Sunday, 27 January 2013

Jambatan Kedua Pulau Pinang Siap September 2013


Jambatan Kedua Pulau Pinang dijangka siap pada September 2013 iaitu dua bulan lebih awal daripada yang dijadualkan.


Ketika ini, projek itu telah siap 90.15 peratus, melebihi daripada jadual asal sebanyak 2.92 peratus.



Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Donald Lim Siang Chai berkata, kementeriannya sedang dan akan terus memantau dengan teliti projek tersebut bagi memastikan ia dapat disiapkan dalam masa yang ditetapkan.



“Pembinaan jambatan itu diharap dapat memberi manfaat kepada seluruh rakyat Pulau Pinang, sekali gus meningkatkan pengangkutan awam serta kualiti hidup penduduk setempat,” katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur.



Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) telah ditubuhkan pada 9 Julai 2008, sebagai syarikat konsesi untuk jambatan berkenaan dan dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan Diperbadankan.



JKSB bertanggung jawab dalam pembinaan, pengurusan, operasi dan penyelenggaraan jambatan itu.


sumber : http://kinta-menjerit.blogspot.com/


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Jambatan Kedua Pulau Pinang Siap September 2013 Daeng Selili Rating: 5 Sunday, 27 January 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!