Sunday, 19 May 2013

Hasutan Perkauman Melampau DAP!!

Hasutan yang berterusan dari para pemimpin DAP terhadap kaum Cina dan penganut agama Kristian bakal memecahbelahkan perpaduan rakyat negara kita. Pihak kerajaan wajib memantau perkara ini dari berterusan bagi memastikan perpaduan antara kaum dapat dipupuk semula setelah dimusnahkan oleh DAP.


Langkah pertama DAP cuba meragut maruah bangsa Melayu yang beragama Islam adalah dengan mempertikaikan isu penggunaan Kalimah Allah oleh pihak gereja. Isu ini telah dipolitikkan oleh para pemimpin pakatan haram dengan begitu hebat sekali semata-mata kerana mahu menaikkan kemarahan penganut Kristian dan menjatuhkan MARUAH umat Islam. Mereka cuba melancarkan serampang dua mata untuk memancing undi penganut Kristian. 

Dengan bantuan Nik Aziz dan Anwar Ibrahim yang menyokong penggunaan Kalimah Allah ini oleh penganut Kristian , DAP juga berharap bangsa Melayu yang terlalu taksub membabi buta akan menyokong mereka. Alhamdulillah, jentera cyber Barisan Nasional Berjaya menerangkan duduk perkara sebenar Kalimah Allah ini dengan meluas maka penganut Kristian di Sabah dan Sarawak faham permainan kotor DAP ini.

Langkah kedua DAP bagi menghasut kebencian melampau terhadap bangsa Melayu yang merupakan Tuan Tanah Melayu ini adalah dengan memberikan ceramah hasutan yang berterusan di gereja-gereja yang menyokong mereka. Hannah Yeoh merupakan antara penceramah DAP yang cukup aktif menghasut di gereja-gereja. Seterusnya...


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Hasutan Perkauman Melampau DAP!! Daeng Selili Rating: 5 Sunday, 19 May 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!