Saturday, 25 May 2013

Hapuskan Cina India?!

Bekas hakim Mahkamah Rayuan yang menyebut tentang 'backlash' orang Melayu

Sedutan daripada ucapan bekas hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Noor Abdullah tentang 'Perpaduan Melayu Dari Perspektif Perlembagaan'.

Ucapannya disampaikan di 'Wacana Kepimpinan Survival Ummah', anjuran persatuan alumni UiTM dan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) pada 12 Mei 2013, di Menara MARA, Kuala Lumpur.

PETIKAN

"Saya tanya seterusnya, bolehkah Brunei dan Singapura masuk Malaysia? Jawabnya, Parlimen boleh dengan undang-undang, membawa masuk mana-mana negeri – Brunei, Singapura – dan mana-mana ke dalam Malaysia ini dengan suara majoriti sahaja.

Satu undi lebih, cukup, boleh bawa Singapura masuk ke Malaysia ini. Tidak payah dengan persetujuan Majlis Raja-Raja.

Tetapi kalau ubah sempadan mana-mana negeri, maka negeri berkenaan kena perubahan sempadan itu diluluskan Dewan Undangan Negeri dan mendapat perkenan raja.

Tetapi hendak bawa masuk Singapura ke Malaysia ini dia perlukan hanya akta Parlimen yang mengatakan membawa masuk Singapura ke Malaysia, dengan satu suara majoriti, maka masuklah Singapura ke Malaysia.

Bayangkan akibatnya. Ini agenda yang saya katakan pengkhianatan itu, termasuklah agenda membawa masuk Singapura ke dalam Malaysia.

Sebab itu kalimah Allah dicampakkan supaya orang PAS dan Umno, orang Melayu berpecah belah. Matlamat akhirnya ialah menawan hati orang Bumiputra Sabah dan Sarawak yang bukan Islam. Nampak tidak telunjuknya ke mana?

Tetapi kita Melayu termakan, mujurlah orang Sabah dan Sarawak menyebelah kita. Kerana itu, saya katakan, istilah. Kita hapuskan "Cina", kita hapuskan "India" oleh kerana tiada dalam perlembagaan tadi.

"Maka kita letakkan, istilah: "orang Melayu", "bukan Melayu" istilah "Masyarakat Pribumi", "Masyarakat bukan Pribumi". Gunakan mana yang berkenaan. Maka tidak ada lagi "Cina", 'India'…."

Sumber transkrip: Malaysiakini (24 Mei 2013)

Juga:

'GE13:Expect backlash from Malays, warns former judge Mohd Noor Abdullah' (The Star, 12 Mei 2013)

'Ex-judgesowing hatred and discord' (FMT, 13 Mei 2013)

'KarpalSingh buat laporan polis dakwa Mohd Noor keluar kenyataan berunsur hasutan'(Roketkini, 15 Mei 2013)

Saya pelik kenapa pemimpin-pemimpin kanan Pakatan seperti Lim Kit Siang, Karpal Singh dan Anwar Ibrahim boleh melenting mengatakan bekas hakim tersebut seorang "racist through and through".

Pada asasnya beliau hanya mengesyorkan agar istilah 'Cina' dan 'India' dihapuskan dengan diganti dengan istilah sama ada 'bukan Melayu' ataupun 'bukan Pribumi'. Katanya dengan itu "maka tidak ada lagi "Cina", 'India'."

Saranan Mohd Noor sebenarnya mirip kepada saranan Hannah Yeoh dan puak Firsters, bukan?
Kelompok Firsters pun selalu meroyan kerana mahukan semua orang jadi buta warna kulit dan tidak lagi melihat pada semua warganegara sebagai etnik Cina atau etnik India tetapi sebaliknya sebagai "Malaysians", noktah.

Kesudahan daripada tuntutan Firsters dipenuhi adalah hilang akan kewujudan 'Cina' dan 'India'.

Hannah juga telah cuba dengan sedaya-upaya untuk menghapuskan istilah 'Cina' dan 'India' daripada dikekalkan penggunaannya di Malaysia. Sampai Adun DAP itu mahu menghantar petisyen kepada Perdana Menteri agar memansuhkan butiran kategori 'Cina' dan 'India' dalam borang surat beranak.

Yang berbeza cuma Hannah Yeoh mahu menggantikan istilah 'Cina' dan 'India' dengan istilah 'Anak Malaysia' manakala Mohd Noor mengesyorkan istilah 'Cina' dan 'India' diganti dengan istilah 'bukan Melayu' (ataupun 'bukan Pribumi').


Jadi kenapa pula Kit Siang dan Karpal berasa perlu untuk menegur Mohd Noor seorang "rasis". Bukankah hasrat puak Malaysian First dan hasrat bekas hakim itu sama sahaja, iaitu menidakkan istilah 'Cina' dan 'India'?

http://wwwmegatpanjialam.blogspot.com/2013/05/bekas-hakim-mahkamah-rayuan-yang.html
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Hapuskan Cina India?! Daeng Selili Rating: 5 Saturday, 25 May 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!