Friday, 17 May 2013

karpal Singh Tolak Perjuangan Anwar?!

Semua yang dilakukan oleh ketua pemimpin pembangkang hari ini ditentang secara terbuka bermula dengan Azmin alin dan hari ini seorang pemimpin atasan DAP iaitu Karpal Singh mula bermain sandiwara kononnya menolak tindakkan pro-pembangkang yang mahu menggulingkan kerajaan kononnya diketuai oleh seorang lelaki berbangsa MELAYU.

Nah, Lihatlah bertapa liciknya mereka (DAP) bermain permainan tarik tali..Orang melayu diletakkan dihadapan dan mereka akan bertindak (bersuara) seandainya sesuatu tindakkan itu tidak menguntungkan mereka, Lalu lahirnya kambing hitam digolongan Melayu yang diperkudakan sebelum ini.

Masih ingatkah apa kata Ambiga kepada Unit Amal PAS semasa insiden provokasi BERSIH dahulu?!

Kini Karpal Bermain konda kondi...

Kuala Lumpur: Pengerusi DAP, Karpal Singh membantah rancangan kumpulan propembangkang yang mahu menggulingkan kerajaan menggunakan kekerasan. 

Katanya, sebarang rancangan untuk menggulingkan kerajaan menggunakan kekerasan hanya akan membawa kemudaratan kepada negara dan mencetuskan kekecohan sehingga membahayakan orang ramai. 

Sebaliknya, Karpal menyarankan pihak berkenaan untuk menggunakan saluran yang betul bagi meluahkan rasa tidak puas hati mereka terhadap keputusan Pilihan Raya ke-13 (PRU-13). 

Beliau mengulas kenyataan pengasas Asal Bukan UMNO (ABU), Haris Ibrahim, yang mahu menggulingkan kerajaan Barisan Nasional (BN) menggunakan kekerasan atas alasan proses Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) baru-baru ini tidak telus. 

“Apa yang dinyatakan oleh beliau (Haris Ibrahim) adalah serius, ia bukan satu saluran yang sesuai untuk meluahkan rasa tidak puas hati. 

“Walaupun ada banyak persoalan yang timbul dalam PRU-13... pelbagai perkara terjadi, namun ada jalan sesuai boleh digunakan iaitu membawa perkara dalam pertikaian ke mahkamah,” katanya kepada BH. 

Sebuah portal berita, kelmarin, memetik Haris sebagai berkata mereka akan menggulingkan kerajaan dengan mengadakan perhimpunan jalanan besar-besaran yang dijadualkan seawal Jumaat atau Sabtu ini. 
Karpal berkata, demonstrasi jalanan secara tidak langsung akan mencetuskan kekecohan walaupun ia dianjurkan dengan aman. 

“Macam mana mahu jatuhkan kerajaan dengan mengadakan demonstrasi jalanan? DAP menentang sebarang tindakan yang boleh mencetuskan kekecohan,” katanya. 

Terdahulu, Karpal Singh membuat laporan di Balai Polis Tun H S Lee di sini terhadap kenyataan bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Noor Abdullah dalam satu forum ‘Wacana Post Mortem PRU-13: Bicara Kepimpinan dan Survival Ummah’ dianjurkan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) di sini, Ahad lalu.

*Depan Mata kamu (pro-pembangkang) dipersalahkan secara total sedangkan ini adalah kehendak mereka, hari ini mereka menyalahkan kamu sebegitu sahaja... Syabas!!!!Dulu kononnya menangis bersama, ketawa bersama..hari ini lu terjun sorang-sorang!!!



للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
karpal Singh Tolak Perjuangan Anwar?! Daeng Selili Rating: 5 Friday, 17 May 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!