

Semalam aku baca akhbar Metro, Ustaz Kazem nak bersara...Memang pernah Ustaz Kazem katakan dalam ceramah-ceramah beliau untuk berhenti berceramah, Cuma alasanya diugut bunuh itu yang lebih memburukkan situasi Beliau, pelbagai fitnah yang telah beliau tempuhi termasuk la disantau dan dimaki hamun, sampai aku sendiri rasa nak je flying kick penyokong obses tu...

Insyallah,Beliau tetap akan berceramah di Pondok beliau (Pusat Pengajian Al-Barakah) di alamat :

Lot 61083, Jalan Pemimpin, Kg Manjoi, 30020 Ipoh, Perak Tel : 05-526 0321
(Sila hubungi Encik Anuar di talian : 013-581 7879)

JANGAN LUPA SUPPORT PRODUK PONDOK ,BELI YANG ORIGINAL OK?!!!


Jom like dan share status fanpage Ustaz Kazim

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Kepada Pendengar Ceramah Ustaz Kazim Elias Daeng Selili Rating: 5 Sunday, 19 May 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!