Tuesday, 5 March 2013

Masyarakat SULU Di Fitnah Oleh Kiram?



MNLF & MILF
MNLF (Moro National Laberation Front) muncul hanya bermula pada tahun 1970-an atas inisiatif beberapa pemimpin awal berpendidikan tinggi ketika itu termasuk Nur Misuari. Kumpulan ini adalah Majoriti Tausug Islam dan sedikit dari suku Mindanao beragama Islam tapi berfahaman Mao Tze Tung dalam gerakan Ketenteraan militer untuk Republik Bangsamoro. MNLF masih ramai anggota yang berkubu di pedalaman Jolo.

MILF pula pada awalnya mereka adalah anggota MNLF juga yang kemudian keluar dari MNLF kerana tidak setuju dengan perjanjian damai antara MNLF dengan Filipina tahun 1996. MILF ini majoritinya ialah suku bangsa Mindanao yang berbeza budaya dan bahasa dengan kepulauan Sulu.

ABU SAYYAF
Kumpulan ini pada awalnya adalah dari kumpulan MNLF juga yang kemudian memisahkan diri dari MNLF kerana tidak setuju dengan perjanjian damai 1996 antara MNLF dengan Filipina. Mereka juga adalah Tausug sebagaimana majoriti MNLF itu. Gelaran Abu Sayyaf ini sendiri adalah gelaran luar terhadap mereka walhal mereka namakan kumpulan mereka sebagai Mujahidin Patikul secara umum. Mereka dikaitkan dengan gerakan Abu Sayyaf hanya kerana sebahagian mereka terpaksa memilih jalan pencolikan untuk mendapatkan bekalan dan untuk dapat memalukan Filipina secara berterusan. Filipina dah berpuluh kali menyerang kedudukan mereka namun kumpulan ini masih tidak terkalah.

Sebahagian besar anggota Abu Sayyaf yang meletakkan senjata menggantikannya dengan memacak bendera SSDI. Mereka dah letak senjata sertai SSDI yang perjuangkan keamanan. Sebab itu jangan hairan SSDI sangat mendapat sambutan menggalakkan di Patikul.

GERAKAN KESULTANAN SULU
Gerakan Kesultanan Sulu ini terbahagi dua. Pertama gerakan keluarga KIRAM. Gerakan Kiram kebanyakannya adalah menggunakan kerakyatan Filipina dan berusaha menuntut Sabah untuk dimasukkan ke dalam Filipina. Keluarga Kiram terbahagi dua disebelah lelaki, 

pertama ialah keluarga Datu Esmail Kiram I bin Rajamuda Mawallilwasit, kedua ialah keluarga Datu Punjungan bin Rajamuda Mawallilwasit. 
Kedua dua keluarga ini adalah Filipino yang modus operandinya ialah mengiktiraf Filipina sebagai yang empunya SABAH kerana bendera masing masing tidak berdiri sendiri kecuali diiringi oleh bendera Filipina.

Kedua ialah gerakan keluarga BANTILAN. Keluarga Bantilan ini banyak di Malaysia dan Indonesia selain di Sulu sendiri. Mereka sangat pakar dalam pensejarahan Kesultanan Sulu kerana mereka menyimpan rahsia protokol kesultanan. Keluarga Bantilan bukan dari Jalur Kiram. Bantilan bertemu dengan keluarga Kiram pada Sultan Badaruddin 1 sekitar tahun 1720-an. Keluarga Bantilan sering menjadi pakar rujuk keluarga Kiram semenjak zaman kesultanan awal lagi.

Berbanding keluarga Kiram, keluarga Bantilan tidak pernah menyatakan untuk menuntut Sabah sebab itu Bantilan menggunakan nama KESULTANAN SULU DARUL ISLAM dengan singkatan SSDI tanpa memasukkan nama NORTH BORNEO pada nama SSDI. Kiram sebaliknya sering meletakkan nama North Borneo selepas nama Sultanate of Sulu dalam gerakan mereka. SSDI yang menjadi landasan perjuangan Bantilan sangat mengharapkan Malaysia, Filipina dan Indonesia membuat hubungan baik dengan masyarakat Sulu yang semakin teraniaya dan diekspoitasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Masyarakat SULU Di Fitnah Oleh Kiram? Daeng Selili Rating: 5 Tuesday, 5 March 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!