Monday, 28 January 2013

Siapa Taja Anti-Lynas?

Siapa Yang Banyak Duit Berjuta Juta Taja Kumpulan Anti-Lynas?

Sebenarnya tak pernah dengar nama sebuah NGO yang bergelar “Save Malaysia Stop Lynas” (SMSL) ini. Maklumlah, NGO tersebut terlalu kecil, kerdil dan difahamkan kurang mendapat sambutan dari masyarakat di negara ini.

Setelah di“google” di dalam internet, barulah saya dapat tahu bahawa NGO tersebut ditubuhkan semata-mata untuk menghentikan operasi kilang Lynas di Gebeng, Kuantan. Begitu rupanya tujuan NGO itu ditubuhkan…

Merisik lagi mengenai NGO ini, dapat tahu bahawa SMSL juga ditubuhkan dalam bentuk “syarikat” di Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Entah apa yang mereka jual saya kurang pasti. Mungkin mereka jual “temberang” kot..?


Merujuk kepada aktiviti-aktiviti yang mereka lakukan sebelum ini, saya menjangka bahawa SMSL mempunyai dana yang sangat besar dan berkemungkinan mencecah jutaan ringgit. Mungkin mereka “untung jual temberang” kot..?

Antara aktiviti yang pernah mereka lakukan adalah seperti demonstrasi-demonstrasi, cetak puluhan ribu baju-T, buat ratusan video dan hebahan yang berkonsepkan “anti-Lynas”. Mungkin itulah semua “produk temberang” yang mereka jual di dalam syarikat SMSL…

Biarpun mempunyai penyokong yang sedikit, Pengerusi SMSL, Tan Bun Teet, mampu untuk membiayai anak-anak buahnya untuk melakukan aktiviti melancong di Australia pada November lalu sambil mencari “bahan-bahan temberang” mereka.

Bun Teet membawa seramai 19 “lembu-lembu”nya untuk bersiar-siar di Sydney dan Canberra, sambil mempamerkan perangai buruk mereka “menglembukan diri” serta menghuru-harakan Mesyuarat Agung Lynas di negara itu.

Mungkin mereka meniru perangai “boss” mereka, Anwar Ibrahim, yang sememangnya gemar buat perkara tak senonoh di luar negara dan menjejaskan imej Malaysia di mata dunia…

Persoalannya, BANYAK BETUL DUIT SMSL..! Mana NGO itu dapatkan duit yang begitu banyak untuk menaja 19 orang anggota mereka ke Australia? Australia bukannya negara yang bermata wang rendah seperti Indonesia , Thailand atau Vietnam. AUD 1 bersamaan dengan RM3.20! Mahal..!!!

Kalau Bun Teet kata semuanya ditaja oleh tabung SMSL, siapa pula yang baik hati sangat memberikan dana yang dianggarkan ratusan ribu ringgit untuk sesi makan angin di Australian itu? Takkanlah 19 orang itu duduk dalam khemah, tak mandi dan bawa meggi selama di sana?

Setibanya di Australia, takkanlah mereka “menapak” jalan kaki ke Sydney dan Canberra? Pergi dan balik dari Malaysia ke Australia ditaja oleh AirAsia, kah? MAS? JetStar atau Singapore Airlines? Atau “Pakatan Haram Airlines” yang tanggung semuanya?

Kalau Pakatan Haram yang tanggung semuanya, tak payahlah cakap SMSL itu merupakan sebuah NGO yang sepatutnya bebas dari sebarang sokongan politik. Kalau bebas, buatlah cara bebas. Bukankah lebih baik gunakan nama “Sokong Pakatan Haram” (SPH) sebagai nama NGO, kan senang?

Lagipun, takkanlah nak harapkan Bun Teet. Dia hanyalah seorang bekas guru. Berapa sangatlah “pencen” yang dia dapat Kerajaan Malaysia setiap bulan, kan? Dia guna duit “pencen” dari Kerajaan BN untuk burukkan nama Kerajaan BN? Memang muka tak malu…

Dengar tak lama lagi SMSL akan “terbang” ke Jerman pula. Kali ini siapa pula yang taja? “DAP Airlines”, “PKR Airlines” atau “PAS Airlines”?

SMSL kini dalam usaha mengumpulkan derma dari orang ramai untuk meneruskan kerja keji mereka. Tan Bun Teet sanggup menghabiskan berpuluh ribu ringgit untuk ke Australia dan ke Jerman, boleh lagi mintak derma?

Rasanya Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) wajar menyiasat tentang kedudukan kewangan SMSL dengan kadar segera. SMSL perlu buktikan “ketelusan” dan “integriti” mereka kepada masyarakat Malaysia.

Percaya, ramai yang ingin tahu siapakah “funder” terbesar kepada SMSL sehingga dapat hidup mewah dan melancong ke luar negara walaupun baru berusia “setahun jagung”. Agak-agaknya siapa yang taja SMSL? Takkan UMNO pulak kot..? - Mykmu

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Siapa Taja Anti-Lynas? Daeng Selili Rating: 5 Monday, 28 January 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!