Wednesday, 3 April 2013

Sejarah Lambang UMNO

Mungkin ramai yang masih ingat bagaimana UMNO terbentuk kerana ianya sudah termaktub didalam rentetan sejarah. Tetapi mungkin ramai yang tidak mengetahui apakah sebenarnya rahsia disebalik lambang UMNO dan bagaimana ianya tercipta.


Terlebih dahulu, sebelum saya berbicara dengan lebih lanjut, cerita ini telah dikongsi dengan saya dan diolah sebaik mungkin untuk tatapan pembaca oleh seorang tua dari Temerloh dimana identitinya terpaksa saya sorokkan di atas permintaan beliau. Ceritanya begini.

Mengikut kajian hukum sains abjad didalam Islam, huruf Ba itu adalah tanda bermula segalanya. Di dalam ilmu asal usul pula, diceritakan pula kejadian segalanya di dalam dunia ini bermula dari satu pohon, dan akhirnya diakari semuanya membentuk kepada alam semesta. Namun perbahasan dua perkara ini akhirnya membawa kepada segala yang berlaku adalah berasal dari satu titik.

Setiap huruf, ayat dan titik di dalam Al-Quran itu ada mempunyai hikmah. Sementara seluruh isi Al Quran itu pula mempunyai penjaganya. Didalam Al Quran, terdapat sebanyak 11,420 huruf Ba . Huruf Ba ini tiada bermakna apa-apa jika ia tiada bertitik satu. Maka pada titiklah rahsia segala rahsia. Huruf Ba ini merupakan simbolik yang signifikan kepada kejadian makhluk dimana Ba titiknya menunjukkan bermulanya awal mula segala kejadian. Alam semesta dari sebuah titik letupan, kejadian manusia bermula dari setitik mani, kehidupan tumbuhan bermula dari sebutir benih. Di dalam huruf Ba ini tersembunyi Alif yang mana mengawal segala kelakuan huruf Ba yang hidup ini. Alif itu dipanggil sebagai Nur Muhammad. Hal ini boleh dipecahkan dalam rungkaian Bismmillah yang mana awalnya adalah Bi Ismillah. Jadi, huruf Alif itu sendiri telah diwasalkan lalu diserap kedalam huruf Ba . Hakikatnya, huruf Ba yang dibayangi Alif menunjukkan kehidupan Ba dikawal oleh Alif.

Ini juga boleh diertikan secara simboliknya, mereka yang berjaya menyorok dengan jayanya disebalik huruf Ba itu tidak akan dapat dikesan oleh pihak musuh. Mengikut ilmu makrifat, kaedah penggunaan huruf Ba ini pula digunakan dengan tujuan untuk dijadikan benteng pertahanan diri dari pihak musuh.

Berbalik pula pada penggunaan huruf Ba didalam lambang UMNO, kedudukannya amat strategik disebelah bawah itu seolah-olah melindungi dan mendokong akan perjuangan UMNO yang berteraskan konsep perjuangan bangsa, agama dan negara. Dan mereka yang menggunakan huruf Ba ini mendapat kekuatan dari maknanya yang tersirat iaitu “ Ba - Yang Kekal Walau Setelah Kehancuran Semua Ciptaan Allah swt ”.

Mengikut si tua yang berkongsi cerita ini, mereka yang telah mencipta lambang UMNO ini bukan orang sembarangan kerana sudah pasti mereka mengetahui rahsia disebalik sesuatu huruf itu. Sudah pastinya, mereka itu Ulama-ulama Tanah Melayu yang ilmu agamanya cukup tinggi yang berganding bahu bersama Umara didalam menyelamatkan negara dari jatuh ke tangan Freemason dan Illuminati. Kata beliau, hanya pemimpin yang boleh bertukar-ganti, tetapi UMNO itu tetap utuh dan tidak boleh di tukar ganti. Katanya lagi, UMNO itu parti berdaulat dan dengan itu akan terus bertahan melewati masa kerana selagi huruf Ba itu melindungi UMNO, selagi itulah Allah swt akan melindungi perjuangan murni UMNO. Akhir kata, hanya jauhari mengenal manikam.

Sheikh Shahruddin Sheikh Salim




للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Sejarah Lambang UMNO Daeng Selili Rating: 5 Wednesday, 3 April 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!