Thursday, 14 February 2013

Poster Disimbah Cat Perbuatan Terdesak

Insiden terbaru menyimbah cat merah pada papan iklan tertera wajah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir di Batu Gajah yang dipercayai berlaku kelmarin, dilihat sebagai cubaan pihak tertentu yang mahu menanam sifat kebencian terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN).


Sambil menyifatkan ia sebagai perbuatan terdesak, Zambry berkata, insiden itu mencerminkan perwatakan sebenar serta pemikiran politik si pelaku yang penuh sifat kebencian yang melampau.

” Ini bukan kali pertama berlaku kepada saya dan seperti yang diketahui umum dan saya sendiri tidak faham…mungkin ada yang tidak selesa melihat gambar saya dan Perdana Menteri.

“Malah dalam dewan sendiri sudah ditimbulkan tetapi saya tidak mahu panjangkan perkara ini.

“Saya tidak mahu menuduh mana-mana pihak dan saya juga tidak mahu menuduh pihak pembangkang melakukan perbuatan ini kerana kita sendiri tidak tahu siapa yang melakukannya,” kata beliau lagi.

Zambry berkata demikian sebagai mengulas insiden menyimbah cat merah di papan iklan tertera gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir di Batu Gajah.

Dalam konteks kepimpinan BN, Zambry turut mengingatkan para pemimpin dan ahli parti itu agar tidak terjerumus dalam politik kebencian hingga mampu menjejaskan perpaduan dan keamanan negara.

“Ini adalah penting untuk kita (ahli BN) kerana ia berkait rapat dengan prinsip-prinsip demokrasi yang membataskan kita daripada melakukan sebarang perkara buruk,” katanya.

Susulan kejadian tersebut, empat individu membuat laporan polis di Balai Polis Pusing, Batu Gajah mengenai perbuatan pihak tertentu menyimbah cat merah di papan iklan tertera gambar kedua-dua pemimpin tersebut.

Mereka mewakili Pemuda UMNO Cawangan Pusing, Pusat Khidmat Masyarakat dari Regrouping Area Lahat Perak, Persiaran Puncak Jelapang 6, Taman Puncak Jelapang Maju, Ipoh dan Padu Batu Gajah dari Jalan Sri Wangsa 10, Taman Sri Wangsa. - Sumber

Artikel sebelum ini klik SINI




للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Poster Disimbah Cat Perbuatan Terdesak Daeng Selili Rating: 5 Thursday, 14 February 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!