Friday, 31 May 2013

Cara Permohonan Rebat RM200

Permohonan Rebat RM200 Telefon Pintar Belia 1Malaysia | Golongan belia yang berusia di antara 21 hingga 30 tahun boleh mula memohon rebat RM200 bagi pembelian telefon pintar 3G terpilih daripada pengedar berdaftar bermula pada 1 Januari 2013.



Menurut Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multemedia Malaysia (SKMM), Datuk Mohamed Sharil Tarmizi, permohonan di bawah Pakej Komunikasi Belia itu boleh dibuat menerusi pendaftaran dalam talian di : http://nbi.skmm.gov.my/

Skim itu berkonsepkan siapa cepat dia dapat dan hanya 1.5 juta belia yang layak mendapatkan telefon pintar itu selagi stok masih ada.

Menurut Mohamed Sharil lagi, belia yang layak menikmati rebat RM200 itu boleh membeli telefon pintar 3G terpilih berharga sehingga RM500 daripada pengedar terpilih dan ejen yang dilantik oleh penyedia perkhidmatan.


Syarat dan Kelayakan Pakej Komunikasi Belia (PKB) 2012 :

  • Belia berumur antara 21 – 30 tahun (ikut tarikh lahir).
  • Berpendapatan dibawah RM3,000 sebulan.
  • Permohonan terdiri dari dua kategori iaitu Bekerja dan Pelajar. (pilih mana berkenaan)
  • Jika bekerja anda wajib ada no KSWP atau yang bekerja sendiri abaikan.
  • Jika pelajar anda wajib sediakan no kad pelajar anda.
  • Pembelian telefon tiada had harga.
  • Pakej bergantung kepada siapa cepat dia dapat.
Tempoh permohonan adalah dari 1 Januari 2013 hingga 31 Disember 2013.

Cara Permohonan Rebat RM200
1. Sila layari borang online di laman web berikut:

2. Pada menu, sila klik pada permohonan untuk pelajar (jika anda sedang belajar) dan sebaliknya.

3. Sila isi butiran penuh dan hantar pendaftaran anda.

4. Salinan permohonan akan dihantar kepada anda melalui email dalam tempoh 24 jam. Langkah terbaik adalah cetak dahulu slip pendaftaran.




Cara Cetak dan Penggunaan Baucer Rebat RM200




Pastikan anda mencetak slip pendaftaran sebagai bukti anda telah memohon rebat RM200 untuk telefon pintar. Skim tersebut berasaskan siapa cepat dia dapat dan khas bagi 1.5 juta belia yang layak mendapatkan telefon pintar itu selagi stok masih ada.


Contoh Slip Baucar Rebat RM200




Tujuannya ialah untuk memperluaskan insentif itu merangkumi belia berpendapatan rendah yang masih belum menggunakan telefon pintar dan tidak mampu untuk menaik taraf telefon lama 2G mereka kepada telefon pintar 3G yang asas.

Selesai pendaftaran, anda boleh cetak/print kesemua maklumat (pengesahan pendaftaran) berkenaan. Semak senarai wakil penjual/agen yang terlibat 
(https://komunikasibelia.skmm.gov.my/plain/dealer.html) dan bawalah perkara dibawah untuk membeli telefon anda.

Perkara yang perlu dibawa :

Salinan cetakan pendaftaran.
Kad pengenalan (I/C).
Bukti pendapatan – Slip gaji / Lain-lain yang disahkan.


Semoga berjaya!






للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Cara Permohonan Rebat RM200 Daeng Selili Rating: 5 Friday, 31 May 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!