Sunday, 5 May 2013

Jangan Nafi Hak Rakyat Malaysia!!

Jabatan Pendaftaran Negara Sahkan Kerakyatan Seorang Lelaki India Yang Dituduh Bangla Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) ingin menjelaskan isu pda laman facebook berkaitan Encik Rameish a/l Raman @ Ramalingam yang didakwa sebagai 'Bangla' dan seterusnya telah dihalang daripada menunaikan hak dan tanggungjawab beliau untuk mengundi dalam pilihanraya kali ini.

Untuk makluman, semakan pada rekod jabatan ini mendapati bahawa beliau adalah berstatus Warganegara Malaysia secara kuatkuasa undang-undang dan di lahirkan di negeri Pahang. Salah tanggapan telah timbul apabila orang ramai beranggapan bahawa beliau warga Bangladesh berdasarkan rupaparas fizikalnya.

Ingin ditegaskan bahawa status kewarganegaraan seseorang individu tersebut adalah ditentukan berdasarkan kepada status ibu bapa semasa individu tersrbut dilahirkan dan bukannya berdasarkan kepada rupa paras fizikal, agama, bangsa dan keturunan.

Sehubungan dengan itu JPN menasihatkan orang ramai agar tidak menggunakan ciri-ciri fizikal seseorang sebagai bukti untuk pengesahan status kerana penduduk Malaysia terdiri daripada berbilang bangsa. Sebaliknya perlulah merujuk kepada pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya agar tidak mengwujudkan persepsi yang salah dikalangan orang ramai.

Sekian terima kasih.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Jangan Nafi Hak Rakyat Malaysia!! Daeng Selili Rating: 5 Sunday, 5 May 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!