Wednesday, 27 March 2013

Fakta Malaysia Bakal Di Bankrapkan Pakatan!!

Sorakan puak-puak Pakatan Rakyat terhadap kata-kata Tun Musa Hitam bahawa PR tidak mungkin akan membankrapkan negara dengan sengaja, masih lagi kedengaran. Bagi PR, kata-kata tersebut merupakan perangsang semangat setelah tidak mampu menepis fakta dan angka yang dibentangkan oleh pihak kerajaan yang menunjukkan Buku Jingga mereka akan membangkrapkan negara ini.

Manakala Manifesto baru PR pula dijangka akan menyebabkan defisit meningkat kepada 11.5% KDNK berbanding BN 4.0% dan hutang pula meningkat sehingga 62.1% KDNK berbanding BN 54.6%. Kenyataan ini dibuat setelah mengambilkira semua janji-janji manis yang ditabur PR dan digabungkan dengan angka-angka pendapatan serta perbelanjaan, termasuk anggaran potensi dan risiko keadaan semasa di dalam negeri dan juga global.

Dengan itu, kita menyimpulkan bahawa satu-satunya cara bagi PR untuk tidak membangkrapkan negara ialah dengan merombak semula Buku Jingga serta mengtongsampahkan terus manifesto mereka sekiranya mereka menang pilihanraya. Dalam ertikata lain, mengambil sikap “cakap tidak serupa bikin” atau “tidak menepati janji” atau lebih tepat “berbohong”.

Ini tentunya bermakna mereka perlu merangka bajet yang baru tanpa berdasarkan apa yang diperkatakan atau dijanjikan mereka dahulu.

Walaubagaimanapun, ini tidak bermakna yang bajet baru mereka ini akan menjamin pentadbiran ekonomi yang baik, apatah lagi dengan rekod ‘Perdana Menteri PR’ yang begitu corot dalam soal ekonomi.

Bagi melihatnya dengan lebih jelas, kita perlu merujuk kepada kedudukan wang tunai Selangor semasa pemerintahan BN iaitu 2003 – 2007: Pada tahun 2003 kedudukan wang tunai Selangor berada pada RM325.38 juta, 2004 – RM427.64 juta, lalu meningkat lagi pada tahun 2006 kepada RM565.47 juta dan sehingga tahun 2007 wang tunai Selangor berjumlah RM738.05 juta.

Tetapi, pada tahun 2008, apabila PKR mengambil alih dan Anwar Ibrahim menjadi Penasihat Ekonomi Selangor, kedudukan kewangan negeri mencatatkan trend yang menurun seperti berikut: 2007 – RM776.44 juta, 2008 – RM733.64 juta, 2009 – RM617.20, lalu menjunam terus pada 2011 kepada RM390.89 juta.

Angka di atas adalah berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara bagi Negeri Selangor pada tahun yang berkenaan.

Jika ini belum cukup untuk membuktikan ketidak-cekapan Anwar Ibrahim dalam mentadbir ekonomi, maka kita wajar melihat prestasinya dalam menangani krisis kewangan ketika menjadi Menteri Kewangan iaitu pada tahun 1997:

Di tangan Anwar, pasaran bursa Malaysia dari Februari 1997 yang berada pada mata 1300 terus menjunam tanpa kawalan sehingga Julai 1998 bursa Malaysia berada di paras terendah pernah direkodkan iaitu 261.33.

Apabila Anwar dipecat pada 2 September 1998, dan Tun Mahathir mengambil alih sebagai Menteri Kewangan, beliau telah bertindak merombak semula perancangan Anwar yang menggunapakai strategi IMF serta memperkenalkan strategi baru.

Hasilnya, pasaran bursa Malaysia pantas mengalami pemulihan di mana pada penghujung September 1998 sejurus Anwar dipecat, pasaran mencatatkan mata peningkatan segera iaitu kepada 400 dan terus meningkat serta pulih perlahan-lahan di mana pada awal tahun 2000, pasaran bursa berada di paras 980.

Sebagai perbandingan lagi, Dato’ Seri Najib Tun Razak juga mengambil alih jawatan Menteri Kewangan pada ketika krisis ekonomi berlaku iaitu pada tahun 17 September 2008. Beliau pada mulanya terpaksa bergelut dengan pasaran bursa menjunam sehingga pada penghujung tahun tersebut, mencatat paras serendah 801.27. Awal tahun 2009, beliau yang mungkin telah mendapatkan ‘momentum’, bertindak membentangkan bajet mini RM60billion.

Keadaan tampak memberangsangkan sehingga beliau dilantik menjadi Perdana Menteri pada 3 April 2009. Seterusnya, bursa Malaysia mencatatkan peningkatan yang agak konsisten sehinggalah di penghujung 2012, di mana ia berada di paras tertinggi ialah 1699.68.

Jelas, kepimpinan yang bijak mampu memulihkan keadaan walaupun ketika krisis dan ketika orang lain melihatnya sebagai mustahil. Tetapi kepimpinan yang tidak cekap seperti Anwar Ibrahim, hanya akan menambahkan krisis dan membawa negara ke arah kehancuran, iaitu miskin lalu bangkrap terus.

Bayangkan, jika Anwar Ibrahim yang mengambil-alih negara pada 2008, iaitu ketika krisis kewangan global, tidakkah beliau hanya akan membawa kita melalui jalan yang sama yang dibawanya ketika krisis 1997? Dan bayangkan jika beliau menang dalam pilihanraya kali ini dan menjadi Perdana Menteri, apakah jaminan yang beliau tidak akan membawa kita ke arah jalan yang sama yang dilalui oleh Selangor hari ini?

Bayangkan jika krisis ekonomi melanda lagi, apa akan jadi kepada Malaysia, kepada kita, jika negara berada di dalam tangan pemimpin yang tidak cekap dan buta ekonomi seperti Anwar Ibrahim?

Hakikatnya, Anwar Ibrahim adalah graduan Pengajian Melayu, pendokong sastera yang mana cakap-cakapnya berbunga-bunga, penuh retorik dan mainan bahasa. Ini ertinya, Anwar bukan manusia yang dilahirkan dengan penguasaan otak kiri iaitu kecekapan menganalisa atau melihat logik matematik yang diperlukan untuk memahami ekonomi. Anwar adalah manusia yang dikuasai oleh bahagian otak sebelah kanan, iaitu seni, abstrak yang bebas mengenterpretasi sendiri dan lebih banyak dikuasai emosi.

Negara tentunya dalam bahaya jika seorang Perdana Menteri melihat angka seperti perkataan atau syair yang boleh disusun dan diubah-ubah sesuka hati. Dan itu belum lagi diambil kira risiko Anwar menyusun dan mengubah angka itu agar masuk ke akaunnya sendiri, dan akaun keluarganya, atau akaun Tuan-tuannya, anak-anak ikannya, gundik-gundiknya, rakan-rakannya dan mereka-mereka yang menyimpan semua bukti rahsia gelapnya.

Justeru, kata Tun Musa bahawa PR tidak akan membangkrapkan negara adalah kurang tepat. Yang tepatnya ialah, pemimpin PR tidak akan bangkrap, tetapi kemungkinan untuk mereka membangkrapkan negara amatlah besar dan tidak boleh dipandang ringan.

Ekonomi negara bukan sesuatu yang boleh diperjudikan dan diletakkan di atas bahu sesiapa sahaja. Ia memerlukan kebijaksanaan yang khusus yang manusia seperti Anwar tidak mungkin mampu memahaminya.




للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Fakta Malaysia Bakal Di Bankrapkan Pakatan!! Daeng Selili Rating: 5 Wednesday, 27 March 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!