Pada tahun 2012 kerajaan
pusat membentangkan Belanjawan negara berjumlah RM232.8 billion, dan PR pula
hanya memperuntukkan hanya RM220 walaupun setelah mengambilkira segala
perbelanjaan yang termaktub dalam janji-janji syurga ala fantasi untuk rakyat.
Tahun ini, seperti biasa,
PR bergegas untuk mendahului kerajaan dalam membentangkan bajet 2013. Bajet
Fantasi PR untuk 2013 pula memperuntukkan RM233 billion dengan kadar defisit
sekitar 3.5% berbanding 4.4% pada pembentangan 2012.
Nampaknya Anwar Ibrahim terus
yakin yang rakyat mudah diperdaya dengan janji-janji manis yang tidak masuk
akal dengan membentangkan janji-janji ‘tambahan’ di dalam Bajet Alternatif 2013
Pakatan Rakyat. Beliau nampaknya tidak serik apabila janji-janji dalam Buku
Jingga diketawakan kerana jika ditunaikan, ianya hampir pasti menyebabkan
negara muflis dalam masa dua tahun sahaja.
Kita sedia maklum bahawa
Anwar Ibrahim itu mukanya tebal. Jika tidak cukup tebal, tidak mungkin beliau
sanggup ke hulu ke hilir sedangkan satu dunia telah menonton dirinya berbogel
dan beraksi di atas katil. Mungkin Anwar sudah terlalu biasa berbohong dan
sudah tidak malu lagi apabila pembohongannya terkantoi, seperti kegagalannya
menunjukkan jam omega.
Kerana itu, Anwar dengan
bangga membentangkan Bajet Alternatif PR yang digarapkan dalam mimpi atau
fantasi para pemimpin PR. Bajet Fantasi ini disediakan tanpa memerlukan
maklumbalas dan kajian terperinci dari Lembaga Hasil Dalam Negeri, Kastam,
Dewan-dewan Perniagaan dan lain-lain badan yang berkenaan sepertimana yang
perlu dilakukan oleh sesebuah kerajaan bagi memastikan ianya praktikal dan
tepat. Sebaliknya, Bajet Fantasi PR hanya memerlukan sumbangan idea dari
ahli-ahli politik PR semata-mata.
Sebenarnya, kita tidak
perlu melangkau jauh untuk menilai kredibiliti Bajet Fantasi PR 2013 iaitu
sama ada ia benar-benar mampu membawa kesejahteraan kepada semua terutama
rakyat biasa. Tetapi, cukup bagi kita untuk mengkaji impak dari satu
perkara sahaja dari pembentangan Bajet 2012 parti itu, iaitu
penghapusan subsidi korporat seperti IPP, kepada rakyat keseluruhan.
Secara dasarnya,
penghapusan subsidi korporat akan menyebabkan peniaga menanggung kos yang lebih
tinggi. Oleh itu, untuk memastikan perniagaan mereka kekal untung dan terus
maju, para peniaga ini perlu menaikkan harga barangan. Justeru, yang bakal
menanggung kesan dari penghapusan subsidi korporat akhirnya adalah pengguna,
yakni rakyat biasa.
Namun, Anwar telah
menjanjikan yang harga barangan tidak akan naik walaupun subsidi korporat
dihapuskan dan perbelanjaan kerajaan bertambah berdasarkan janji-janji manis
yang ditabur. Malahan, dalam Bajet yang sama juga, Anwar tidak pula
membentangkan pelan penjanaan pendapatan kerajaan untuk menampung semua kos
tambahan yang dipindahkan ke bahu kerajaan itu.
Sebaliknya, Anwar hanya
menjanjikan penjimatan wang dengan cara menghapuskan korupsi dan meningkatkan
kecekapan dalam pentadbiran tanpa mampu menjelaskan cara dan jangkaan jumlah
yang dapat dijimatkan. Selain itu, Anwar juga membayangkan Petronas sebagai
satu-satunya sumber pendapatan tanpa memikirkan kesannya di masa panjang.
Jelas, apa yang
dibentangkan Anwar untuk tahun 2012, adalah tidak menepati hukum ekonomi, tidak
logik dan merbahaya untuk negara.
Ekonomi bukan matematik
mudah yang letaknya tetap dan tidak berubah. Ekonomi itu berbentuk rangkaian
yang berkait antara satu sama lain dan berterusan yang mana seorang graduan
Pengajian Melayu seperti Anwar mungkin sukar untuk memahaminya.
Sesuatu kos hanya boleh
berpindah dari satu pihak ke pihak lain tetapi tidak boleh dihapuskan terus.
Justeru, Anwar tidak boleh menjanjikan pengurangan kos kepada satu pihak tanpa
menyebabkan pihak lain menanggung bebannya. Jika kerajaan menyerap semua kos
yang melibatkan peniaga dan pengguna sekali gus maka kerajaan pasti akan bankrap
dalam masa yang singkat. Begitu juga jika peniaga menyerap kos dari dikenakan
kepada pengguna atau kerajaan maka perniagaannya akan pasti tidak akan maju
atau mengalami kerugian.
Dan nampaknya, sehingga
pembentangan Bajet Fantasi 2013 ini, Anwar masih belum dapat memahami ekonomi
dengan baik. Kerana itu, beliau menambah lagi gula ke dalam janji-janji sedia
ada dalam Buku Jingga ke dalam Bajet Fantasi ini, antaranya kenaikan gaji
anggota polis sebanyak 5 peratus dan kenaikan gaji kakitangan perubatan
sebanyak 20 peratus.
Antara janji di dalam Buku
Jingga ialah:
|
Perkara
|
RM
(Billion)
|
|
Penghapusan
tol
|
50
|
|
Wifi
percuma
|
1.2
|
|
Royalti
minyak utk negeri pengeluar
|
12.5
|
|
Pendapatan
minima isi rumah RM4,000
|
93.9
|
|
Menurunkan
harga kereta
|
8
|
|
Pendidikan
percuma
|
18.5
|
|
Elaun guru
RM500 sebulan
|
2.4
|
|
Jumlah
|
206.5
|
Dan ini belum lagi
diambilkira pemberian langsung kepada rakyat seperti bonus warga emas, elaun
suri rumah dan lain-lain lagi.
Pada 2012, peruntukan
belanjawan kerajaan pusat ialah RM232 billion tanpa menjanjikan apa yang
termaktub dalam Buku Jingga PR. Sedangkan janji Buku Jingga PR sahaja sudah
mencecah RM206.5 billion tanpa mengambil kira janji-janji lain, janji-janji
tambahan serta kos sedia ada.
Justeru, apakah rakyat
boleh mempercayai Bajet Alternatif PR 2013 ini?
Apakah PR sedar bahawa
ekonomi dunia berada di dalam keadaan goyah dan tidak menentu. Keadaan dijangka
semakin buruk pada tahun hadapan. Ini bermakna harga minyak dan barangan akan
terus meningkat dan kerajaan tidak akan mampu untuk terus menyerap kos bagi
pihak rakyat tanpa meletakkan ekonomi negara dalam risiko yang besar.
Walaupun kerajaan pusat
dijangka membentangkan ‘Bajet Pilihanraya’ yang akan menggembirakan rakyat
tetapi kita pasti ia tentunya berpijak di bumi nyata iaitu mengambilkira
keadaan ekonomi global. Ini kerana kerajaan pusat mempunyai tanggungjawab ke
atas rakyat dan negara untuk memastikan kesejahteraan dan kemakmuran yang
berterusan.
Sedangkan Pakatan Rakyat
tidak mempunyai tanggungjawab terhadap rakyat dan negara termasuk negeri yang
diperintah mereka sendiri. Malah, mereka juga sering enggan bertanggungjawab
walaupun untuk memikul kesalahan sendiri.
Justeru, Anwar mampu
membentangkan Bajet Fantasi yang melangkaui realiti ekonomi global dan semasa.
Malah, Anwar mampu berkata apa saja kerana sesungguhnya fantasi tidak punya had
dan peraturan.
Dan itulah realitinya hidup
Anwar, iaitu beliau boleh merealisasikan segala fantasi liarnya – dengan
Chinadoll, lelaki muda, isteri orang dan siapa saja. Jika beliau berfantasi
ingin menaiki jet peribadi dan ingin hidup bagai seorang Ketua Negara, beliau
boleh melakukannya.
Tetapi, ingatlah bahawa
rakyat bukan hidup dalam fantasi liar Anwar Ibrahim, tetapi di bumi nyata yang
memerlukan kita bekerja dan bertanggungjawab terhadap diri, keluarga, agama,
bangsa dan negara. Kerana itu, Bajet Fantasi PR perlu ditolak kerana ia bakal
membawa kita ke neraka.
CD: http://mynameblackpanther.blogspot.com
للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.