Friday, 30 November 2012

Karpal puas dapat sekeh ular PAS

Timbalan Ketua Pemuda Pas Pusat, Nik Abduh Nik Abdul Aziz berkata, perlu difahami, peraturan sebagaimana yang disyaratkan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam, kerana ia bukanlah undang-undang Islam, tetapi peraturan sivil yang berlandaskan panduan syariat agama. 

Menurutnya, agama Islam menyeru kepada keselamatan, kehormatan wanita malah menyeru kepada usaha mencegah eksploitasi wanita dan menutup ruang-ruang ke arah maksiat serta dan kemungkaran. Seterusnya



للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Woooo...Ramainya orang Kelantan


Wooooo..ade lagi sini der..melambak-lambak orang Kelantan>>>SINI


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Wow..Pro-PAS tentang Anwar di PWTC

Baca Seterusnya...

PAS hilang hala tuju apabila UMNO berkumpul

Kini kita dapat lihat suara para penyokong Parti PAS, PKR dan DAP semakin lemah disebabkan penipuan mereka kian terbongkar dengan kebenaran yang selama ini disembunyikan. Pelbagai isu basi yang mereka cuba bangkitkan semula untuk membangkitkan kemarahan rakyat sedangkan UMNO baru sahaja menerima amanat dari pemimpin tertinggi dan para perwakilan untuk membuktikan apa yang dilakukan selama ini hanya bagi kepentingan rakyat semata-mata. Seterusnya

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Cabutan bertuah kepada pengunjung KBS di PWTC


30 November 2012 jam 11 pagi dan 4 petang dan pada 1 Disember 2012 jam 10 pagi dan 12 tengahari.  Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan mengadakan cabutan bertuah sempena AFF Suzuki Cup 2012 di Booth Pameran KBS di Tingkat 3, PWTC, Kuala Lumpur.
SUMBER

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Thursday, 29 November 2012

Soalan kepada Idham Lim - Isu Wakaf Al-Anwar

Status IdhamCare/KPDA
Adakah KPDA ini mempunyai entiti berdafar tersendiri atau ia hanyalah sebuah projek dibawah IdhamCare?
Adakah IdhamCare sebuah NGO yang berdaftar dibawah Pendaftar Pertubuhan? Sekiranya berdaftar, diharap dapat kiranya YB menyiarkan bukti pendaftaran Selain daripada YB sendiri yang menjadi Pengerusi IdhamCare dan isteri YB sebagai Timbalan Pengerusi, siapakah Ahli Lembaga Pengarah/Ahli jawatankuasa/Pemegang Amanah yang lain. Diharap dapat YB siarkan senarai pemegang jawatan dalam IdhamCare dan tarikh mereka dilantik kejawatan tersebut?

PengurusanBerapa ramaikah kakitangan yang digaji untuk mengurus projek yang bernilai RM5 juta ini?
Berapakah jumlah kos pengurusan yang terkumpul setakat ini?
Minta YB siarkan carta organisasi pengurusan KPDA





Soalan tambahan
Permulaan kerja pembinaan diberitakan akan bermula pada 1 Mei 2012, tetapi hingga sekarang, tiada tanda-tanda ianya telah bermula. Apakah yang menyebabkan ianya tertangguh? rujuk http://kpdarulanwar.blogspot.com.au/2011/11/gambaran-keseluruh-kpda.html
Berapakah jumlah dana wakaf yang telah terkumpul setakat ini? Apakah ianya masih belum mencukupi?
Kami dimaklumkan menerusi risalah bahawa jumlah keluasan tanah yang akan dibangunkan ialah 4 ekar. Walaubagaimanapun, kami diberitahu bahawa jumlah yang telah dibayar kepada tuan tanah hanyalah 2 ekar. Harap YB memberi penjelasan.
Terdapat sesuatu yang tidak kena dengan promosi yang disiarkan dalam blog KPDA seperti dibawah.



Banner diatas mengatakan
“setiap pembelian lot wakaf akan menerima hadiah satu Quran digital.” (untuk Pakej 1).

Manakala dalam banner dibawah, “bagi setiap pembelianQuran digital, pewakaf akan menerima dua lot wakaf.”

Tawaran ini seoalah-olah tidak masuk akal. Dan sekarang timbul pula banner terbaru.



Cerita Penuh Dari: SUMBER

*SURAT KEPADA BLOG PEBANGKANG : MEDIA PERAK

Sudah beberapa hari teman dok memikior nak bagi tahu benda ini tapi teman ni bukan la pandai sangat nak ngarang. Bila teman biorkan lame2 , rase tak sedap hati ini . Penghabihnya teman tulis le juga pasal benda ni.

Teman udah banyak hari menunggu calon pilihan parti pas kuale yang sekarang ini Adun Titi Serong Ustaz Idham Lim jawab soalan2 dalam media perak.

Tapi sampai hari ini, tak muncul lagi jawapan Adun Titi Serong ni. Teman dah rase tak sedap hati dengan Adun ini, dah rase curiga sebab apa dia tak jawab soalan2 tu.

Apa payahnya dia nak jawab , semuanya boleh dijawab sebab dia yang jaga projek 5 juta tu. Kecuali le dia buat salah dengan projek tu sampai tak boleh nak jawab semua soalan dalam media perak tu.

Teman bukannye ape, risau jika Adun ni tak menjawab akan timbul sangkaan tak elok kepadanye. Adalah lebih elok dia jawab bagi hilang rase ragu orang ramai terutama yang dah beli wakaf tanah projek tu.

Dengor khabornye, ramai yang beli wakaf tanah projek itu nak tahu perkembangan projek itu. Ye la, bukan sikit2 deme berwakaf untuk dapat pahala di akhirat.

Ade juge bisik2 yang sebut, umno nak bongkar satu kes besar berkenaan seorang Adun Pas di Perak. Hanya tunggu masa sesuai nak bongkar. Mungkin juga Adun Titi Serong yang dimaksudkan. Sebab tu teman berharap sangat Adun Titi Serong jawab segera.

Teman risau bila sampai masa bubar parlimen tiba2 umno dedah kes ini, nak jawab macam mana masa tu. Habis terpalit Pas Perak sebab Adun Titi Serong ini wakil Pas, jadi calon Pas Kuale pula tu.

Jika fitnah mungkin boleh dijawab. Tapi jika benar Adun ini buat salah dengan bukti2 yang dibongkar. Sakit juga Pas nak jawab.

Maklumat2 projek tu mudah je umno nak dapat. Nak tahu mengenai Ngo Adun Titi Serong tu, umno boleh dapatkan dari Pendaftar Syarikat / Pertubuhan. Nak tahu status tanah projek tu, umno boleh dapatkan dari Pejabat Tanah Parit Buntar.

Nak tahu penyata akaun bank , umno boleh dapatkan dari Maybank. Semua maklumat umno boleh dapat . Mudah sangat umno nak bongkar sebab kuasa di tangan mereka.

Teman nak sangat Pas Kuale menang kerusi parlimen Kuale pilihanraya kali ini. Udah lame menunggu, teman rase inilah masa sesuai Pas boleh menang.

Sebab itu le teman harap Adun Titi Serong jawab segera soalan2 tu. Teman tak mahu la nanti , Pas Kuale dah bersungguh buat kerja nak menang. Tup, tup bila sampai mase mengundi, umno menang lagi sebab calon Pas ada masalah.

Harap2nye media Perak siarla tulisan teman ini.

Pengundi berdaftar,

Oghang Kuale



Nota editor: Rujuk Dari: SUMBER






للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

#PRUPERAK : Insyallah kemenangan milik kita


Pemuda bahagian Tambun hari ini melahirkan keyakinan menumbangkan Pakatan Rakyat di PRU 13 ini nanti. ' sekalipun Timbalan Presiden UMNO berkata Gendang prrang sudah dipalu, semboyan telah dibunyikan, kami bagaimana telah pun sudah lama bersedia dan bermula. Kami yakin kemenangan Insyallah milik kita' kata Saudara Mazlan Abd Rahman Ketua Pemuda UMNO Tambun


Hampir Dua tahun kami telah memulakan kerja dan bersedia untuk pilihanraya kali ini, kami tak menunggu bila pilihanraya makin hampir baru nak mulakan kerja. Memenuhi tanggung jawab mesti bermula dari kita diberi keyakinan, kita diberi mandat maka bermulalah kerja tersebut bila diamanahkan. Seterusnya sini : PERAK CYBERTROOPER
للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

4-1 Menang, tapi Apek nikah bile?


Teman jarang nak ulas pasal Harimau Malaya tapi sebab tempoh hari deme2 kutuk kaw2 bila HM kalah dgn singapore tu, ater memang provokasi nak tunjuk yang singapore lebih bagus dari kite gamaknya, agak tongong peminat bola sepak Malaysia menyokong kritikkan yang rata2 disebabkan apek hilang konsentrasi sebab nak menikah, come on la dia tu manusia gak ada nafsu, tapi dia memang bagus direhatkan sebab bukan leh harap Apek sorang jek jadi kepper HM. Ia idok? Farizal kepper malam semalam (tadi) memang mantap beb..kalau tak kena bias sepakkan stiker Laos tu rasanya Laos balik kampung bawa telor masing2 jek..hahaha...

Teman nak sampaikan ucapan tahniah pada HM atas kejayaan mengkomer meletopkan gawang Laos..kebaabooommmmm 4Bijik beb...kepada manusia2 yang duduk diMalaysia yang takde semangat penyokong kipas-susahmati Harimau Malay tu mohon jangan la duk bersengkongkol dengan anasir-anasir memburukkan nama Harimau Malay diantara kita RAKYAT MALAYSIA, ate yang duk mengutuk tu reti main bola tak?kalau reti mesti tahu camana besarnya cabaran bermain sebagai seorang HARIMAU MALAYA...Tahniah Harimau Malaya...Tahniah kepada Apek gak..Semoga selamat nikah 28 disember ini..yehaaaa....









للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Khairy Jamaluddin confident Badak


Persidangan Agung UMNO yang berlansung pada hari ini dijayakan dengan berjayanya, ramai geng2 dari serata negara turun padang dari Perlis hingga ke johor, teman berlabuh diperkarangan ruang legar hadapan PWTC disambut dengan rombongan serba biru dari geng selatan segak berpakaian biru tertera dibaju perkataan “MUAR” lagi wow...Teman sempat menemuramah beberapa orang  perwakilan yang rata-rata menyokong ucapan yang diucapkan oleh  Ketua Pergerakan Pemuda UMNO,  Khairy Jamaluddin, antara ucapan-ucapannya yang dipetik dari BERNAMA, beliau yakin generasi muda di negara ini tidak mudah terpengaruh dengan anasir luar terutama pihak yang mahu menggulingkan kerajaan.

Beliau berkata ini kerana kerajaan Barisan Nasional (BN) memberi ruang yang cukup kepada orang muda untuk menyampaikan pandangan termasuk menerusi anggota Parlimen.

"...zaman kerajaan tahu segalanya sudah kita tamatkan, kita "engage" generasi muda selami jiwa mereka itu dan buat segalanya untuk mereka," katanya kepada Bernama, di sini.

Anggota Parlimen Rembau itu berkata hasil inisiatif kerajaan mendekati mereka, sokongan golongan muda kepada BN kini semakin kukuh.

Selain itu tegasnya proses demokrasi di negara ini juga lebih baik berbanding di beberapa negara yang menyaksikan rakyatnya bangkit menggulingkan kerajaan.

Beliau berkata usaha kerajaan memperkasa generasi muda dapat dilihat menerusi Belanjawan 2013 dibentang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini, antaranya menyediakan peruntukan khas bagi latihan kemahiran belia.

"Pindaan Akta Universiti Kolej (AUKU) yang membolehkan mahasiswa berpolitik juga merupakan antara usaha kita memperkasa generasi muda. Ada kata takut kampus kucar-kacir jika perkara ini dilaksana.

"Tetapi sudah lebih setahun pindaan ini terlaksana, tiada kucar-kacir yang berlaku malah suara mahasiswa semakin lantang berusaha memajukan negara.

Percayalah kepada kami, kami orang muda, mahu dan akan menjadikan negara ini yang terbaik di dunia," katanya. 
 
sedutan semalam: 
Pemuda Usaha Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M) Untuk Orang Muda.







للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Wednesday, 28 November 2012

Khairy Buka Peluang Orang Muda

KUALA LUMPUR - Kelab Penyokong Barisan Nasional (BN) institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dilancarkan hari ini dalam mengukuhkan sokongan generasi muda terhadap BN.

Pelancaran yang diadakan sempena Perhimpunan Agung UMNO 2012 itu merupakan pendekatan terbaharu BN selaras dengan hasrat parti itu untuk mendekati golongan muda di negara ini termasuk dalam kalangan mahasiswa.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin yang merasmikan pelancaran kelab itu berkata, penubuhannya juga selari dengan perubahan positif dalam kalangan generasi muda yang ketika ini dilihat kembali menyokong BN. -UTUSAN

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Karpal sekeh Kerajaan PAS plak


KUALA LUMPUR 27 Nov. - Kerajaan Pas Kelantan bersedia untuk mempertimbangkan cadangan semua pihak daripada kalangan bukan Islam bagi mencari jalan penyelesaian berhubung pertikaian isu salun yang melarang wanita daripada mengunting rambut lelaki di Kelantan.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata PAS memandang serius kebimbangan masyarakat bukan Islam berhubung isu tersebut di negeri pembangkang itu.

"Pas Pusat telah pun dimaklumkan oleh Kerajaan Kelantan mengenai hasrat mereka membincangkan dan mencari jalan penyelesaian terbaik mengikut konsep hak kebebasan anutan orang bukan Islam," katanya dalam kenyataan yang dibacakan oleh Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub di lobi bangunan Parlimen di sini, hari ini.
Ada lagi klik SINI


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Karpal Singh sekeh Hadi Awang lagi



“PAS percaya kerajaan Kelantan tidak bermaksud meluaskan pelaksanaan apa-apa peruntukan berkaitan perundangan moral Islam ke atas orang bukan Islam.

“Ini dibuktikan dengan penggubalan Enakmen Jenayah Syariah (II) Kelantan 1993 yang tidak terpakai ke atas orang bukan Islam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada masa sama, tambahnya, kerajaan Kelantan juga perlu melaksanakan tanggungjawabnya, atas mandat yang diberikan rakyat bagi memastikan kemurnian akhlak rakyat beragama Islam terus terpelihara.

Kenyataan Abdul Hadi itu dibaca oleh Naib Presiden PAS yang juga ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahudin Ayub di lobi Parlimen hari ini.

Sehubungan itu, tegas Abdul Hadi yang juga ahli Parlimen Marang, PAS percaya maksud utama peraturan kecil itu untuk adalah untuk tujuan tersebut.

“PAS Pusat telah dimaklumkan bahawa mereka bersedia menimbang cadangan semua pihak dari kumpulan bukan Islam untuk mencari jalan terbaik menyelesaikan isu salun ini mengikut konsep hak kebebasan anutan orang bukan Islam.

“PAS Pusat sangat mengalu-alukan sikap keterbukaan kerajaan Kelantan.

“PAS sentiasa komited menyelesaikan apa-apa jua permasalahan mengikut pintu rundingan,” katanya.

Sebelum ini, seorang pengurus kedai gunting rambut di Kota Bharu, Ong Lee Ting, yang mendakwa beliau disaman 11 kali oleh pihak berkuasa tempatan kerana pekerja wanita bukan Islam di premisnya menggunting rambut pelanggan lelaki bukan Islam sejak 2010.

Akibatnya, dia didenda antara RM200 hingga RM350 dan mendakwa ramai lagi pemilik kedai gunting turut menghadapi perkara sama.

Tindakan tersebut mencetuskan kontroversi dan beberapa pemimpin Pakatan, termasuk pengerusi DAP, Karpal Singh menggesa kepimpinan PAS pusat supaya menyelesaikan segera isu tersebut

Lagi sini> Suara generasi baru


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Selangor umum RM1.63B, Tapi sekupang pon tak citer pasal bonus

"Jumlah Bajet 2013 yang dibentangkan bukan main punya besar mencecah angka RM1.63 bilion, tanpa perihal bonus sebulan gaji satu ayat pun tak kelihatan. Nak kena tunggu tarikh PRU 13 dulu baru nak bentang bajet tambahan untuk peruntukan bonus agaknya." 

Musim persekolahan 2013 hanya tinggal lebih kurang sebulan saja lagi, bagi kakitangan Kerajaan Pusat dan negeri-negeri yang diperintah Kerajaan Barisan Nasional (BN), mereka tidak perlu risau memandangkan bonus sebulan gaji sedang menanti.

Namun bagi kakitangan awam yang bekerja dengan Kerajaan PKR Selangor, kini mereka tertanya-tanya sesama sendiri kenapa semasa pembentangan Bajet 2013 oleh Menteri Besar, Khalid Ibrahim pada 19 November 2012 minggu lepas di Dewan Undangan Negeri tiada sebarang bonus diumumkan?

Jumlah Bajet 2013 yang dibentangkan bukan main punya besar mencecah angka RM1.63 bilion, tanpa perihal bonus sebulan gaji satu ayat pun tak kelihatan. Nak kena tunggu tarikh PRU 13 dulu baru nak bentang bajet tambahan untuk peruntukan bonus agaknya.

Biasanya asal sahaja Kerajaan Pusat mengumumkan bonus atau imbuhan kepada kakitangan sebagai penghargaan di atas kerjasama dan pengorbanan mereka, Kerajaan PKR Selangor akan segera mengumumkan imbuhan yang hampir sama atau lebih sedikit bagi menonjolkan kehebatan ekonomi dan kewangan negeri.

Misalnya semasa Kerajaan Pusat memberi bonus setengah bulan gaji atau minima RM500 kepada kakitangan awam sempena menjelang perayaan Aidilfitri yang lepas, Kerajaan Negeri pimpinan Khalid segera mengumumkan pemberian bonus setengah bulan gaji diikuti dengan simpanan RM200.

Kali ini bayang pengumuman bonus oleh Khalid Ibrahim satu pun tak kelihatan, sedangkan selama ini Khalid dengan bangganya mengumumkan Kerajaan Negeri memiliki rizab tunai sehingga RM2 bilion. Takkan atas kertas saja kot?

Apakah MB Selangor telah dengan sengaja enggan untuk menghargai jasa pengorbanan kakitangan Kerajaan Negeri atau sememangnya merancang untuk mengurangkan kos perbelanjaan negeri dengan memotong bonus sebulan gaji?

Takkanlah semata-mata mahu membuktikan Kerajaan Negeri pimpinannya mampu menyediakan bajet berimbang maka bonus penghargaan dinafikan dan nasib kakitangan negeri sanggup diketepikan. Sampai hati. Seterusnya

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

PEMBANGKANG TIADA PERSEFAHAMAN, TIADA MUAFAKAT


"Sepanjang lima dekad pemerintahan Barisan Nasional, muafakat yang dicapai untuk memerintah negara secara bersama tidak pernah kita ingkari. Janji untuk bekerjasama dan berkongsi kuasa tidak pernah kita nodai. Prinsip ini sentiasa kita pupuk dan suburkan, dan kini menjadi pasak kekuatan Barisan Nasional."



"BERSAMA MELAKAR KEMENANGAN"

KEBIJAKSANAAN POLITIK UMNO: MUAFAKAT UN TUK BERKONGSI KUASA


Alhamdulillah, kita di Malaysia tidak mengalami krisis politik dan perkauman yang parah seperti yang dialami di negara-negara lain, walaupun kita mempunyai lebih banyak bangsa, kaum dan suku kaum. Negara kita dipagari daripada malapetaka besar yang menggugat keselamatan dan ke sejahteraan rakyat. Dengan izin ALLAH s.w.t kita dapat hidup dalam suasana yang aman, stabil dan makmur hingga ke hari ini. 

Kesemua ini pastinya tidak terjadi dengan sendiri. Sudah tentulah ada sebab musabab yang menjadikan negara kita kekal aman, makmur dan sejahtera. Sebab yang utama ialah kebijaksanaan pemimpin kita terdahulu memilih acuan politik perkongsian kuasa yang berteraskan semangat per sefahaman, pemuafakatan, setiakawan dan tolak ansur an tara parti-parti politik yang mewakili pelbagai kaum sewaktu itu, iaitu Umno, MCA dan MIC. Apabila Barisan Nasional dibentuk pada tahun 1974, muafakat kita semakin kukuh dengan lebih banyak parti-parti yang mewakili pelbagai etnik dan suku kaum bergabung, termasuk dari Sabah dan Sarawak.

Sepanjang lima dekad pemerintahan Barisan Nasional, muafakat yang dicapai untuk memerintah negara secara bersama tidak pernah kita ingkari. Janji untuk bekerjasama dan berkongsi kuasa tidak pernah kita nodai. Prinsip ini sentiasa kita pupuk dan suburkan, dan kini menjadi pasak kekuatan Barisan Nasional.

Alhamdulillah, meskipun ada kalanya kita diduga dengan pelbagai cabaran dan tuntutan, meja rundingan Barisan Nasional sentiasa dapat menawarkan penyelesaian kepada semua perkara yang berkait dengan kepentingan semua kaum. Kerana itu Malaysia kekal aman, stabil dan makmur hingga ke hari ini.

Meskipun begitu, bagi puak yang keras dan melampau dalam pemikiran dan tindakan politik, mereka sentiasa mengapi-apikan semangat perkauman dan agama yang sempit bagi menagih laba politik. Pas sebagai contoh pernah menuduh Umno sebagai parti sekular, parti taghut, parti mustakbirin, parti fir'aun, parti kafir semata-mata kerana kita bekerjasama dengan rakan-rakan bukan Islam dalam Barisan Nasional.



Begitu juga dengan MCA, MIC dan parti-parti kom ponen lain dalam Barisan Nasional. Apabila mereka me nerima pendirian Umno dalam perkara yang berkait de ngan kepentingan orang Melayu, DAP dengan cepat menuduh mereka sebagai parti yang lemah, atau parti pak turut yang sanggup menggadai kepentingan kaum bukan Melayu, semata-mata untuk mengecap nikmat kuasa bersama Umno. Malah, DAP menuduh UMNO sebagai parti rasis dan parti ultra-Melayu, semata-mata untuk membangkitkan ke bencian orang bukan Melayu terhadap Umno dan Barisan Nasional.

Sebenarnya saudara-saudari, Pas dan DAP berbuat begitu semata-mata untuk menarik sokongan kaum tertentu kepada parti mereka. Pas menggunakan sentimen agama yang sempit untuk menghasut orang Melayu membenci Umno dan menyokong mereka. DAP pula menggunakan sentimen perkauman yang melampau untuk menghasut orang bukan Melayu membenci MCA, MIC, Gerakan dan parti-parti lain dalam Barisan Nasional, supaya orang bukan Melayu menyokong mereka. Semuanya ini dilakukan atas dasar kepentingan politik yang jumud dan politik serakah, tanpa mengira kesannya ke atas perpaduan masyarakat berbilang kaum dan agama di negara kita.

Hakikatnya, sejak lebih lima dekad yang lalu, parti yang membawa fahaman politik benci dan fitnah, yang membakar sentimen agama dan perkauman bukannya Umno, bukannya MCA, bukannya MIC, bukan juga parti-parti kom ponen BN yang lain. Sebaliknya ia didalangi oleh Pas dan DAP. Merekalah yang mengamalkan politik ultra perkauman dan membawa fahaman songsang mengenai agama yang memecah belahkan masyarakat kita. Kononnya undi Pas masuk syurga, sembelihan orang Umno tidak halal, solat berimamkan orang Umno tidak sah. Malah, mereka sang gup mendoakan kehancuran bagi orang Umno yang me rupakan saudara seagama mereka. Merekalah yang me nyuburkan syak wasangka, merekalah yang membarakan api fitnah, dan mereka jugalah yang membaja benih-benih kebencian.


PEMBANGKANG TIADA PERSEFAHAMAN, TIADA MUAFAKAT 



للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Monday, 26 November 2012

Punca Anak Anwar halalkan murtad orang melayu


Aku dah agak dah dia memang senaja timbulkan isu ini sebab depa dah setting sejak 2008 tentang kebebasan beragama selain Islam untuk orang melayu, layak rasanya disembelih idea pembawakkan anak beranak ini. Terresa kuk tu sedang happy go lucky kerana dakwah dia kini termakan dek ketua NON-con family.

Ini ada sedikit pendedahan yang boleh korang nilai dan renung semula apa perancangan licik al-gojob ini
Rupanya anwar Ibrahim,anak anwar dan keluarga parti keadilan rakyat sedia mengorbankan akidah umat Islam demi politik. Surat di bawah akan menerangkan dan menjelaskan segalanya.surat ini dikeluarkan di Sabah pada tahun 2008.Masyarakat Islam sepatutnya risau untuk bangkit menyuarakan sokongan terbuka pada pemimpin Islam di Sabah.sebab itu Nurul Izzah Keluarkan kenyataan kebebasan beragama pada 3 November yang lepas.


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Harakah kini dibedal kerana kebodohan mereka


Ketua Pemuda PAS Wilayah, Kamaruzzaman Mohamad, menyifatkan yang Harakah telah tersasar dari perjuangan.

Oleh itu, beliau menyarankan agar lidah rasmi PAS itu dipantau dibawah satu jawatankuasa untuk menapis dan mengawal kandungannya. Usul itu telah diluluskan dengan majoriti besar iaitu 733 perwakilan dari 172 kawasan.
Harakah dikritik sebagai terlalu terbuka dalam memberi ruang kepada pemimpin DAP dan PKR. Perwakilan juga tidak gemar akhbar tersebut menyiarkan berita yang merugikan PAS di muka depan, antaranya isu Datuk Dr. Hassan Ali dan kontroversi Nasharuddin Mat Isa dan Karpal Singh. Berita sebegitu menurut mereka, merupakan tindakan batu api dan melaga-lagakan pemimpin PR sesama sendiri.

Jelas, nampaknya perwakilan lebih senang jika akar umbi dibiarkan dalam kegelapan mengenai apa yang berlaku di peringkat atasan. Mungkin tindakan ini akan lebih memudahkan mereka kerana tidak perlu berhadapan dengan soalan-soalan yang tidak mampu dijawab berkenaan hala tuju PAS dalam PR dan hala tuju PR itu sendiri jika ditanya oleh akar umbi.

Kita setuju dengan Pemuda PAS bahawa Harakah telah tersasar namun bukan kerana bersifat terbuka memberi ruang kepada berita yang merugikan PAS. Tetapi kerana menjadi peneraju berita-berita fitnah mengenai pemimpin UMNO serta menjadi agen penyebar kebencian sesama umat Islam.

Pelik, kerana Pemuda PAS tidak pula mengkritik Harakah dari segi ini. Mungkin kerana fitnah dan kebencian tidak merugikan PAS tetapi menguntungkan, maka ianya dilihat sebagai tidak salah oleh Pemuda PAS.

Kesian...orang PAS sendiri mengakui Haramkah Daily Kelentong Net....tersasar...pencacai lak tengah mengagungkan Haramkah...ki ki ki

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Jom...Daftar Parlimen Belia Malaysia


PUTRAJAYA — Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek semalam telah melancarkan portal khas untuk Parlimen Belia Malaysia (PBM) sebagai medium utama pendaftaran pemilih, pendaftaran calon dan pengundian calon.

Hari ini, portal tersebut telah dibuka kepada umum dengan membuka sistem pendaftaran daftar pemilih yang mana belia yang berumur 18 hingga 30 tahun adalah layak untuk mendaftar.

Bagi belia yang berminat untuk menjadi ahli PBM pula, mereka perlulah memenuhi syarat yang telah ditetapkan seperti :-

1. Warganegara Malaysia dan berumur 18 hingga 30 tahun.

2. Tidak pernah disabitkan kesalahan jenayah.

3. Tidak muflis.

4. Mendapat sokongan minimum 50 orang yang berumur antara 15 hingga 40 tahun dari kawasan yang diwakili.

5. Mempunyai seorang pencadang daripada pemimpin-pemimpin pertubuhan belia atau pertubuhan bukan kerajaan yang sah berdaftar dari kawasan yang hendak diwakili.


PBM bakal dianggotai oleh seramai 222 wakil belia bagi setiap kawasan parlimen yang mana mereka ini akan dipilih secara atas talian oleh pengundi yang telah berdaftar di portal tersebut.

PBM dilaksanakan hasil daripada inisiatif Makmal Transformasi Pembangunan Belia dalam menjadikan Generasi-Y sebagai fokus utama pembangunan belia negara malah bagi negara-negara luar seperti Australia, Parlimen Belia dianggap sebagai suatu sistem yang penting dalam pembangunan belia.

TERSENYUM kita apabila melihat kanak-kanak berpakaian rasmi sebagai Yang Berhormat berdebat dan menyuarakan pandangan dan idea di dalam Dewan Rakyat yang mulia. Gelagat mereka benar-benar mencuitkan hati. 

Apabila melihat keadaan Dewan Rakyat tidak terkawal, mulalah Tuan Yang di-Pertua Dewan Rakyat dikenali sebagai Pak Jamal atau nama sebenarnya Jamal Muhamad menenangkan keadaan dengan gaya tersendiri. 

Beruntungnya kanak-kanak yang pernah menjadi 'Anggota Parlimen' ketika era Mini Parlimen diperkenalkan oleh kerajaan kira-kira dua dekad lalu. Beruntungnya mereka kerana berpeluang 'membahaskan' banyak perkara dan membuat keputusan 'meluluskan' pelbagai dasar di usia muda.

Sidang Mini Parlimen ini mendedahkan golongan tersebut terhadap erti demokrasi. Malangnya, Mini Parlimen yang sering menjadi tumpuan seluruh negara setiap kali sambutan Hari Kemerdekaan negara kini sekadar menjadi kenangan. Entah di mana silapnya, idea penerbitan program kanak-kanak itu yang tercetus ilhamnya oleh isteri bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali kini tiada kesinambungannya. Apabila Mini Parlimen 'dibubarkan', ia sekali gus membuatkan sebilangan besar daripada kita hampir terlupa dengan 'kehilangan' Tuan Yang di-Pertuanya, Pak Jamal dan juga kanak-kanak yang pernah menjadi Ahli Parlimen.


Permulaan kepada penerbitan Mini Parlimen berlaku pada 1983 apabila Tan Sri Sanusi Junid yang ketika itu Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar yang juga Pengerusi Jawatankuasa Hari Merdeka menyatakan untuk menerbitkan program Mini Parlimen sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-26. Susulan idea Siti Hasmah, akhirnya rakyat Malaysia disajikan projek kerajaan bernilai RM100,000 itu. 

Sekali lagi kedengaran Mini Parlimen hendak diwujudkan tetapi kali ini agak berbeza kerana ia dinamakan pula sebagai Parlimen Belia Malaysia. Ini diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak ketika melancarkan program Himpunan Sejuta Belia Putrajaya 2011 pada 28 Mei lalu. 

Dalam pengumuman itu, beliau menggariskan enam inisiatif untuk kepentingan belia di negara ini selaras dengan pengiktirafan terhadap golongan itu sebagai pemangkin transformasi negara serta pelapis kepimpinan pada masa depan.  Antara enam inisiatif itu adalah mewujudkan Parlimen Belia untuk membolehkan wakil yang dipilih belia menyatakan pandangan, cadangan dan cita rasa golongan itu kepada kerajaan. Ia adalah persediaan masa depan negara serta usaha kerajaan memahami pandangan, cadangan dan cita rasa belia bagi membolehkan wakil golongan itu berbahas usul dan kerajaan akan menimbangkannya.

Hasil pengumuman Perdana Menteri itu, satu bengkel pelaksanaan Parlimen Belia Malaysia dilaksanakan dan dibincangkan secara rapi bagi merealisasikan hasrat kerajaan untuk membolehkan golongan belia menyuarakan pandangan dan idea selaras dengan kehendak mereka. 

Pada 2010, seramai 11.5 juta belia berumur antara 15 hingga 40 tahun dikenal pasti di negara ini. Daripada jumlah itu, sebanyak 71 peratus populasi belia berumur di antara 18 hingga 30 tahun, manakala Generasi Y berumur di antara 9 hingga 28 tahun ialah seramai 11.4 juta orang. Statistik ini jelas menunjukkan betapa besar pengaruh golongan belia kepada negara.  Persoalannya sekarang apakah model yang hendak digunapakai bagi Parlimen Belia Malaysia ? Yang penting hendak dilihat adalah hasil garapan bagi Parlimen Belia Malaysia akan menjadikan belia mempunyai keberanian, disiplin dan kreativiti dari aspek gaya pemikiran, di samping semangat patriotik, toleransi dan ketahanan dari aspek kesungguhan serta kompetitif, ketelitian dan berpasukan dari aspek tindakan.

Tugas yang agak mencabar adalah Parlimen Belia Malaysia perlu memperhalusi beberapa perkara seperti polisi yang melibatkan soal perundangan, sistem pelaksanaan, apakah perlu ada penggubalan Akta Parlimen Belia (sama ada perlu atau tidak) di mana menunjukkan keseriusan kerajaan atau adanya suatu "structured institution" selain wujudnya peruntukan yang jelas mengenai peranan, matlamat, fungsi, bidang tugas dan kuasa serta sumber kewangan.

Selain itu, ia perlu dilihat dari sudut model negara lain, persoalan yang akan berbangkit isu bidang kuasa di bawah Perlembagaan Malaysia atau mungkin terlalu "governmental" serta berbangkit isu menentukan "stakeholder" dan tempoh masa yang diambil menggubal suatu undang-undang di dalam Parlimen Belia Malaysia kelak. 


Antara yang mungkin menjadi cabaran utama adalah perkara mengenai belia tidak termasuk dalam mana-mana senarai dalam Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan, Perkara 77 -Bidang kuasa baki perundangan terletak pada negeri, Kerajaan Persekutuan tiada kuasa untuk membuat undang-undang berkenaan dengan belia, manakala asas bagi Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia (Akta 668) dibuat di bawah perkara "Pertubuhan tidak diperbadankan" di bawah Senarai Persekutuan.

Jadi satu persoalan akan timbul yang mana, apakah konsep Parlimen Belia Malaysia kelak bercorak pertubuhan atau individu? Jika pertubuhan, ia boleh termasuk di bawah Senarai Persekutuan dan sekiranya individu, ia termasuk di bawah Perkara 77 iaitu kuasa baki perundangan.

Cabaran yang sedang dibincangkan pada masa ini adalah mengenai Akta 668 itu sendiri. Akta tersebut adalah untuk mendaftar pertubuhan belia dan memudahkan pembangunan belia di 
negara ini. Akta 668 dibuat di bawah perkara "Pertubuhan yang tidak diperbadankan" yang 
termasuk dalam Senarai Persekutuan. 

Soalnya di sini apakah Parlimen Belia Malaysia diperlukan untuk dikecualikan daripada pemakaian Akta 668 ? Tidak boleh lari juga soal Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU).Kita perlu lihat kesan AUKU ke atas mahasiswa yang menjadi wakil Parlimen Belia Malaysia.  Bagaimana pula kita hendak mentakrifkan sedangkan mahasiswa terikat dengan AUKU dan apakah mungkin adanya satu budi bicara atau klausa khas daripada Naib Canselor atau Menteri Pengajian Tinggi sendiri membenarkan mahasiswa menjadi wakil Ahli Parlimen Belia Malaysia? 


Penulis juga beranggapan wajarkah mahasiswa menjadi Ahli Parlimen Belia Malaysia sekiranya terikat dengan AUKU. Atas landasan itu, ia perlu diperhalusi agar tidak kelak menimbulkan konflik yang berpanjangan dan akhirnya matlamat asal Parlimen Belia Malaysia tidak tercapai.Pada masa ini mengikut hasil kajian Makmal Transformasi Pembangunan Belia telah mengenal pasti sebanyak 33 model Parlimen Belia di seluruh dunia. Antara negara yang melaksanakan Parlimen Belia adalah United Kingdom Youth Parliament (UKYP), European Youth Parliament, Morrocan Youth Parliament, Afghanistan Youth Parliament, Youth Parliament Of Pakistan, Ghana National Youth Parliament, Australia Youth Parliament dan Timor Leste Youth Parliament.

Di UKYP, ia diurus tadbir dan digerakkan oleh golongan muda atau belia seawal usia 11 hingga 18 tahun dengan membawa suara bernas, kreatif dan inovatif mengikut acuan masingmasing bagi perkembangan sosial semasa. Di UK, ahli-ahli Parlimen berusia 11 hingga 18 tahun dengan keahlian 600 orang seperti mana penulis maklumkan sebelum ini dan bersidang sekali setahun dengan memberi peluang kepada belia mereka menyalurkan idea dengan kreatif bagi membawa kepada perubahan sosial. Kriteria pemilihan UKYP adalah secara pilihan raya. 

Di Australia, Parlimen Belia terbahagi kepada dua iaitu Parlimen Belia Kebangsaan dan Parlimen Belia Negeri. Persidangan di negara Kanggaro itu berlangsung selama tiga hingga sembilan hari dan mempunyai keahlian seramai 116 orang berumur antara 16 hingga 25 tahun yang mana pemilihannya dilaksanakan secara online.


Di Scotland pula, ia mempunyai keahlian seramai 200 orang berumur antara 14 hingga 25 tahun yang dipilih dua wakil Parlimen. Parlimen Belia negara "Highlanders" bersidang sebanyak tiga kali setahun dengan bermatlamat menggalakkan belia terlibat dalam proses membuat keputusan. 

Di negara Asia seperti Pakistan yang mana belia mereka dipilih antara umur 18 hingga 29 tahun dan mereka bersidang selama 30 hari setahun dengan keanggotaan seramai 60 orang dan kriteria pemilihannya adalah bagi satu penggal iaitu setahun di seluruh negara, manakala di Filipina pula belia mereka dipilih antara umur 15 hingga 30 tahun dengan keanggotaan seramai 160 orang yang dipilih di seluruh negara. 

Di Malaysia, cadangan golongan belia ialah had umur 15 hingga 30 tahun atau 18 hingga 25 tahun dengan keahlian seramai 222 orang. Tempoh persidangan yang dicadangkan adalah tiga hari dalam setahun yang mana kaedah kriteria pemilihan secara online (masih dalam cadangan) yang mana dilaksanakan dalam tempoh dua bulan, disenarai pendek oleh Sekretariat dan proses temuduga.  Dijangkakan persidangan pertama Parlimen Belia Malaysia pada 2012/2013.

Sejajar dengan transformasi negara, matlamat Parlimen Belia Malaysia adalah menjana kerjasama dengan agensi-agensi kerajaan berkaitan untuk menjadikan resolusi Parlimen Belia menjadi polisi dan dasar kerajaan. 

Lebih penting, Parlimen Belia Malaysia hendaklah bebas dari membawa agenda politik dan mestilah mempunyai kekuatan untuk membawa isu-isu yang berkepentingan buat golongan belia di negara ini. 


Parlimen Belia Malaysia: Suara demokrasi Generasi Y
Utusan Malaysia – 27 Disember 2011
Oleh AHMAD FAUZI MUSTAFA
PENULIS ialah Penyelidik Kanan Parlimen Malaysia

Jom Daftar Sebagai Pemilih.
Untuk capaian portal tersebut, sila klik 



للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Cina semakin CIBAI

Gua bukan RACIST tapi dengan apa yang berlaku sejak kebelakangan ni menunjukkan kaum Cina semakin CIBAI. CIBAI bukan sikit sikit tapi mereka mempamerkan cibai yang melampau sama sekali.

Hari ni berlangsungnya demo anti LYNAS di sekitar Kuala Lumpur. Kata mereka yang berdemo bahawa mereka mahukan kilang LYNAS ditutup kerana mencemarkan alam sekitar dan bla bla lagi. Sebelum ini dah acap kali pihak kerajaan, swasta dan juga pihak luar mengesahkan bahawa kilang Lynas selamat dan tidak memberikan ancaman kepada masyarakat. Malah lokasi kilang Lynas yang terletak di Parlimen Indera Mahkota yang mana merupakan satu kawasan majoriti Melayu dan bukannya kawasan penempatan kaum Cina..gambar lagi sini

KUALA LUMPUR - Himpunan Hijau membantah operasi kilang Lynas di Gebeng, Pahang yang disertai kira-kira 2,000 orang di sekitar Dataran Merdeka di sini menyebabkan kesesakan trafik melampau selain menjejas perancangan penduduk pada hujung minggu.

Sebelum himpunan dua jam itu bermula pada 4 petang, pesertanya dilihat berarak sejauh 42 Kilometer dari Gombak menyebabkan kesesakan trafik yang keterlaluan.

Tinjauan Bernama mendapati banyak laluan ke ibu negara sesak dengan kenderaan termasuk di Jalan Maharajalela, Jalan Kuching, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Masjid India, Jalan Raja Laut dan Jalan Sultan Ismail.

Malah, peserta perhimpunan turut membanjiri jalan raya sehingga menghalang kenderaan yang menuju pusat bandar menyebabkan polis terpaksa menutup laluan di Jalan Raja Laut dan Jalan Masjid India.

Antara yang dilihat hadir pada perhimpunan itu ialah Anggota Parlimen Seputeh Teresa Kok dan Anggota Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah.

Himpunan itu diadakan tanpa permit polis dan ia juga gagal mendapat kebenaran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk menggunakan Dataran Merdeka sebagai lokasi utama. - BERNAMA

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Sunday, 25 November 2012

Syabas Pemuda Umno Ipoh Barat


Syabas…Pemuda UMNO IPOH BARAT 

Program minum petang Perak Cyber Trooper (PCT) bersama Pemuda UMNO Bahagian Ipoh Barat (PUIB) telah berjaya menarik minat berbagai pengguna medium media sosial terutama Facebook untuk turut serta menyertai perang siber dengan pihak pembangkang.Pemuda yang juga terdiri dari belia yang berumur bawah 40 tahun adalah rata-ratanya pengguna media sosial dan masing-masing mempunyai Facebook sendiri disamping Twitter dan juga Blog.

Penerangan dari PCT tentang pentingnya medium media sosial dalam penyebaran maklumat dan pematahan hujah dari pihak pembangkang. Oleh itu kerjasama dari pihak PUIB untuk bersama-sama berjuang dalam medium adalah amat diperlukan supaya isu yang dibawa oleh pembangkang dapat dipatahkan dan di jawab oleh PCT dan PUIB 

Ini penting supaya rakyat dan pengundi dapat menilai dan tidak cepat terpengaruh dengan isu negatif tentang kerajaan. Era kini kita sedia maklum yang pihak pembangkang majoriti menggunakan medium siber untuk berkempen dan menghentam kerajaan terutama parti UMNO.


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Melayu sepatutnya bebas beragama


Truth Matters Forum bertajuk “Negara Islam: Versi mana? Tanggungjawab Siapa?”adalah anjuran Oriental Hearts and MInd Study Institute (OHMSI) dan diadakan di Full Gospel Tabernacle, Subang Jaya pada 3 November lalu.

Apabila ditanya oleh seorang peserta forum bernama Siti Kasim yang merupakan ahli Majlis Peguam serta menganggotai jawatankuasa hak asasi manusia berhubung isu kebebasan beragama, Nurul menjawab, "Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama, mengapa sesetengah pihak rasa bersalah, perkara ini (kebebasan beragama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, sepatutnya diguna pakai secara sama rata. Melayu sepatutnya bebas beragama."

Perbahasan yang berlaku selepas itu sudah banyak dilaporkan di dalam semua saluran media termasuk media arus perdana, media elektronik, laman sesawang, blog, twitter, facebook dan laman media sosial yang lain.Lagi sini


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Najib ura² PRU Disember ini

hujan pon ambo mari abe
"Kalau hujan atau banjir, boleh naik sampan, naik bot," katanya dengan nada berseloroh ketika ditanya sama ada PRU-13 akan diadakan dalam masa terdekat atau Parlimen akan dibiarkan terbubar dengan sendirinya. 

Beliau berkata demikian dalam temubual eksklusif bersama para pengarang Bernama dan Utusan Malaysia sempena Perhimpunan Agung Umno 2012 di pejabatnya di Parlimen baru-baru ini. 

Najib, yang juga Presiden Umno, bagaimanapun tidak menolak kemungkinan pilihan raya boleh diadakan pada tahun depan jika ia tidak diadakan pada bulan depan. 

"Kalau bulan Disember tak ada pilihan raya umum, tahun depanlah. Melainkan kita buat bulan Disember ini," katanya.Seterusnya

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Saturday, 24 November 2012

Anwar Tokoh Antarabangsa - Zambry

Anwar berbincang tentang kebimbangannya itu dengan bekas Perdana Menteri Australia, Kevin Rudd, dan menghantar satu nota kepada Carr untuk mendapatkan bantuan Australia dengan menyatakan bahawa Australia menyokong pilihan raya bebas dan adil di Iraq, Afghanistan dan Myanmar, tetapi membisu tentang Malaysia

MELBOURNE : Menteri Luar Australia, Senator Bob Carr berkata, Australia tidak boleh dan tidak akan mempengaruhi cara pilihan raya umum patut dilaksanakan di Malaysia walaupun menerima rayuan berhubung perkara itu daripada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
 

Anwar dilaporkan menulis kepada Carr untuk meminta Australia membantu dalam memastikan pilihan raya umum akan datang di Malaysia, yang berkemungkinan diadakan awal tahun depan, bebas daripada penipuan dan rasuah.

Anwar juga dilaporkan memberitahu Carr bahawa beliau menemui bukti tentang penipuan dalam pendaftaran pemilih dan anomali lain dalam menghadapi pilihan raya itu.

Beliau turut mempertikai kebebasan Suruhanjaya Pilihan Raya dan mendakwa pembangkang diketepikan oleh media.

Bagaimanapun, Carr berkata, pilihan raya di Malaysia merupakan urusan rakyat Malaysia sendiri.


"Amat sukar bagi Australia berbuat sesuatu tentang cara ia dilaksanakan, sama sukarnya bagi Malaysia atau kerajaan lain untuk menganjurkan bagaimana pilihan raya di Australia perlu diadakan.

"Kami bukan pihak berkuasa pilihan raya bagi Malaysia," katanya kepada ABC Radio.

Carr bagaimanapun berkata, Australia ingin melihat pilihan raya diadakan secara bebas dan adil di semua negara.

Kata Carr, Anwar secara peribadi menimbulkan kebimbangan itu dalam pertemuan mereka ketika beliau melawat Malaysia baru-baru ini.

Carr juga menolak andaian bahawa Australia akan menghantar pemantau pilihan raya ke Malaysia dan menegaskan perkara itu perlu dipohon oleh Malaysia.

Beliau turut menangkis andaian bahawa Canberra enggan bertindak kerana ingin memelihara hubungan baik dengan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang pihaknya sedang mengadakan rundingan berkaitan perjanjian pertukaran pencari suaka.

Dalam temu bual dengan ABC Radio pada Rabu, Anwar berkata, beliau bimbang pilihan raya umum, yang perlu diadakan menjelang Jun tahun depan, akan melibatkan penipuan dan ramai rakyat yang layak mengundi, tidak akan dibenar berbuat demikian.

Katanya, nama mereka yang terlalu muda untuk mengundi, berusia antara dua dan 12 tahun, terdapat dalam senarai pemilih.

Anwar juga mendakwa pembangkang dinafikan akses kepada media arus perdana.

Anwar berbincang tentang kebimbangannya itu dengan bekas Perdana Menteri Australia, Kevin Rudd, dan menghantar satu nota kepada Carr untuk mendapatkan bantuan Australia dengan menyatakan bahawa Australia menyokong pilihan raya bebas dan adil di Iraq, Afghanistan dan Myanmar, tetapi membisu tentang Malaysia.http://youtu.be/LMcq8ISWjtk



للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!