Friday, 31 May 2013

1,188 Warga Indonesia Dilarang Masuk Malaysia?!

Seramai 25 warganegara Indonesia dilarang memasuki negara ini atas pelbagai kesalahan termasuk disenaraihitamkan pihak berkuasa.

Ketua Imigresen Cawangan Teluk Intan, Khairul Anuar Sulaiman berkata, kumpulan berkenaan ditahan ketika cuba memasuki negara menerusi Pelabuhan Hutan Melintang dekat Bagan Datoh.

Menurutnya, pemeriksaan pada pintu masuk di pelabuhan tersebut oleh anggotanya, malam kelmarin dijalankan setiap masa bagi memastikan keselamatan negara tetap terkawal.

Beliau berkata, kesemua 25 orang warga Indonesia berusia antara 20 hingga 50an itu terpaksa tinggal dalam feri dengan pengawasan kapten kapal sebelum dihantar pulang ke Indonesia menerusi Pelabuhan Tanjung Balai Asahan, Sumatera.

Khairul Anuar berkata, menurut aku janji yang dibuat di antara pihak pelabuhan, Imigresen Malaysia dan kapten kapal, setiap warga Indonesia yang tidak dibenarkan masuk ke negara ini adalah tanggungjawab kapten serta anak kapal.

“Ini bermakna, jika salah seorang warga Indonesia hilang tanpa dikenalpasti, kapten kapal terpaksa menanggung akibat di atas kehilangan penumpangnya itu.

“Ini berdasarkan kepada aku janji yang dibuat serta dipersetujui oleh ketiga-tiga pihak bagi memastikan keselamatan negara dijaga.

“Sejak September tahun lalu, lebih kurang 1,188 warga Indonesia tidak dibenarkan masuk ke negara disebabkan pelbagai alasan termasuk disenaraihitamkan oleh pihak berkuasa,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, penguatkuasaan terhadap pintu keluar masuk Pelabuhan Hutan Melintang di antara Malaysia-Indonesia tetap dijalankan seperti biasa bagi memastikan tahap keselamatan negara dijamin.

Menurutnya, pihaknya sudah menguruskan kira-kira 15,000 warga Indonesia dan Malaysia yang keluar masuk menerusi Pelabuhan Hutan Melintang.

“Penguatkuasaan di Pelabuhan Hutan Melintang tetap dijalankan seperti mana pelabuhan lain iaitu dengan menggunakan sistem pengimbas ibu jari,” katanya.






للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
1,188 Warga Indonesia Dilarang Masuk Malaysia?! Daeng Selili Rating: 5 Friday, 31 May 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!