Saturday, 4 May 2013

Bekas Menteri Besar Perak Sindir Perbuatan Segelintir Tokoh UMNO?!

Bekas Menteri Besar Perak, Tan Sri Ramli Ngah Talib menafikan desas-desus kononnya beliau menyertai parti pembangkang yang disifatkannya sebagai perbuatan nakal dan perkara pelik.


Menurut beliau sokongannya terhadap UMNO dan Barisan Nasional (BN) tidak pernah luntur dan percayalah dirinya tetap setia bersama parti yang telah banyak berjasa kepada rakyat di negara ini dan sama sekali tidak tergamak berbuat demikian.

“Takkanlah tokoh UMNO masuk parti lawan. Saya tidak akan melakukan perkara yang pelik dalam kehidupan saya dan percayalah perkara ini tidak pernah berlaku.

“Semua itu bagi saya adalah perbuatan nakal dan malulah saya jika berbuat demikian kerana Wak Man Bata di sini pun menyertai UMNO,” katanya ketika berucap pada Ceramah Pilihan Raya Dan Majlis Perlantikan AJK UMNO Cawangan Desa Cempaka, di sini.

Beliau yang juga bekas Speaker Dewan Rakyat seterusnya berkeyakina BN akan mencapai kemenangan pada pilihan raya kali ini samada negeri Perak dan menubuhkan kerajaan di peringkat persekutuan.

“Saya yakin dan insyallah BN akan menang… banyak mana menang saya tidak boleh ramalkanlah. Tetapi usaha-usaha positif perlu digerakkan dengan lebih hebat sehingga hari pembuangan undi,” katanya.

Beliau yang turut berkempen di Pasir Salak seterusnya menambah ini adalah masa beliau untuk menghargai serta meraikan mereka yang sebelum ini membantu kemenangannya pada pilihan raya yang lalu.

“Kita berkempenlah…. Sebelum ini orang mengangkat kita dan hari ini kita bantulah balik mengangkat orang. Itulah petanda kesinambungan yang ada dalam parti hari ini. Jentera parti perlu bekerja kuat dan insyallah BN akan mencapai kemenangan kelak,” ujarnya.

Sementara itu Calon BN Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajudin Abdul Rahman menyifatkan kepimpinan negara yang diterajui oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berusaha keras untuk membantu rakyat.

“Yang jadi masalahnya sebelum ini, pembangkang dilihat cuba ganggu dengan macam-macam. Banyak yang Datuk Najib nak buat untuk rakyat… Tetapi mereka hanya berpolitik semata-mata. Kalau pembangkang yang betul-betul, kemukakanlan pandangan…kemukakanlah cadangan. Jadilah pembangkang yang baik.

“Sebab itu kemenangan besar BN pada 5 Mei ini cukup penting supaya apa yang ingin dilaksanakan oleh Perdana Menteri dapat direalisasikan sebaik mungkin…. Inilah pentingnya pengundi di sini memberikan kepercayaan kepada BN bukan sahaja di Parlimen malah di Dewan Undangan Negeri (DUN),” katanya. - Sumber


Syabas Tan Sri Ramli Ngah Talib!!!
Kadang kala yang bekas tokoh politik ini tak sedar diuntung, dulu ketika dia memerlukan sokongan dia pujuk dan rayu pengundi, bila dah pencen, meroyan macam beruk. Kalau tak mengenangkan dia ada anak cucu memang dah kena seligi manja kat dahi...Bila dah getik...aku menantikan beberapa orang yang bakal dipencenkan. Terutama Nik Aziz- daengselili

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Bekas Menteri Besar Perak Sindir Perbuatan Segelintir Tokoh UMNO?! Daeng Selili Rating: 5 Saturday, 4 May 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!