Monday, 31 December 2012

Pakatan "Tutup didepan, terbuka dibelakang"




Sedikit kupasan sepanjang penglibatan aku sebagai blogger penyokong barisan nasional, disini aku nak ucapkan selamat tahun baru 2013

Awal² penglibatan aku terdekit dek 1 orang manusia dikalangan rakan-rakan aku sendiri bercerita tentang HUDUD, so aku jawap la HUDUD PAS hanya macam lagu raya, abis raya abis la cerita tentang HUDUD. Sejak dari hari itu aku duk bersoal jawap dengan puak bangkang ini dengan keprihatinan minda aku yang tak terlalu extreme sangat terhadap kerajaan.

"Tutup didepan, terbuka dibelakang"



Assamulaikum wbt & Salam Sejahtera 1Malaysia..

Tuntutan BERSIH
ini antara semak yang paling berjaya dibuat oleh Pencetus Anarki Malaysia, hilang pedoman hingga pukul polis, hancurkan harta awam dan membodohkan umat ISLAM, Yang peliknya kenapa tak panggil semua bangsa dia demo?Yang tololnya ada lak ulama PAS yang sokong bende macam ini, bodoh..!Tua² pon bodoh..

Video ChinadollLucah???Siapa stim tgk video tu?Itu bukan video lucah tetapi itu video nak memperkenalkan siapa si peliwat tu dibalik sifat seorang yang boleh dikatakan memimpin Malaysia dengan agenda buku jingay nya..Semua turun..semua free..BOHONG!
Kalimah AllahAlahai, Inilah isu yang teramat sensitif yang berani puaka kafir laungkan demi menghalalkan murtad dikalangan orang islam bukan untuk hari ini tetapi masa depan, Mereka datang kenegara ini dengan bantuan pendatang untuk dijadikan perkerja lombong & ladang tetapi hari ini mereka menuntut sesuatu yang amat diagungkan umat islam..jika ini dibenarkan..lepas ini aku berani jamin..Masjid berserta alat keagamaan dan sekolah pondok pon boleh buat dakwah kristian @ hindu.

Melayu Boleh Bebas Beragama
Nie ayat dari sekor betina lentik yang boleh dikatakan 100% acuan bapaknya, ini taktik paling keji aku perhatikan, demi meraih undi masyarakat bukan islam di sabah serawak, mereka pergunakan ini sebagai KETERBUKAAN PR dalam isu beragama..Nauzubillahiminzalik~

Demo Samsidar
Sammsidar karipap cinta tu boleh dikatakan antara 1 dari sepuluh orang yang DSAI takuti..walaubagaimanapun anwar tetap dengan muka dogy selambernya menafikan segala bukti dan kesan penyelewengan beliau, ini bukan serang peribadi DSAI tapi rakyat mesti tahu apa yang dikatakan KESAN dari akibat jika dia masih lagi menjawat Naib Perdana Menteri di-era Pemerintahan Che Deq

Fitnah PM & Hulubalang UMNO
Cerita penyelewengan yang direka-reka dek pebangkang sebenarnya banyak terlah dijawap dengan fakta oleh barisan kerajaan, tetapi pebangkang tetap mebangkang bodoh, sampaikan aku sendiri meluat nak bercakap secara ilmiah dengan segelintir yang masih ditakuk lama, majoriti orang dikampung aku ini yang menyokong PR diantaranya tak tahu pasal "Bakal PM" PR ini..maklumlah ceramah dari kerajaan bukan mcm puak PR yang setiap kali berceramah memupuk rasa benci kepada kerajaan didalam hati masing² jika hadir ceramah² mereka..

Ceramah Umum
Weh..aku sanggup jalan telanjang depan KLCC la KALAU dalam ceramah mereka tu mengakui segala kesilapan dan kekhilfan mereka yang lepas..tapi mereka² (Penceramah) asyik menunding jari menyalahkan orang lain walhal dalam video, surat dan segala pembuktian ada terpapar nama dan wajah² mereka sendiri. Mereka² ini tidak pernah rasa bersalah mempergunakan kalam Allah dan janji manis yang antaranya tak masuk akal hendak ditunaikan dan dipertahankan.

Amanat Hadi
Hadi masih berdolak dalih seolah² mengugut pihak penerangan(TV) Malaysia tidak telus dalam membenarkan beliau ditayangkan LIVE. yang buat tahi orang lain tapi kenapa orang lain plak perlu bersih kan? Tongong ke? Aku tak membantah andai TV Malaysia nak LIVE kan Hadi tapi 1 yang perlu kita renungkan.

Amanat Hadi tu...Huh!Yang duk membabi buta menurut tu semuanya leh dikatakkan totok² bodoh PAS jek, now Hadi nak masuk tv nak jelaskan kepada umum apa khilafnya amanat tu..woi..cacai² PAS & PR kan boikot TV Malaysia kenapa nak gunakan TV plak?Gunakan ceramah dan jelajah bagai tu untuk membetulkan akidah dan persepsi totok PAS yang sangup menganiaya diri sendiri kerana taksubkan amanat tu.

Gaji Buta
Semalam aku berdebat pasal kakitangan awam yang tak buat kerja sehingga sitotok² PAS kata "INILAH KERAJAAN, DUIT SEWA NAK AMIK, TAPI KEDAI MACAM KAPAL PECAH" kesian kerajaan duk gajikan pekerjanya tapi depa tak buat kerja yang diamanahkan pastu Kerajaan juga disalahkan, agak² makan gaji buta tu yang ramai perangai macam celaka jek. Aku bukan nak kata semua kakitangan kerajaan tak betul tapi segelintir yang PALAT ini menconteng arang ke muka majikan mereka sendiri. Macam² alasan yang biasa dengar dari depa..padahal time mintak sewa tak lak sibuk :)

*ada banyak lain aku akan kupaskan~ :)

Suara Dari Anak Muda, Daeng Selili Perak!


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Semua Cina DAP Masuk Islam???OK!


Mufti Perak : Tan sri Dr. Harussani 

KUALA LUMPUR: Mana-mana pihak selain orang Islam yang berkeras ingin menggunakan kalimah “Allah” perlu memeluk agama Islam, kata Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria.Ulama yang terkenal dengan sifat tegasnya itu berkata, perkataan Allah itu adalah eksklusif untuk masyarakat Islam dan penganut agama selain Islam tidak seharusnya mempersoalkan



perkara itu kerana ia telah dienakmenkan dalam undang-undang negeri di setiap negeri di negara ini.“Penggunaan kalimah Allah itu telah dienakmenkan setiap negeri ... mereka sengaja mahu melakukan provokasi supaya orang Islam melatah,” tegas Harussani lapor The Malaysian Insider.

Pertikaian mengenai penggunaan kalimah Allah kembali hangat apabila Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dalam perutusan Krismas baru-baru ini menggesa kerajaan Barisan Nasional (BN) membenarkan penggunaan kalimah itu untuk Bible berbahasa Melayu.

“Kalau nak pakai kalimah Allah, masuk Islam,” tegas Harussani.Beliau turut menegaskan, sekiranya perkataan Allah itu dibenarkan untuk komuniti bukan Islam, ia bakal mengundang kekeliruan kepada masyarakat Islam.

“Kalau mereka (Kristian) gunakan nanti ada kekeliruan kepada orang Islam.“Orang Kristian jangan sibuk dengan agama Islam, jaga agama mereka sendiri,” katanya lagi.Harussani bagaimanapun menasihati masyarakat Islam di negara ini agar tidak cepat melatah berhubung perkara itu walaupun menegaskan mereka perlu membantah tuntutan tersebut.“Orang Islam pula perlu membantah, namun jangan cepat melatah,” tambahnya.

Adalah melanggar prinsip perlembagaan untuk menghalang sesiapa menggunakan perkataan “Allah”, kata hari ini, menegaskan fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan pada 2010 tidak terpakai kepada bukan Islam. - [SUMBER]

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

[Gambar] Peninju Vietnam Tercantik Berusia 15 Tahun

Siapa sangka dengan susuk wajah yang cantik dan menawan, gadis yang berasal dari Vietnam ini merupakan seorang peninju wanita Vietnam dan apa yang mengejutkan, dia baru berumur 15 tahun dan masih bersekolah..
Nak tahu dengan lebih lanjut, meh usha kat bawah ni.. 


Gadis yang bernama Tran Thi Kim Ngan ini merupakan seorang atlit tinju wanita Vietnam. Dia dilahirkan pada tahun 1997 dan memiliki karier olahraga yang bagus meskipun umurnya sangat muda dan masih aktif bersekolah. 

Sebelum menggiatkan diri dalam sukan tinju, Tran Thi Kim Ngan pernah memenangi Kejuaraan Nasional dalam acara renang dan aerobik. Dalam setiap penampilan dalam pertandingan, dia berjaya membuatkan jutaan lelaki di Vietnam terpukau dengan kecantikkan dan kecergasannya ketika bertarung. 

Dalam seluruh media hiburan di Vietnam ketika ini, Tran Thi Kim Ngan dikatakan akan dinobatkan sebagai Peninju Wanita Termuda dan Tercantik Vietnam untuk tahun 2013 nanti.



*DS:- Kalau berani try la...mau lebam bijik mata kau orang..keh keh keh...
للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Bayangkan Ini Gambar-Gambar Anak Anda!!!



Tanjat boboi!!!, KADANG² pengguna facebook sering mengupload gambar peribadi yang  terlalu sulit (seperti gambar ini, Gua surf je dalam internet jumpa pic ini)aku tahu tuan punya badan pon tak rela kot nak buh picture profile gambar mcm ini kan?Mau tersembur darah mak ayah kalau gambar mcm ini tersebar di internet khususnya.gua nak cerita salah satu cara penyangak cyber buat kerja macam ini. TOLONG LINDUNGI KELUARGA, SAHABAT, SAUDARA DAN MASYARAKAT KITA!!! 


Kes penipuan Auto Subscribers/Like di facebook semakin berleluasa. Pengguna Auto Subscribers/Like kalau pun nak jadi glamour janganlah sampai diperbodohkan, hanya seorang dapat Subscribers/Like banyak iaitu orang yang membuat aplikasi Penipuan Auto Subscribers dengan pertolongan mangsa (anda).


Berikut adalah contoh gambar bukti palsu:


Link ni adalah contoh blog untuk menipu mangsa >> http://autolikehack.blogspot 

Selepas pengguna jahil membenarkan app ini mengakses Facebook mereka, maka merebaklah (Auto Share/Like) tipu ini di group/page yang ada dalam senarai pengguna facebook.

Berikut adalah contoh gambar auto share/like:


Kalau nak popular sangat pun janganlah buat macam ni, menyusahkan admin group/page je nak padam satu-satu posting sampah penipu ni!!! Semua ni hanyalah spamming oleh hacker-hacker yang berleluasa dan ingin mengambil kesempatan. Kalau password korang kena hack kan naya tu.. STOP IT PLEASE! 

Lain² cara:-
*Semasa chatting BF/GF mintak gambar sulit@seksi..bla..bla..bla... lalu gambar tersebut berada dalam akaun FB itu, dan tak semena-mena akaun kena hack...dan tersebar pic/maklumat peribadi korang :((
*Semasa hantar Handphone/PC/laptop untuk format @ repair kat kedai tu tolong buang/back-up file tu sendiri jangan percaya sangat dengan TUKANG tu..bukan adik beradik kita pun!!!
*Semasa belum kahwin ini tolong la jangan duk tayang bodi kepada bukan yang halal
MORAL:
JANGAN MMS/EMAIL/UPLOAD PIC SEBARANGAN DALAM ALAM MAYA INI



للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Dimana Suara Perjuang ISLAM Dari Ulama PAS?


Game Plan DAP cuba memesongkan keterlanjuran anak emas nya yang sedia maklum telah dibogelkan oleh blogger pisau.net yang membongkarkan isu salah guna kuasa yang didalangi Nik Aziz dan kroninya dalam rencana Pakatan Pebangkang yang mahukan kuasa-kuasa pemimpin melayu disingkirkan dari arena politik Malaysia hari ini. Hadi dengan masalah Amanat Tahyulnya, Nik Aziz dengan masalah tanah dan gila kuasanya dan anwar sekeluarga dengan masalah akidah dan kekeliruan agama.

PERTIKAIAN penggunaan kalimah Allah dalam kitab bible ini nampaknya semakin menjadi parah, sejak dimulakan oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam perutusan Krismasnya kelmarin.

Kali ini Presiden Majlis Gurdwara Malaysia (MGC), Jagir Singh tampil menyokong kenyataan kontroversi Guan Eng itu dan Karpal Singh yang baru-baru ini mendakwa ada 12 perkataan Allah digunakan dalam kitab agama orang Sikh.

Sidang Media Pada sidang  DUN Perak yang lepas.
Tapi tak pulak dipastikan nama Allah dalam kitab Sikh itu untuk menggambarkan Allah sebagai tuhan mereka atau tidak seperti yang sedang diperjuangkan oleh puak radikal Kristian di negara ini sekarang.

Walaupun Pengarah Biro Islam/Melayu DAP yang baru dilantik, anak cina bernama Zaiiril Khir Johari Bin Abdullah cuba menyelamatkan bossnya dengan berkata kenyataan Guan Eng itu merujuk kepada penganut agama Kristian di Sabah dan Sarawak, perkembangan terbaru ini menunjukkan sebaliknya.

Penggunaan perkataan Allah di Sabah dan Sarawak (terutamanya Sarawak) telah berlaku sejak lebih 200 tahun dulu dan sudah menjadi sebahagian daripada persefahaman penduduk disana. Berbeza pula dengan Semenanjung ini, Allah sentiasa dirujuk sebagai tuhan orang Islam yang Esa (tunggal), bukan beranak atau beristeri.[cerita penuh]


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

[Gambar] Peninju Vietnam Tercantik Berusia 15 Tahun

Siapa sangka dengan susuk wajah yang cantik dan menawan, gadis yang berasal dari Vietnam ini merupakan seorang peninju wanita Vietnam dan apa yang mengejutkan, dia baru berumur 15 tahun dan masih bersekolah..
Nak tahu dengan lebih lanjut, meh usha kat bawah ni.. 


Gadis yang bernama Tran Thi Kim Ngan ini merupakan seorang atlit tinju wanita Vietnam. Dia dilahirkan pada tahun 1997 dan memiliki karier olahraga yang bagus meskipun umurnya sangat muda dan masih aktif bersekolah. 

Sebelum menggiatkan diri dalam sukan tinju, Tran Thi Kim Ngan pernah memenangi Kejuaraan Nasional dalam acara renang dan aerobik. Dalam setiap penampilan dalam pertandingan, dia berjaya membuatkan jutaan lelaki di Vietnam terpukau dengan kecantikkan dan kecergasannya ketika bertarung. 

Dalam seluruh media hiburan di Vietnam ketika ini, Tran Thi Kim Ngan dikatakan akan dinobatkan sebagai Peninju Wanita Termuda dan Tercantik Vietnam untuk tahun 2013 nanti.



*DS:- Kalau berani try la...mau lebam bijik mata kau orang..keh keh keh...
للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

KANTOI 11 Lelaki: Guru Wanita Gila Seks


Seorang guru wanita  dituduh melakukan seks dengan sebelas lelaki budak sekolah dalam masa tiga bulan iaitu antara bulan April dan Julai tahun ini.

Kalau ini cikgunya aku pun tergugat gak hahaha.. tapi malang bukan dia. 
Korang jangan marah aku ek, artikel ini sebenarnya nak citer yang dibawah tu


Yang ini sebenarnya Cikgu tu....

Seorang guru wanita yang hampir monopos, Cindy Clifton ( 41 tahun ) dituduh melakukan seks dengan sebelas lelaki budak sekolah dalam masa tiga bulan iaitu antara bulan April dan Julai tahun ini. Bukan sebelas orang sekali gus ok.

Kejadian guru lakukan seks dengan "anak murid" ini dikatakan satu rekod yang baru di Amerika. Adakah itu bermaksud ada rekod lain di dunia ini?

Guru wanita yang dah tak cun tapi dahaga dan bolehlah ini dituduh atas 53 kesalahan dan boleh dijatuhi 60 tahun hukuman penjara.

Kebanyakan dari mangsa seks guru ini adalah rakan kepada anak perempuannya yang berparti melibatkan arak di rumahnya. Budak lelaki tersebut berumur sekitar anatara 14 tahun dan 17 tahun. He, he ... nak anak dapat emak.

Mungkin semasa remaja tersebut dah mabuk-mabuk, guru ini yang popular di sekolahnya akan "mengajar" pula budak lelaki itu mata pelajaran seks sambil melakukan praktikalnya sekali. Tapi yang pasti budak lelaki itu terpaksa menggunakan kapur berdakwat putih mereka sendiri.

Guru wanita ini mengaku tidak bersalah dan diikat jamin sebanyak $40,000.

Sumber : KS

*DS: Kalau la kat Malaysia kompom kena tuba cikgu ini~Guys, orang islam jauhi arak dan perbuatan terkutuk macam nie~!!!


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

DAP Sanggup Singkirkan Ngeh Kor Ham??

Semakin hari semakin ramai pemimpin diterlanjang, Mereka ini berpewatakkan Alim² Kucing yang disokong lebai PAS yang tidak rasional lagi, Mana tidaknya majoriti rakyat yang menyokong DAP semestinya bersetuju jika pemimpin yang seperangai Ngeh & Nga selayaknya dicampak kelombong kerana berpotensi mengheret DAP ke lubuk najis kerana kepentingan pribadi mereka tidak terlepas juga LGE yang masih menyepi berkenaan isu taman manggis

Suara Generasi Baru menulis :- Sudah menjadi kebiasaan bagi pemimpin pembangkang sama ada dari DAP, PAS ataupun PKR untuk bercakap soal ketelusan dan mendabik dada mendakwa diri mereka anti rasuah dan menentang salah guna kuasa serta penyelewengan.

Namun sebagaimana biasa sudah menjadi amalan sebahagian ahli politik sebegini untuk menjadi politikus paling hipokrit, hanya nampak putih dari luar tapi bila dilihat isi dalamnya warna hitam pekat pula yang kelihatan.

Inilah yang terjadi dalam isu penganugerahan tanah hutan balak seluas 10,526 ekar di Gua Musang, Kelantan kepada syarikat Upayapadu Plantation Sdn Bhd yang kini dimiliki secara bersama oleh Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koh Ham dan sepupunya Nga Kor Min.

Daripada keluasan tanah 10,526 ekar bersamaan 4,259 hektar itu dianggarkan 9,000 ekar daripanya masih lagi memiliki khazanah kayu balak yang bernilai puluhan juta ringgit. Seterusnya..


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Sunday, 30 December 2012

Smart Phone Untuk Belia ♥



KUALA LUMPUR — Belia yang berusia antara 21 dan 30 tahun boleh mula memohon rebet RM200 bagi pembelian telefon pintar 3G terpilih daripada pengedar berdaftar mulai Selasa depan.

Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Datuk Mohamed Sharil Tarmizi berkata permohonan di bawah Pakej Komunikasi Belia itu boleh dibuat menerusi pendaftaran dalam talian di http://nbi.skmm.gov.my/.



Skim itu berasaskan siapa cepat dia dapat dan khas bagi 1.5 juta belia yang layak yang boleh mendapatkan telefon pintar itu selagi stok masih ada, katanya dalam satu kenyataan.

Mohamed Sharil berkata belia yang layak menikmati rebet RM200 itu boleh membeli telefon pintar 3G terpilih berharga sehingga RM500 daripada pengedar terpilih dan ejen yang dilantik oleh penyedia perkhidmatan.


“Tujuannya ialah untuk memperluaskan insentif itu merangkumi belia daripada kalangan berpendapatan rendah yang masih belum menggunakan telefon pintar dan tidak mampu untuk menaik taraf telefon lama 2G mereka kepada telefon pintar 3G yang asas.


credit to : suaragenerasibaru

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Peluang Besar Dari Majlis Belia Selangor


Ramai yang duk demo OREN tu agak² tak berkerja elok pergi karnival gini, untung² dapat kerja daripada dapat maki hamun (menyesakkan lalu lintas/menyusahkan diri)
SHAH ALAM — Sebanyak 6,000 peluang pekerjaan ditawarkan terutamanya kepada golongan belia lepasan sijil dan diploma sempena Karnival Sayangi Selangor selama empat hari bermula hari ini di I-City, Seksyen 7 di sini.
Presiden Majlis Belia Selangor (MBS), Datuk Imorhizam Ibrahim berkata, peluang pekerjaan itu ditawarkan menerusi kaunter Jobs Malaysia yang dibuka dengan kerjasama MBS membabitkan 30 syarikat swasta dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).
Beliau berkata, orang ramai terutamanya golongan muda boleh menggunakan peluang ini untuk mencari pekerjaan melalui temuduga terbuka sepanjang karnival itu berlangsung.
"Mereka yang berminat boleh mengunjungi kaunter di Dataran Digital I-City, isi borang dan akan ditemuduga oleh wakil syarikat berkenaan," katanya dalam sidang media di tapak karnival itu.
Imorhizam berkata, keputusan temuduga juga akan dimaklumkan pada hari yang sama kepada calon terbabit.— BERNAMA
Artikel Penuh: kosmo 

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Hoi Gagap...Rakyat Menuntut Air Percuma la!


“Sebelum ini, GPRS mengetuai perjuangan rakyat menuntut air percuma 20 meter padu pertama setiap bulan yang dijanjikan oleh PR kepada rakyat Selangor dalam manifesto pilihan raya lalu tetapi Abdul Khalid tetap mengatakan ia bukan janji yang perlu dilunaskan,” 
Datuk Sohaimi Shahadan






SHAH ALAM – Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS) menyifatkan kenyataan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid yang sanggup menunggu 100 tahun untuk menyelesaikan isu air di Selangor sebagai angkuh dan mementingkan diri.


Pengerusinya, Datuk Sohaimi Shahadan berkata, krisis air bukan perkara yang boleh diambil mudah tetapi Abdul Khalid dilihat menganggapnya sebagai satu mainan politik untuk mengekalkan kuasa Pakatan rakyat (PR) menjelang pilihan raya umun ke 13 (PRU13).


“GPRS kesal kerana ada pemimpin (Abdul Khalid) yang sering mengeluarkan kenyataan sempit dan mengelirukan rakyat berkenaan isu air.


“Sebelum ini, GPRS mengetuai perjuangan rakyat menuntut air percuma 20 meter padu pertama setiap bulan yang dijanjikan oleh PR kepada rakyat Selangor dalam manifesto pilihan raya lalu tetapi Abdul Khalid tetap mengatakan ia bukan janji yang perlu dilunaskan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media sebagai respons kepada kenyataan Abdul Khalid yang sanggup menunggu 100 tahun bagi menyelesaikan isu air walaupun Selangor dijangka akan diancam krisis air menjelang 2015 .


Sohaimi berkata, sehingga semalam sebanyak 6,000 saman telah difailkan rakyat Selangor yang mahu menuntut janji-janji pakatan rakyat yang masih belum dilaksanakan.


“Kami percaya banyak lagi akan memfailkan saman dan jumlahnya boleh mencecah 50,000,” katanya.


Beliau berkata, Kerajaan Negeri masih berdolak-dalik mengatakan bekalan air mentah masih mencukupi sedangkan GPRS telah membuat pendedahan mengenai kekurangan sumber air terawat terutama di beberapa kawasan akibat pertambahan penduduk.


“Abdul Khalid boleh menggunakan air mentah dari sungai Klang sekiranya beliau mahu tetapi rakyat Selangor mahukan air terawat daripada lojiloji rawatan sedia ada,” katanya.


Sohaimi berkata, rakyat perlu mengambil iktibar daripada kenyataan yang dikeluarkan PR yang hanya melaungkan janji palsu semata-mata ingin menang pada pilihan raya dan bukannya mahu memperjuangkan nasib bersama. - Sinar


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Mangsa Rogol Kenapa Hantar Ke Singapura?

Maaf ea kalau kaum ibu/wanita sentap dengan artikel ini cuma..teman nak kongsi skit pasal hal ini..Di India terkenal dalam melahirkan ramai doktor-doktor yang berstatus terbaik dunia tetapi kenapa nak dicampak ke Singapura? Teman bukan nak cerita pasal gadis tersebut tetapi kenapa nak tahu gak dihantar kemari (Singapura)


Adakah disana tiada doktor yang hebat seperti yang digambarkan? Publisiti negara? senaja dihebahkan untuk menyemarakan situasi di Malaysia? Mungkin aku tak tahu apa yang bagusnya di hospital singapura tu tapi sanggup depa terbangkan pesakit tu dari jauh, yang aku baca dari permerhatian aku yang terhad ini aku tak nampak la hospital tu leh selamatkan gadis tersebut selepas 3 pembedahan di New Delhi, tak salah berusaha tapi korang semua tahu kan akibat kejadian itu seorang polis mati dalam rusuhan yang membantah kejadian itu..korang nilaikan balik dan aku jujurnya bersimpati kepada mangsa tapi tolong jangan jadikan mangsa menanggung lebih dari apa yang dia tanggung semasa menjadi mangsa kerakusan manusia, Yang patut mati siapa??????????

SINGAPURA - Penuntut perempuan yang menjadi mangsa geng rogol di Delhi, India dua minggu lalu, meninggal dunia di sebuah hospital di Singapura jam 4.45 pagi tadi.

Menurut kenyataan hospital, mangsa meninggal dunia dengan keluarganya berada di sisi dia.

"Gadis malang berusia 23 tahun itu dibawa ke Singapura semalam bagi menjalani rawatan selepas menjalani tiga pembedahan di New Delhi."

Keadaannya semakin kritikal semalam ketika menjalani rawatan.

“Pesakit berada dalam keadaan sangat kritikal dan dimasukkan ke Hospital Mount Elizabeth,” kata Ketua Eksekutifnya, Kelvin Loh.

“Gadis itu mengalami kegagalan organ yang teruk berikutan kecederaan serius pada badan dan otaknya.

"Dia tetap berjuang untuk terus hidup tetapi kemungkinan trauma yang dihadapi terlalu teruk dan badannya tidak mampu lagi bertahan,” katanya.

Insiden itu mencetuskan kemarahan rakyat di India, yang turut mengadakan bantahan sehingga menyebabkan seorang pegawai polis mati.

Setakat ini, enam lelaki ditangkap dan dua anggota polis digantung berikutan insiden mangsa dirogol dalam sebuah bas yang sedang bergerak pada 16 Disember lalu. - Sinar


Imbas~SINI

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Rancangan Pakatan Mahu Nik Aziz Bersara

Sumber yang terbukti benar dan PAS sendiri takut kepada bayang-bayangnya sendiri bila mana skandal pemberian/sedekah tanah kepada Ketua Penerangan DAP Perak menYESkan belaku salah guna kuasa yang amat besar dalam pertabiran PAS di Kelantan, Nik Aziz terlalu yakin dengan sokongan/amanah yang diberikan rakyat kepada dia hingga dia sendiri lupa setiap tindak-TANDUKnya di monitor oleh orang lain.Si Ngeh siap Ugut YB Hamidah "jaga² aku kenakan kau balek pasni"

Mungkin ini salah satu rancangan menjatuhkan Nik Aziz di Kelantan(maklum la terlalu lama dan banyak bende kantoi) eh..jangan kata teman serkap jarang ea...Nik Aziz mngkin boleh dikategorikan sebagai OTAI PAS jika dulu Nik Aziz pernah berkata "tiada penganti dia dalam PAS" itu sikit sebanyak mengelikan buah jambak kurma lebai PAS yang gila kuasa seperti beliau. So jalan terbaik mereka menggunakan pihak lawan untuk menang(Jatuhkan Nik Aziz) jangan sembang la pasal kesetiaan didalam politik ini, manusia ini kalau dapat kuasa jek lupa mati...tak kira la belah mana² - NIK AZIZ & RASUAH 

Pisau Menulis:-

Kenapa Nik Aziz pada mulanya menafikan pemberian tanah kepada Ngeh dan Nga ,sebelum itu Kenapa terus gelabah . Ngeh terus tuduh PAS tikam belakang apabila isu tanah meletup..

Kenapa Nga berani ugut YB Datuk Hamidah..Kemudian berlaku pula diversi isu .DAP sedar untuk membangkitkan kemarahan umat Islam dan Melayu hanya perlu sentuh isu agama dan juga raja melayu. Karpal pertikaikan pengurniaan darjah kebesaran daripada Istana manakala Guan Eng bangkitkan kembali isu nama Allah..Kenapa pemimpin DAP cemas? Kenapa Anwar cemas? 

Apabila disoal mengenai perolehan tanah di Dewan Undangan Negeri Perak..KENAPA NIZAR DIAM MEMBISU? Semua orang tahu Nizar paling champion dalam dewan hentam BN..kenapa kali ini telurnya kecut serupa kurma expired..

Kenapa tiba tiba nak dedahkan video lucah Speaker DUN Perak? Sedangkan gambar kat dalam tu khabarnya tak nampak apa pun..gelap gulita beb.. 

Kenapa sekarang ini berlaku perbalahan besar didalam DAP..Kenapa PAS begitu takut mengenai isu ini.Seterusnya..

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Saya tidak keberatan untuk kembali menjadi seorang nelayan" - Hadi Awang

Teterbukaan Rais Yatim berkenaan suara hati Mr.Hardy nak masuk TV hehe..Tapi memandangkan ini mengamalkan kebebasan media harus diingat TV tu bukan semua stesyen TV 100% hak kerajaan. Dari dulu 30 dah kenapa sekarang nak melancut nak masuk TV?sepatutnya Hardy sendiri menerangkan AMANAT HADI tu sendiri kepada penyokong dia, rata-rata rakyat malaysia bukan pakai pon amanat macam tu yang fanatik dan pro-menyondol gila babi jek ikut.

Biarlah hadi nak masuk TV kalau boleh Hardy leh perjelaskan pendirian beliau dan PAS sendiri isu PAS menyokong anarki,  isu tanah kelantan kepada DAP, Isu Nurul Izzah, Isu Peliwat dijadikan khalifah dan banyak lagi isu yang boleh diperjelaskan kepada umum. Berkenaan amanat hadi tu elok dia buat ceramah untuk penyokong dia yang sendiri dah tertahyul dek amanat tu - Daeng Selili

KUALA LUMPUR - Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, pihaknya tiada masalah untuk menyiarkan penjelasan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkenaan isu Amanat Haji Hadi.

Saya tidak keberatan untuk kembali menjadi seorang nelayan"
- Hadi Awang
Bagaimanapun kata beliau, ia boleh dibuat secara rakaman dan bergantung kepada pertimbangan RTM sama ada ia sesuai dijadikan bahan berita atau sebaliknya.
"Kita minta Datuk Seri Hadi beritahu lokasi penjelasan itu hendak dibuat rakaman.

"RTM boleh buat liputan dan sekiranya kandungan berita itu sesuai, kita akan tayangkan di TV," kata beliau kepada pemberita ketika menyaksikan persiapan dan raptai Majlis Rumah Terbuka Krismas 2012 dan sambutan Tahun Baharu 2013 di Dataran Merdeka di sini, hari ini.

Pagi tadi di Marang, Hadi berkata, beliau sedia menjelaskan isu amanatnya pada 1981 sekiranya beliau diberi peluang untuk berbuat demikian menerusi siaran langsung di stesen televisyen tempatan.

Pemimpin tertinggi Pas itu berkata, jika diberi peluang itu, beliau akan menjelaskan segalanya berkaitan amanat beliau mengkafirkan Umno supaya masyarakat dapat menilainya.

Pada masa sama, Hadi berkata, beliau juga bersedia memberi penjelasan secara bertulis mengenai pendiriannya itu berkaitan amanat yang dicetuskan sejak lebih 30 tahun lepas.

Mengulas lanjut hasrat Hadi itu, Rais berpandangan kenyataan yang dibuat pemimpin Pas itu pada 1981 perlu mendapat penilaian daripada pihak lain memandangkan isu akidah itu telah menyentuh sensitiviti umat Islam di negara ini.

"Pandangan mufti lain pun harus dipertimbangkan di samping penilaian pihak Jakim dan pihak berkuasa lain dalam soal akidah," jelasnya.

Meskipun Rais dilihat secara terbuka menerima hasrat Hadi itu, namun penyiarannya mungkin dihadkan bagi menjaga kepentingan kerajaan.

"Saya kira itu tidak jadi masalah tetapi hanya panjang pendeknya terpaksa dilihat dari sudut praktikaliti penyiaran di RTM," katanya. -Sinar






للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Abby Janda 38C

Aku ikutkan rasa malas nak menulis pasal betina ini, tapi memandangkan aku ada pendapat aku sendiri tak salah gak kongsi, kepada yang tak sebulu dengan aku tu lantok keme la


Ceramah ustaz Ahar Idrus dari Afrika Selatan tu sebut tentang air rabena haram diminum (on same time) aku tengok abby duk begedik² dok jadi pelakon iklan rabena, ha ha ha


Memang perangai cam haram..jadi lak pelakon air haram(kata AI), mulut lak cam haram jek kata orang lain dapat rezeki haram, abis yang kau kritik mak kau cukur kening tu apa kess?

Untung janda,untung lagi pemimpin PAS!

AKHIRNYA terlalu jauh Arbaiyah Abdul Manan ataupun masih terus kekal dengan nama glamernya Abby Abady sesat dan menyesatkan malah `kepulangan’ kononnya kepada sebuah Islam bagaikan tidak memberi erti apa-apa,bukan satu keinsafan malah jauh sekali mahu bertaubat,
‘Keinsafan’ Arbaiyah yang masih mencukur keningnya,bibirnya sentiasa merah menyala disapu berbagai jenama lipstik ini patut dihormati oleh sesiapa pun termasuklah orang yang tidak waras tetapi apabila beliau menjaja kecabulan mulutnya dengan menghina orang lain di sana-sini termasuklah rakan-rakan artisnya membuktikan bahawa beliau sebenarnya belum sedikit pun bertaubat dan ternyata perubahan yang beliau laungkan itu umpama bangkai yang diselindung disebalik sehelai lalang.

Semua orang tahu baik dari Lembah Keramat saat kecilnya hingga tergedik-gedik mencari glamer dengan kumpulan Elite dan diangkat oleh Yusuf Haslam melalui Gerak Khas sehinggalah kecur geger dengan skandalnya bersama seorang pelakon baru,manusia yang lahirnya bernama Arbaiyah ini tidak sedikit pun mempunyai pendidikan agama hingga melayakkan beliau bercakap soal hukum,halal atau haram maupun syurga atau neraka.

Tapi pentas yang diberikan oleh PAS,parti yang sedang memperalatkan Arbaiyah ini langsung tidak menegur keceluparan serta kebiadapan penyanyi serta pelakon yang bertahun-tahun terlibat dalam seribu satu macama kemaksiatan apabila Abby yang asalnya terpekik terlolong di pentas nyanyain maupun lakonan sedang menyundalkan agama Islam yang mungkin dia tidak tahu apa-apa namun demi meraih sokongan,janda kepada Norman Hakim ini langsung tidak dihalang walaupun keceluparannya itu secara tidak langsung merendahkan maruah serta martabat agama Islam itu sendiri.

Taubatlah kerana Allah dan bukan kerana PAS!
Bacalah Tweeternya dan lihatlah bagaimana manusia yang tiba-tiba bertudung ini menghukum orang itu dan orang ini malah keceluparan beliau sendiri sebenarnya mempersendakan agama Islam,mempersendakan Allah tapi mungkin dalam PAS segalanya ini dibenarkan sementelahan pula guru-guru songsang sebagaimana songsangnya Arbaiyah ini mempertahankannya maka Arbaiyah ini langsung tidak takut dengan petaka yang bakal Allah turunkan pada beliau.Perubahan beliau bukan kerana takut azab Allah tapi perubahan ataupun taubat beliau ini hanya untuk mencari makan.
Kitab mana yang makhluk ini rujuk?Kalam Allah mana yang beliau gunakan?Sumber hadis dan sunnah mana yang beliau belajar hingga beliau sewenang-wenangnya menuduh orang itu dan orang ini sebagainya?Saya kenal beliau secara peribadi dan untuk peringkat ini masih beluam mahu membongkar wajah sebenarnya beliau yang sedang dilitupi dengan tudung-tudung percuma selama ini.
Kita tidak kisah Arbaiyah ini mahu berubah daripada apa sekalipun baik dari setan menjadi iblis,itu adalah hak beliau tetapi apabila Arbaiayh ini dangkat lebih tinggi daripada tokoh-toko agama dalam PAS dengan sendiri membuktikan PAS sedang melacurkan agama dengan Arbaiyah ini menjadi perkakasnya.
Kasihan janda yang tidak tahu apa-apa ini tetapi beliau sebenarnya sedang menjahanamkan dirinya sendiri apabila membenarkan PAS `menjual;nya hanya untuk meraih undid an Arbaiyah memilih jalan berdosa yang maha panjang senadinya beliau tidak keluar daripada kumpulan yang sedang menunjukan jalan belau ke neraka jahanam.
Arbaiyah ini dimunculkan seolah sebagai guru agama yang mursid,pemimpin muda yang zuhud dan tarafnya mungkin seiring ataupun sebaris dengan Nik Aziz,Hadi Awang,Haron Din dan beberapa orang lagi yang mengaku ulamak besar dalam PAS malah keghairahan Arbaiyah ini bakal mengundang padah apabila di kalangan artis sendiri pun sudah mula berbisik kononnya Arbaiyah bukan memilih untuk berubah tetapi kerana sudah tidak laku dalam dunia nyanyian dan lakonan maka demi mahu meneruskan kehidupan glamer serta mengejar wang,beliau sanggup lakukan apa sahaja termasuklah menjadi Ustazah Segera.

Ustazah Mee segera-Bertudung bukan tiket hina orang lain
Perlu ada orang untuk memimpin dan martabiyah Aarbaiyah ini keluar daripada sarang maksiat yang lebih besar iaitu PAS dan menjadi satu dosa sekiranya Arbaiyah ini terus dibiarkan bergelumang dalam parti politik itu kerana Arbaiyah hari ini seolah-olah dijadikan sapi oleh PAS untuk diperahkan susunya.

Arbaiyah barangkali lupa atau pun bodohnya tahap melampau hingga tidak boleh bezakan parti politik dan agama.PAS itu sebuah parti semata-mata,tidak lebih dari itu,parti yanf sedang gila mahu berkuasa,mereka akan jual apa sahaja dan bukan sahaja anak-anak dara atau isteri orang di jaja ataupun dijual,janda muda seperti Arbaiyah ini pun akan dijual atau dijajanya selagi laku.
Artis lain pun ada yang bertudung tetapi mereka ini tahu menjaga mulut,adab serta sopan seorang wanita kalau mahu dibandingkan dengan Arbaiyah ini.
Malah ada yang mendakwa elok jugalah Arbaiyah ini diceraikan oleh Norman dan dikutip oleh PAS kerana wanita yang disangka lemah lembut ini rupanya ada dua wajah.Kalau zaman dulu-dulu pasti mulut Arbaiyah ini kena cabai!
Jangan bermain-main dengan hukum atapun ayat-ayat Al-Qur`an kalau Arbaiyah baru setahun jagung mengenalinya dan jangan sesekali menjadi Ustazah Google ataupun Ustazah Yahoo kerana dalam mendalami ilmu agama serta melengkapkan perubahan,guru sebenarnya perlu dicari dan menuntut ilmu melalui pembacaan semata-mata kita bimbangi akhirnya Arbaiyah menjadi gila isem,duduk tepi tiang letrik ataupun stesen bas bercakap sendirian.
Ingat betudung bukan tiket untuk menghina orang lain.Sertai PAS bukan modal untuk masuk syurga.Ulamak-ulamak dalam PAS pula sudah jadi macam tunggul kayu mati hingga tidak berani menunjukkan jalan Islam sebenarnya kepada bekas artis yang sedang jadi seperti ubat tamat tempoh ini.

Apa khabar Normala Sudirman bekas calon PAS DUN Tenang?Sejak ada Abby Abadi ini,bekas cikgu ini dah jadi kain alas kaki ke?



للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Himpunan Karipap-karipap cinta

HIMPUNAN SHAMSIDAR - KENAPA TIDAK MAHU SHAMSIDAR JADI SAKSI PERBICARAAN.

Datuk S. Nallakaruppan mengecam rancangan pakatan pembangkang untuk menganjurkan perhimpunan bagi memastikan isteri Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat, Azmin Ali, Shamsidar Taharin tidak menjadi saksi di mahkamah.

Nallakaruppan mendakwa, rancangan mengenai Himpunan Shamsidar itu dijadual berlangsung pada 12 Januari depan iaitu beberapa hari sebelum perbicaraan kes saman fitnah mengaitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan dakwaan aktiviti biseksual.

Mereka hendak mengadakan demonstrasi jalanan bagi mengelirukan proses undang-undang yang berlangsung di mahkamah. Kenapa tidak mahu Shamsidar menjadi saksi?

Saya kira semua rakyat akan berpeluang mendengar pendedahan yang bakal berlaku apabila Shamsidar naik ke kandang saksi untuk memberi keterangan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Anwar memfailkan saman fitnah terhadap Nallakaruppan serta syarikat penerbitan, Utusan Melayu (M) Bhd. pada 26 Mac lalu ekoran petikan ringkas yang disiarkan oleh Utusan Malaysia pada 20 Mac lalu di muka hadapan bertajuk Anwar biseksual, tak boleh jadi Ketua Pembangkang - Nalla dan berita penuh di muka surat enam bertajuk Nallakaruppan tuduh Anwar biseksual.

Semalam, Pesuruhjaya Kehakiman, Vazeer Alam Mydin Meera membenarkan sebahagian besar pembelaan Nallakaruppan serta Utusan Melayu dalam kes saman tersebut dikekalkan.

Nallakaruppan dalam pernyataan pembelaannya yang difailkan pada 23 Mei lalu menyenaraikan kira-kira 10 orang termasuk Shamsidar bagi membuktikan dakwaannya berhubung seksualiti bekas rakan baiknya itu.

Jelas Nallakaruppan, kes saman fitnah yang dikemukakan oleh Anwar melibatkan kepentingan awam dan Shamsidar perlu tampil menjadi saksi bagi membuktikan kebenaran di mahkamah.

Anwar adalah seorang pemimpin politik yang bercita-cita hendak menjadi Perdana Menteri, sudah tentu ia melibatkan kepentingan awam. Saya berharap isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail juga dapat hadir ke mahkamah untuk mendengar semuanya," katanya.

Sumber: Utusan.

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Laporan Polis Berhubung Video Seks Speaker Perak

Video yang dikaitkan oleh speker perak Ganeson kini diserahkan kepada polis untuk tindakkan analisis [sumber]

IPOH - Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak, Datuk R. Ganesan hari ini membuat laporan polis berhubung sampul surat yang diterima oleh dua pemimpin DAP negeri, semalam, yang mengandungi cetakan dan VCD yang dipercayai mengandungi bahan lucah membabitkan beliau dengan seorang wanita.

Laporan polis itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh pada kira-kira 10 pagi ini.

Menurut laporan polis itu, Ganeson mendakwa beliau dimaklumkan oleh wartawan bahawa empat anggota Dewan Undangan Negeri daripada DAP iaitu V. Sivakumar, A.N Sivasubramaniam, Datuk Ngeh Koo Ham dan Ngar Kor Ming telah mengadakan satu sidang media di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak semalam antara pukul 21.15 tengah hari dan 12.40 tengah hari.

Ganesan mendakwa pada sidang media itu, pihak media dimaklumkan bahawa Sivakumar dan Subramaniam masing-masing menerima satu sampul surat mengandungi cetakan daripada laman web National Express Malaysia dan sekeping VCD dan pada kulit VCD berkenaan memaparkan gambar lucah Ganeson dan seorang wanita.

Dalam laporan polis itu, Ganeson mendakwa penerbitan, penerbitan semula dan penyebaran cetakan dan VCD tersebut dilakukan dengan niat jahat untuk mengaib dan memfitnahnya.

Beliau yang ditemui pemberita selepas membuat laporan polis itu berkata, laporan itu dibuat supaya polis mengambil tindakan sewajarnya terhadap
penyebar fitnah.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Pelancongan dan Hal Ehwal Wanita negeri, Datuk Hamidah Osman turut membuat laporan polis hari ini terhadap Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Pantai Remis, Nga Kor Ming yang didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan terhadapnya.

Dalam laporan itu, Adun Sungai Rapat itu mendakwa kira-kira pukul 3.30 petang, Khamis lepas, ketika berada di dewan makan, Dun Perak, beliau didatangi oleh pemimpin DAP itu yang berkata kepadanya "You revealed, watch out, I will go after you".

Hamidah mendakwa kejadian itu disaksikan oleh Adun Hulu Kinta Datuk Rusnah Kassim.

Beliau berkata laporan polis itu dibuat demi keselamatan diri dan keluarganya daripada kejadian yang tidak diingini.

Laporan itu dibuat di Balai Polis Kampung Rapat, dekat sini pada kira-kira 9.30 pagi. - Bernama


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

AMANAT HADI: sanggup mengebumikan jenazah isterinya di pinggir rumah

"Apabila arwah isteri, Azizah Abdullah meninggal pada 1990, saya memutuskan menggali kubur tidak sampai tiga meter dari rumah. Tiada siapa yang syor dan tegah. Saya cukup yakin mereka yang tidak bersama Pas tidak boleh bercampur termasuk tanah kubur. - MI

MARANG: Gara-gara tidak mahu berkongsi tanah perkuburan dengan penyokong UMNO kerana berpegang dengan Amanat Haji Hadi, Mokhtar Ismail, 58, sanggup mengebumikan jenazah isterinya di pinggir rumah di Banggol Katong, Serada dekat sini.

Walaupun anggota keluarga dan sebilangan saudara-maranya menganggap tindakan itu keterlaluan, dia tidak mengendahkan mereka dan cukup yakin langkahnya betul.

"Apabila arwah isteri, Azizah Abdullah meninggal pada 1990, saya memutuskan menggali kubur tidak sampai tiga meter dari rumah. Tiada siapa yang syor dan tegah. Saya cukup yakin mereka yang tidak bersama Pas tidak boleh bercampur termasuk tanah kubur.

"Sedangkan tanah perkuburan tidak sampai suku kilometer dari rumah. Semasa hidupnya juga arwah terkongkong kerana saya tidak benarkan dia bergaul dengan penyokong UMNO yang kebanyakannya anggota keluarga terdekat saya," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika turut menyingkap perlakuan silam yang sangat dikesalinya sebagai reaksi terhadap pendedahan bekas penyokong tegar Pas, Zainon Ismail lebih dikenali dengan nama C.N. Al-Afghani berhubung beratus ribu penyokong Pas masih berpegang dengan amanat yang memesongkan itu.

Menurutnya, hubungan dengan arwah ibunya dan tujuh adik-beradik yang lain juga tidak begitu mesra kerana mereka tidak menyertai Pas.

"Ketika ibu meninggal dunia, saya sekadar menziarah dan tidak menginjak kaki ke masjid untuk bersama menunaikan solat jenazah. Saya rasa ketika itu pegangan terhadap amanat tersebut lebih besar daripada tanggungjawab terhadap emak sendiri.

"Saya sendiri tidak dapat mengagak berapa banyak anak tangga di masjid itu kerana saya tidak pernah pijak. Saya tak kenal masjid selain Masjid Rusila (Masjid Haji Hadi) dan dua lagi masjid tokoh Pas iaitu Masjid Kubang Lembek (Masjid Datuk Harun Taib) dan Masjid Batu Enam (Masjid Haji Awang Jidin)," katanya.

Menurut peniaga itu yang menyertai Pas pada usia 18 tahun ketika berada di Mersing, Johor, apabila kembali ke Terengganu, dia banyak menghabiskan masa membaca kitab di Masjid Rusila dan turut mendengar ceramah-ceramah Pas yang turut dianggapnya sebagai kuliah agama terbuka.

"Apabila Amanat Haji Hadi mula kedengaran pada 1981, pegangan bahawa kami berada di landasan benar dalam memperjuangkan Islam dan tidak perlu mempedulikan orang lain yang tidak bersama, semakin kukuh," ujarnya.

Malah untuk mengelak daripada terus menunaikan solat berjemaah di masjid katanya, dia bersama-sama penyokong parti berusaha membina sebuah surau berhampiran melalui gotong-royong dengan hasil pungutan derma.

"Rasanya saya dan beberapa orang kawanlah yang mula memberanikan diri mengutip derma daripada orang ramai di Masjid Rusila untuk perjuangan Pas," ujarnya.

Namun katanya, apabila Pas menang di Terengganu pada 1999 dan surat arahan daripada kerajaan negeri supaya mereka kembali ke masjid yang sekian lama dipulau, cukup mengejut dan membingungkan apabila hukum-hakam yang digunapakai tiba-tiba berubah.

"Dulunya masjid itu dianggap cemar dan berimamkan orang UMNO tidak sah. Jika itu boleh berubah, tentunya daging binatang sembelihan mereka juga sudah boleh dimakan dan upacara pernikahan juga sah dilakukan.

"Saya keluar Pas pada 2001 setelah melihat banyak perkara tidak disenangi termasuk tindakan parti itu mengambil alih tadika Kemas dengan kanak-kanak terusir. Saya tidak nampak cara Islam dan lihat semua ini sekadar kepentingan politik," ujarnya.

- Utusan Malaysia



للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!