Tuesday, 28 May 2013

Bibit PKR dan PAS bakal Tsunami?!

Selepas Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali menyelar Hadi Awang kerana tidak mengambil tindakan serius terhadap calon PAS yang bertanding di kawasan yang ditandingi mereka dalam PRU 13, kini giliran Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin melakukan tindakan sama terhadap Presiden PAS berkenaan kerana mencerca calon PKR semasa tempoh berkempen Pilihan Raya 2013 lalu tanpa membawa sebarang bukti.

Shamsul yang baru merasa jawatan sebagai ahli Parlimen Bukit Katil, turut meluahkan rasa tidak berpuas hati terhadap tindakan Abdul Hadi mengeluarkan surat watikah calon kepada calon PAS di kawasan-kawasan yang telah dipersetujui menjadi kerusi PKR. Shamsul dipetik mengeluarkan kenyataan dalam ucapan dasar sempena kongres nasional PKR ke 9, tempoh hari. Beliau turut menyindir Hadi yang katanya "seolah-olah benak tidak memahami ‘tahalluf siyasi’ (kerjasama politik) sehingga menyaksikan masih wujud pertembungan saat-saat akhir di beberapa kawasan seluruh Malaysia. Baca lagi....




للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Bibit PKR dan PAS bakal Tsunami?! Daeng Selili Rating: 5 Tuesday, 28 May 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!