Monday, 29 April 2013

Hassan Ali Tempelak Mustapha Ali

Datuk Dr Hasan Ali menyifatkan tindakan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali menggesa pemimpin parti itu agar tidak meneruskan pertikaian isu hudud seolah-olah tunduk kepada DAP. 


Hasan berkata perbincangan mengenai isu hudud merupakan hak masing-masing terutama mereka yang beragama Islam. 

"Mustafa Ali tidak berhak untuk menyuruh ahli politik sama ada PAS atau di luar PAS berhenti membincangkan hudud kerana berhenti membincangkannya bererti berhenti kita menjadi orang Islam, berhenti kita menjadi orang Melayu, berhenti kita mempertahankan institusi raja," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Hasan mengulas laporan akhbar yang memetik Mustafa membuat gesaan tersebut. 

"Isu (hudud) ini sudah selesai September 2011, kita ada buat kenyataan, kita akui DAP tak setuju dengan hudud, Islam tetap jadi dasar Pas, DAP hormatinya," kata Mustafa pada sidang media baru-baru ini. 

Hasan berkata PAS kini dilihat berada dalam keadaan defensif dalam isu tersebut dan mungkin akan memberi kesan kepada sokongan pengundi terhadap parti itu. 








للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Hassan Ali Tempelak Mustapha Ali Daeng Selili Rating: 5 Monday, 29 April 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!