Sunday, 12 May 2013

100 Rakyat Malaysia Bakal Disaman?!

Sebahagian daripada beratus rakyat Malaysia mengadakan demonstrasi haram membantah keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 di Taman Merlion, Singapura pada Rabu lalu. - AGENSI


Polis Singapura menahan 21 rakyat Malaysia hari ini kerana mengadakan demonstrasi haram di sini sebagai membantah keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 di Malaysia (PRU-13).


Seorang jurucakap polis yang dihubungi AFP berkata, kesemua rakyat Malaysia terbabit ditahan di bawah Akta Ketenteraman Awam kerana mengadakan bantahan secara haram di Taman Merlion, walaupun polis berulang kali memberi amaran agar mereka tidak mengadakan sebarang bentuk demonstrasi.

Jelasnya, penganjur demonstrasi itu boleh dikenakan hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda sebanyak S$10,000 (RM24,115) atau kedua-duanya sekali, sementara mereka yang menyertai bantahan haram itu pula boleh dikenakan denda sehingga S$5,000 (RM12,057).

Pasukan Polis Singapura (SPF) dalam kenyataannya berkata, warga asing yang tinggal atau bekerja di republik ini tidak dibenarkan menyertai demonstrasi haram.

"Mereka tidak sepatutnya membawa isu negara mereka ke Singapura dan mengadakan demonstrasi yang boleh mengganggu ketenteraman awam.

"Mereka yang melanggar undang-undang negara ini akan berdepan tindakan serius," jelas kenyataan tersebut.

Kira-kira 100 rakyat Malaysia menyertai demonstrasi haram kelmarin di tempat yang sama bagi membantah keputusan PRU-13 yang memihak kepada Barisan Nasional (BN).

Daripada jumlah itu, sembilan daripada mereka diberikan amaran oleh SPF. - AFP.- Utusan Online
100 Rakyat Malaysia Bakal Disaman?! Daeng Selili Rating: 5 Sunday, 12 May 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!