Thursday, 16 May 2013

DAP Mula Panas Ponggong?!

Menyifatkan Kenyataan bekas hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Noor Abdullah berbentuk perkauman Ketua Pemuda DAP (DAPSY) Selangor, Chua Yew Choong semalam membuat laporan polis di Balai Polis Kajang, lapor roketkini.com.

Menurut DAPSY Selangor, kenyataan Mohd Noor adalah berbentuk hasutan dan ugutan apabila berkata “Pengkhianatan orang Cina terhadap ikatan setia kawan orang Melayu itu adalah benar oleh kerana mereka merancang untuk merampas kuasa politik setelah membolot kuasa ekonomi,” dan “…Bagi orang Melayu, pantang larangnya, jangan dikhianati orang Melayu. Oleh kerana orang Melayu bila dikhianati, dia membalas dendam kesumatnya tak sudah-sudah.”

Turut hadir memberi sokongan kepada DAPSY Selangor adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Bukit Gasing, Rajiv a/l Rishyakaran, ADUN DAP Balakong, Ng Tien Chee dan ADUN DAP Teratai, Tiew Way Keng.

Sementara itu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dilaporkan Malaysian Insider menyelar Tan Sri Abdul Rahman Arshad yang mengemukakan pandangan agar sekolah vernakular yang mengajar dalam bahasa Tamil dan Cina perlu dimansuhkan untuk menggalakkan perpaduan kaum di negara ini.

Guan Eng berkata kenyataan Abdul Rahman yang juga Pro-Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM ) itu adalah satu hasutan kerana dakwanya Perlembagaan Persekutuan melindungi sekolah vernakular dan pendidikan dalam bahasa ibunda, memetik Perkara 152 (1) (a) dan (b) dalam undang-undang tertinggi negara.

“Atas sebab ini, DAP dan PR sudah bersedia untuk melawan undang-undang ini di mahkamah dan mendapatkan sokongan dari semua rakyat Malaysia — Melayu, Cina, India, Iban dan Kadazan — untuk melindungi sekolah vernakular Cina dan Tamil daripada dihapuskan oleh penyokong Umno seperti Tan Sri Abdul Rahman Arshad,” kata ahli Parlimen Bagan itu.

Ahad lepas, Abdul Rahman dilaporkan berkata sekolah vernakular merupakan batu penghalang kepada perpaduan di negara ini, serta mengatakan keputusan pilihan raya umum ke-13 menunjukkan tidak ada perpaduan di Malaysia dan jurang perkauman yang lebih besar sekarang.

Beliau berkata sekolah-sekolah vernakular di Malaysia berkembang lebih maju dan hanya 10 peratus bukan Melayu belajar di sekolah kebangsaan.

“Yang lainnya di sekolah vernakular. Jelas bahawa perkauman berkembang dengan luas, ia diteruskan dengan sekolah menengah swasta yang memfokus kepada sekolah bahasa jenis kebangsaan,” katanya pada majlis “Wacana Post Mortem PRU13:Bicara Kepimpinan dan Survival Ummah” pada Ahad lepas.

Abdul Rahman menyenaraikan Indonesia, Thailand dan Filipina sebagai negara-negara jiran yang telah menerima pakai penggunaan bahasa tunggal dalam dasar pendidikan mereka untuk mengukuhkan perpaduan.- AIDC










للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
DAP Mula Panas Ponggong?! Daeng Selili Rating: 5 Thursday, 16 May 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!