Wednesday, 29 May 2013

Akhbar Pro-Pr Didalangi Pegawai Sendiri?

Kedua-dua suara cetak parti pembangkang iaitu Harakah dan Suara Keadilan yang telah dibiarkan dijual kepada umum walaupun untuk hanya pengedaran kepada ahli sejak sebelum PU 2008 tiba-tiba diharamkan setelah PU13. Tindakan merampas jualannya telah dibuat.

Perkara ini lucu, pelek dan ajaib. Apakah ianya haram kerana sekarang KDN di bawah Zahid Hamidi dan halal kerana di bawah Hishamuddin Hussein sedangkan hukumannya memang haram. Atau ada pegawai-pegawai KDN yang pro pembangkang yang memejamkan mata atau kerana sukar untuk mengawal.

Penjelasan perlu diberikan kepada rakyat supaya mereka tidak terkejut apabila dihalalkan semula jualannya kepada umum. Rupa-rupanya ada undang-undang kerajaan yang boleh sekejap halal sekejap haram.

Tindakan ini meyakinkan rakyat terhadap kecacatan demokrasi kerana telah sekian lama mereka bebas membeli yang haram. - Zamkata
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Akhbar Pro-Pr Didalangi Pegawai Sendiri? Daeng Selili Rating: 5 Wednesday, 29 May 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!