Sunday, 19 May 2013

ADAM ADLI Direman Lima Hari....?

Latheefa Koyak rayu pendekkan reman?!

Adam Adli Abdul Halim ditahan reman bermula hari ini hingga 23 Mei ini dan arahan itu dibuat di hadapan Majistret Pusat Penahanan Reman Jinjang, Majistret Muslina Mohamad.

Dia ditahan di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan dan direman mulai hari ini di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara 5 tahun atau denda tidak melebihi RM 5,000 atau kedua-duanya sekali.

Perkara itu disahkan oleh Timbalan Ketua Jabatan Siasatan jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa

Selepas rayuan dibuat oleh peguam Latheefa Koya, penahanan dipendekkan daripada tujuh hari kepada lima hari di atas dua kesalahan iaitu menghasut dan menyebabkan pecah ketenteraman awam, Seksyen 4 1 (B) Akta Hasutan dan Seksyen 1 (24) Penal Code.

Penahanan Adam Adli di Bangsar semalam adalah berikutan kata-katanya semasa memberi ceramah di sebuah Forum Pasca PRU13 di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur (KLSCAH).

-By: ABN News.

*Nak jadi hero konon!!!amekau!!!kepada yang nak buat perangai musibat macam ini lagi silakan..tipah koyak boleh membantu..
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
ADAM ADLI Direman Lima Hari....? Daeng Selili Rating: 5 Sunday, 19 May 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!