Friday, 31 May 2013

Autonominya Sabah Yang Menafikan Nurul Izzah Kesana!

Cubaan untuk mengeksport Blackout 505 ke Sabah, nampaknya telah gagal sama sekali. Anwar Ibrahim yang cuba menggunakan anak perempuannya sebagai umpan untuk Blackout 505, nampaknya terpaksa tepuk dahi sendiri apabila Nurul Izzah juga menerima nasib yang serupa seperti Tian Chua iaitu tidak dibenarkan menjejakkan kaki keluar dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.

Hari ini, Anwar Ibrahim telah mengutuskan anaknya, Nurul Izzah ke Sabah sebagai persiapan untuk melancarkan kunjungannya ke Sabah pada 8 Jun nanti. Nurul Izzah diharap dapat menarik golongan muda untuk berhimpun dan cuba menggerunkan Kerajaan Negeri Sabah menerusi pelbagai tohmahan seperti penipuan SPR, penipuan BN dan sebagainya.

Anwar Ibrahim melihat ‘kejayaannya’ membuat perhimpunan haram atau lebih dikenali sebagai ‘Himpunan Black 505′ sebagaimana di Pulau Pinang, Selangor, Melaka, Pahang dan yang terbaru di Armcorp Mall, Petaling Jaya Selangor, perlu dipanjangkan ke Sabah, negeri yang sangat ingin dikuasainya semenjak dari zaman dia bergelar Timbalan Perdana Menteri lagi. Anwar Ibrahim masih tidak berpuas hati dan gagal mengakui kemenangan Barisan Nasional dalam PRU13 yang lalu sekaligus merencatkan cita-citanya untuk bergelar Perdana Menteri Malaysia.Baca lagi...


Beliau diberi makan KFC..Nyam...




للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Autonominya Sabah Yang Menafikan Nurul Izzah Kesana! Daeng Selili Rating: 5 Friday, 31 May 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!