Sunday, 26 August 2012

lambang bongkak


Alert lebuhraya:

Assalamualaikum wbt..
Sebentar lagi tamatlah kita berpuasa dibulan ramadhan, dan syawal kini menjelma..rasa terpanggil sedikit nak menulis berkenaan sikap kita dijalanraya
amalkanlah rasa toleransi dan bertanggungjawap ketika kita memandu..ingatlah orang yang tersayang itu perkara kedua tetapi ingatlah Allah swt itu perkara pertama
OPS SIKAP(now dikenali OPS SELAMAT) biasa mencatatkan statistik yang tidak mengejutkan dimusim perayaan, jangan salahkan jalan raya yang besar dan lebar itu punca kemalangan tetapi kita lihatlah sikap pemanduan kita orang Malaysia, bersabar, toleransi dan bertanggungjawap ketika memandu..amatlah sedih bilamana pulangnya anak rantau dari perantauan hanya sekadar jasad tidak bernyawa...Malam ini lebuhraya akan penuh sesak dan dikuatiri boleh belaku kemalangan jika kita sendiri tidak menyedarkan diri kita sendiri dengan sikap pemanduan kita..salah satu caranya ialah.. buang la sticker2/tanda2 yang menampakkan EGOAN..BONGKAK..SOMBONG...kerana dari segi akalnya..bila kita melihat sticker2/tanda2 ini akan wujud dari hati rasa bongkak dan sombong dengan orang lain yang berada di lebuhraya/jalan...tidak percaya...?cuba buang sticker2/tanda2 di kereta n memandu dengan cermat..kadang2 orang lain yang melihat stiker walaupon kecil kita pon leh rasa tercabar...SIAPA LAJU...fikirkanlah walaupon dalam tidak sedar benda2 walaupon remeh...buang rasa ego, bongkak dan somboong itu insyallah.. Ingatlah Allah~
*sebarkan....tak rugipon...cabut la sticker2 dan lambang2 bkan2 tu ae

7.40 pm / 18 august 2012 / mackshinoda akira II
daengselili.blogspot.com


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله. 
 Lelaki berani mungkin akan kalah tetapi tidak akan mengalah.
Baca Seterusnya...

Saturday, 25 August 2012

bila cina tolak cina


POLITIK PERANG SALIB DAP

Analisa berikut melihat pada pola undi popular PRU12.

Calon-calon MCA tewas 25 kerusi Parlimen di mana mereka kalah kepada 17 calon pembangkang Cina dan 8 calon Melayu/India. MCA kalah paling teruk di Seputeh, iaitu sebuah kawasan Cina pekat (89.7% pemilih Cina) di mana Teresa Kok telah menang dengan majoriti terbesar 36,492 undi. Parti itu kalah paling tipis di Wangsa Maju (majoriti 150) dan juga di Bakri (722), Kuantan (1,826) dan Bandar Tun Razak (2,515). Bakri terletak di kubu Johor MCA manakala calon-calon Melayu PKR Fuziah Salleh (Kuantan, 60% pemilih Melayu) dan Khalid Ibrahim (Bandar Tun Razak, 52.7% Melayu) hanya mampu mengatasi MCA dengan majoriti kecil.
(KLIK UNTUK BESARKAN)

Sebagai perbandingan, DAP dan PKR berjaya menumpaskan MCA di kawasan-kawasan Cina (lebih 50% pemilih Cina) dengan majoriti besar 10,000-30,000 undi. Akan tetapi calon Cina MCA kalah di kawasan Melayu kepada lawan Melayu dengan majoriti tipis. Dua orang calon India DAP, Karpal Singh dan M. Kula Segaran, mengalahkan MCA di kawasan majoriti Cina — masing-masing 74.3 peratus pemilih Cina di Bukit Gelugor, Pulau Pinang dan 63.6 peratus Cina (Ipoh Barat). Dua orang calon India DAP yang lain juga mengalahkan MCA di kawasan penduduk majmuk (mixed seats): Charles Santiago di Klang (47.1% pemilih Cina), John Fernandez di Seremban (45.8% Cina). Sementara itu, calon Melayu PKR Zahrain Mohd Hashim – sekarang wakil bebas – mengalahkan MCA di Bayan Baru, Pulau Pinang (47.1% Cina). Kekalahan MCA menunjukkan bahawa pemilih Cina telah mengundi calon parti pembangkang yang bukan Cina. Makna ‘Cauvinis’


Perkataan ‘Cauvinis Cina’ membawa maksud seseorang itu akan senantiasa melebihkan kaumnya sendiri (yakni akan mengundi BN asalkan calon berbangsa Cina). PRU12 membuktikan ini satu tanggapan yang meleset. Sebaliknya kekalahan MCA di tangan 4 orang calon India DAP dan seorang calon Melayu PKR – kelima-limanya di kawasan Parlimen majoriti Cina – membayangkan tekad untuk menghapuskan BN adalah jauh lebih kuat daripada naluri untuk mengekalkan semangat perkauman. Semangat anti-BN sebenarnya sudah mencecah tahap teramat benci (berbanding dengan kebencian ini, cauvinisme Cina penyokong DAP sudah begitu luntur). Walaupun penyokong DAP kini tampak sanggup mengundi PAS, namun adakah pengikut PAS pula sanggup mengundi DAP? Sekiranya seorang calon Cina DAP diletakkan di kawasan 65-75 peratus majoriti Melayu (sepertimana Karpal dan Kula bertanding di kawasan 64-74 peratus Cina), adakah dia akan boleh menang atas sokongan Melayu PAS dan PKR? Dengan BN, perkara ini memang berlaku. Dalam PRU12, MCA menang tujuh kerusi di kawasan majoriti Melayu mengalahkan tujuh orang calon pembangkang Melayu




Ikatan setiakawan

Hubungan MCA-Umno adalah ikatan yang terjalin lebih setengah abad. Sepanjang tempoh ini, pemilih Cina memang tidak lepas daripada sifat keCinaan waima MCA itu tidak lain dan tidak bukan Malaysian ‘Chinese’ Association. Fiil keCinaan kaum minoriti ialah satu constant (istilah matematik). Sejak dari zaman pra-Merdeka dulu, politik orang Cina berciri keCinaan. Faktor keCinaan tidak menjadi batu penghalang kepada MCA bekerjasama dengan Umno ataupun untuk Cina bekerjasama dengan Melayu serta kaum-kaum lain. Yang menjadi variable (perubah) baru – dahulunya tidak ada – ialah peranan agama Kristian di persada politik negara. Yang memimpin DAP sekarang ialah kelompok evangelis. Sejak politik Kristianisasi berakar-umbi, ketegangan di antara kaum dan di antara agama meningkat.:
Ikut arah jam: Teresa, Tony, David, James, Nie Ching, Hannah




‘Kalu tak sebulu dengan ku, engko mestilah Melayu rasis’ – Guan Eng


Evangelis agresif


Sebelum PRU12, peranan gereja tidak menonjol sepertimana sekarang.
Seminar guru di Johor baru-baru ini mengesan adanya “ancaman Kristianisasi”. Tidak ada mana-mana jabatan agama atau pertubuhan Islam pernah memberi amaran bahawa umat Islam menghadapi ancaman dakwah Buddhisme. Politik Lim Guan Eng berpaksikan idea dan perbendaharaan kata politik dunia barat dan Christendom. Dewa-dewa retorik Guan Eng ialah Demokrasi, Kebebasan dan Keadilan.


Kalau penyokong pembangkang betul-betul ‘Cina chauvinis’ maka mereka akan berkiblatkan ibu pertiwi tanah besar Cina. The People’s Republic of China bukan sebuah negara demokratik. (Setiausaha agung DAP itu seorang kapitalis tegar.) Sebelum itu selama beribu-ribu tahun, China mengamalkan pemerintahan dinasti keluarga diraja. Sistem feudalisme tidak berciri demokratik. Demokrasi ialah pemikiran barat. ‘Demos kratos’ (kata dasar) berasal daripada bahasa Eropah, bukan bahasa Cina.


 Anglophile 

Guan Eng berpendidikan sekolah mubaligh La Salle dan bersekolah menengah Inggeris juga. Dia menyandang jawatan setiausaha agung DAP mulai bulan Mei 2004. Kenyataan-kenyataan akhbarnya sebagai ketua parti selalu dibuat dalam bahasa Inggeris. Sejak tahun 2008, kenyataan-kenyataan akhbar Guan Eng selaku ketua menteri Pulau Pinang juga ditulis dalam bahasa Inggeris dan baru kemudiannya diterjemahkan kepada bahasa Cina dan sekali-sekala dialih bahasa kepada Bahasa Malaysia.
Sekiranya Guan Eng seorang Cina Cauvinis yang tulen, pasti dia akan mengagung-agungkan bahasa Cina. Ini tidak. Malah penguasaan bahasa Mandarin Guan Eng lebih kurang sama taraf penggunaan bahasa Melayunya (ramai yang berkata demikian setelah menonton perbahasannya dengan Dr Chua Soi Lek).

Hannah Yeoh juga tidak mampu bertutur Mandarin.
(Screenshot bawah, wawancaranya bersama ‘The Rocket’ pada 3 Nov 2010)



Hannah yang juga bergelar Ratu Twitter telah menghasilkan 8,700 tweet dalam bahasa Inggeris. Dia dan Guan Eng berkelulusan universiti Australia. Hannah masuk universiti di pulau Tasmania. Seorang Cina cauvinis akan memilih universiti Taiwan, Hong Kong atau China.
Pucuk pimpinan DAP masa kini sebenarnya Mat Salleh Celup dan Kristian. Pasti bukannya ‘Cina’ cauvinis! Bahkan Cina bukit dianggap mereka sebagai “low class”. Harap-harap orang Melayu akan sedar bahawa DAP bukan membawa adab Cina. Yang ghairah berdemo, membuat protes jalanan, duduk bantah dan candlelight vigil hanya meniru kaedah berpolitik orang putih.


thank dude...chinese good...malay great~
للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
 Lelaki berani mungkin akan kalah tetapi tidak akan mengalah.
Baca Seterusnya...

DAP : Dajal Ajaran PAS






HUDUD hanya nyanyian ibarat LAGU RAYA...abis raya abis la lagunya...tggu next raya ia akan berkumandang dicorong2 media malah dikedai kopi pon rancak dinyanyikan nyanyian/laungan hudud oleh penyokong tegar...masih tak percaya?





SEPANG: " Kerana percaturan politik, mereka mendiamkan diri umpama syaitan bisu seperti yang diungkapkan oleh pimpinan tertinggi parti (Pas),” tegas bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa yang mengulas sikap membisu parti Islam itu selepas Pengerusi DAP, Karpal Singh sekali lagi menyatakan penentangannya terhadap hukum hudud.



Beliau hairan dengan tindakan parti itu terus bersekongkol dengan DAP yang secara terang memusuhi dan memerangi Islam.



"Setelah menjadi keldai tunggangan DAP dan PKR untuk sekian lama, pemimpin PAS masih tidak mengerti dan faham bahawa mereka sebenarnya telah dipergunakan untuk menjayakan agenda liberalisme, pluralisme serta penghapusan kepentingan dan hak-hak Melayu di negara ini."

Tegasnya, sehingga kini Pas belum menyatakan pendiriannya terhadap Karpal. “Saya kekal dengan pendirian saya bahawa Karpal Singh bukan hanya sekadar anti hudud malah anti-Islam dan sebagai seorang peguam, dia tahu apa itu undang-undang substantif dan prosiding.


Beberapa kali dia menyatakan bahawa pelaksanaan Islam adalah ‘over my dead body’ dan ini menunjukkan dia sanggup mati mempertahankan pendiriannya maka saya juga berpendirian sanggup melakukan apa saja untuk pertahankan agama saya,” katanya kepada media selepas tiba dari Jeddah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, semalam.

Katanya lagi, Pas harus tegas menyatakan pendiriannya kerana sokongan yang diberikan oleh masyarakat umum kepada parti itu adalah kerana perjuangan menegakkan syariah Allah.

“Persoalan saya adakah tahalluf siasi (kerjasama politik) diamalkan PAS turut membolehkan kesepakatan dengan mereka yang menolak dan memerangi Islam,” tegasnya.


Nashrudin yang juga Ahli Parlimen Bachok sebelum ini secara terbuka mempertikaikan keputusan parti berhubung penolakan DAP terhadap penubuhan negara Islam.
Ekoran itu, Dewan Pemuda Pas membidas bekas pemimpin nombor dua parti itu dan digesa bertemu pucuk pimpinan parti jika tidak berpuas hati.

Dalam pada itu, Nasharudin berikrar tidak membiarkan pihak lain menghina Islam.

Beliau berharap, pucuk pemimpin parti sekutu DAP itu segera membuat penjelasan kepada rakyat kerana tidak memahami tindakan parti itu.


"Pimpinan Pas mungkin sudah faham dan ahlinya mengerti, tetapi masyarakat umum masih menanti penjelasan. Pas tidak akan menang dengan hanya undi ahlinya sahaja,” katanya.




Setelah menjadi keldai tunggangan DAP dan PKR untuk sekian lama, pemimpin PAS masih tidak mengerti dan faham bahawa mereka sebenarnya telah dipergunakan untuk menjayakan agenda liberalisme, pluralisme serta penghapusan kepentingan dan hak-hak Melayu di negara ini.

Sentiasa sahaja PAS akan mempertahankan kedua-dua sekutunya dalam Pakatan Rakyat apabila mereka diserang tetapi adalah parti itu benar-benar faham apa yang mereka cuba pertahankan?

Takkan pemimpin PAS seperti Abdul Hadi Awang dan Nik Aziz Nik Mat begitu bodoh dan bebal sehingga tidak dapat membaca perancangan DAP dan PKR yang akan menyisihkan masa depan Islam dan Melayu sekiranya mereka berkuasa?

Dalam isu fatwa haram mengundi dan menyokong DAP yang dikeluarkan oleh Tuan Guru Abdullah Sama’ah, PAS begitu beria-iya mempertahankan DAP.

Pernahkan kita lihat DAP melakukan perkara yang sama mempertahankan PAS dalam mana-mana isu selama ini?



Yang kita dengar hanya amaran demi amaran dari DAP jika PAS masih berkeras untuk menegakkan Negara Islam serta melaksanakan Hukum Hudud.

Akhirnya PAS kecundang di gelanggang sendiri – Negara Islam bertukar menjadi Negara Berkebajikan dan Hukum Hudud terus lenyap sekali daripada agenda Pakatan Rakyat.

Kalaulah DAP iklhas menyokong PAS mengapa parti cauvinis Cina itu selama ini tidak pernah mahu duduk semeja dengan PAS bagi berdialog atau berbincang mengenai Hukum Hudud atau Negara Islam?
Ini membuktikan DAP tidak berminat langsung untuk mengkaji mengenai Islam dan ini telah ditegaskan puluhan kali oleh pemimpinnya, yang dungu hanya PAS.




Dituduh pula Umno menolak Hukum Hudud sementara DAP hanya sekadar menentangnya.

Sekali lagi pemimpin jumud PAS tidak tahu membezakan antara maksud perkataan tolak dan tentang.
Tolak maknanya tidak menerima manakala tentang pula membawa erti melawan atau menyanggah. 

Walaupun kedua-dua istilah membayangkan maksud yang hampir sama, ‘menentang’ adalah lebih kuat maksudnya daripada ‘menolak’.

Justeru, Umno hanya ‘menolak’ Hukum Hudud bukan kerana parti Melayu itu ‘menentang’ hukum Allah swt tetapi tidak menerima pendekatan dan cara ianya mahu dilaksanakan oleh PAS.

Berlainan dengan DAP yang bukan setakat menentang Hukum Hudud malah menghina hukum Allah serta memperlekehkannya.




Pelik sekali Abdul Hadi selaku Presiden PAS membuat perbandingan dengan mengatakan perlembagaan parti itu mempunyai peraturan untuk memecat mana-mana ahli yang meminum arak dan memakan babi, sesuatunya yang dikatakan tidak ada dalam Umno.

Bagi PAS kalau ahli minum arak dan makan babi amat merbahaya tetapi jika pemimpin PAS balun RM50 juta wang caruman ahli dalam Kohilal tidak mengapa atau berkhalwat dengan isteri orang dan kemudian mengahwininya bila-bila masa pun boleh dihalalkan, malah boleh dipilih sebagai Timbalan Presiden!

Sebab itu Nik Aziz boleh keluarkan pelbagai fatwa sesat seperti pangkah PAS masuk syurga atau hatta boleh bersekutu dengan syaitan sekalipun kalau syaitan boleh beri kemenangan kepada parti itu atau Abdul Hadi boleh keluar fatwa mengkafirkan ahli Umno!

Mungkin PAS terlepas pandang melihat sikap sebuah parti Islam bernama Parti Keadilan dan Pembangunan, AKP yang kini berkuasa di Turki di bawah Perdana Menteri Recep Tayyip Erdogan.

Erdogan seperti semua maklum adalah penyokong kuat Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dan seringkali memberi dana besar kepada PKR untuk menjalankan aktivitinya.

AKP pula adalah sebuah parti Islam liberal yang tidak peduli atau ‘angkat pot’ samada anggota parti atau wakil rakyatnya kaki botol, taik judi atau kaki perempuan.

Bagi DAP dan PKR, hak kesamarataan dan kebebasan beragama semua penganut mana-mana agama atau kepercayaan di negara ini menjadi tunggak dan prinsip perjuangan Pakatan Rakyat.

Bagi Anwar dan Karpal Singh, PAS perlu keluar daripada Pakatan Rakyat jika terus bermimpi mengenai Hukum Hudud dan Negara Islam.

Bagi Umno, keadaan realiti masyarakat majmuk di Malaysia hendaklah dijadikan asas dalam menggubal hukum syariah sedemikian rupa.

PAS mengganggap Malaysia seperti juga mana-mana negara Arab seperti Arab Saudi, Pakistan atau Sudan yang melaksanakan Hukum Hudud.

Lihat sahaja dalam kes Sudan yang memperkenalkan undang-undang syariah sejak tahun 1983 oleh presiden ketika itu, Ja’afar Numeiri.

Pergolakan terus berlaku disebabkan sebahagian rakyatnya yang beragama Kristian dan animis (pemuja elemen alam seperti pokok, batu dan sebagainya) menentang pelaksanaan hukum tersebut bukan kerana faktor agama tetapi kerana Islam telah dipergunakan oleh pemimpin negara itu untuk tujuan politik peribadi.

Akhirnya Sudan, sebuah negara Islam dan mempunyai keluasan terbesar di benua Afrika, berpecah dan kehilangan wilayah selatan (kini sebuah negara merdeka di panggil Sudan Selatan) yang amat jaya dengan minyak.

Adakah di Sudan, Islam menang dan syiar agama itu menjadi semakin kukuh dan kuat serta umat Islam menjadi lebih maju dan kaya setelah pelaksanaan Hukum Hudud ala Ja’afar Numeiri?

Dari Abdullah bin Amru,Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya - 
Sesungguhnya Allah membenci mereka yang berlagak fasih dalam berkata-kata, yang mempermainkan lidahnya bagaikan lembu memainkan lidah
- (Riwayat Abu Daud dan Tarmizi)


Jelingan:

Umno sibuk jaga Melayu sedangkan Melayu ni bangsa, tak payah jaga. Kerana bangsa ni tak boleh hilang. Kalau orang Melayu duduk di Kutub Utara seorang diri, Melayu juga dia. Pergi ke mana pun, kalau duduk di London sejak dahulu sampai tak boleh cakap Melayu, bila tanya bangsa (dijawab) Melayu juga dia. Jadi Melayu tak payah jaga kerana bangsa ini tak hilang. Yang kena jaga ini perkara boleh hilang dan ada. Macam duit, kena jaga kerana boleh jadi hilang, boleh jadi tak hilang. Islam ini macam tu, Islam ni kena jaga, boleh jadi orang murtad kerana orang tak jaga dia. Jadi benda kena jaga ni bukan bangsa tapi agama kerana boleh hilang dan boleh ada. Macam duit kita dapat masuk dalam beg, kita zip, masuk dalam poket seluar kita zip lagi kerana ia boleh hilang, boleh kena curi, boleh poket kita tembus. Umno dia jaga Melayu, tak jaga pun dia Melayu, sampai dalam kubur mati pun dia Melayu. Ini kesilapan Umno. Kalau Umno ikut kata dia ikut kata Hang Tuah “Takkan Melayu hilang di dunia” habis begitu buat apa dia jaga juga? Ini Umno jaga benda yang tak hilang, PAS jaga benda yang boleh hilang; Islam, iman, ihsan. Sebab tu Jibril turun dari langit tanya Nabi tentang Islam, iman, ihsan. Dia tak tanya Arab, tak tanya bangsa -

Tuan Guru Nik Aziz ketika ditemuramah Mohd Rashidi Hassan dan Izwan Abdul Halim di Rumah Kelantan

Soalannya:
APA ADA PADA MELAYU DITANAH MELAYU JIKA SEMUA DIKONGSI SAMA RATA DENGAN BANGSA MENUMPANG YANG LAIN?(Contoh Melayu di SINGAPURA hari ini)

Siapa TOLONG MENOLONG SESAMA MEREKA JIKA TIDAK SEBANGSA DAN SEAGAMA MEREKA?(isu Kalimah Allah..kafir harbi bergabung tuntut nak)
Baca Seterusnya...

Saturday, 18 August 2012

padan muka kau


Alert lebuhraya:

Assalamualaikum wbt..
Sebentar lagi tamatlah kita berpuasa dibulan ramadhan, dan syawal kini menjelma..rasa terpanggil sedikit nak menulis berkenaan sikap kita dijalanraya
amalkanlah rasa toleransi dan bertanggungjawap ketika kita memandu..ingatlah orang yang tersayang itu perkara kedua tetapi ingatlah Allah swt itu perkara pertama
OPS SIKAP biasa mencatatkan statistik yang tidak mengejutkan dimusim perayaan, jangan salahkan jalan raya yang besar dan lebar itu punca kemalangan tetapi
kita lihatlah sikap pemanduan kita orang Malaysia, bersabar, toleransi dan bertanggungjawap ketika memandu..amatlah sedih bilamana pulangnya anak rantau dari perantauan hanya sekadar jasad tidak bernyawa...Malam ini lebuhraya akan penuh sesak dan dikuatiri boleh belaku kemalangan jika kita sendiri tidak menyedarkan diri kita sendiri dengan sikap pemanduan kita..salah satu caranya ialah.. buang la sticker2/tanda2 yang menampakkan EGOAN..BONGKAK..SOMBONG...kerana dari segi akalnya..bila kita melihat sticker2/tanda2 ini akan wujud dari hati rasa bongkak dan sombong dengan orang lain yang berada di lebuhraya/jalan...tidak percaya...?cuba buang sticker2/tanda2 di kereta n memandu dengan cermat..kadang2 orang lain yang melihat stiker walaupon kecil kita pon leh rasa tercabar...SIAPA LAJU...fikirkanlah walaupon dalam tidak sedar benda2 walaupon remeh...buang rasa ego, bongkak dan somboong itu insyallah.. Ingatlah Allah~
*sebarkan....tak rugipon...

7.40 pm / 18 august 2012 / mackshinoda akira II
daengselili.blogspot.com


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله. 
 Lelaki berani mungkin akan kalah tetapi tidak akan mengalah.
Baca Seterusnya...

Saturday, 11 August 2012

agama mengata orang


"Ceramah Politik Mengata Kekurang Orang Lain,
Ceramah Agama Mengata Kekurangan Diri.." - UKE




للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله. 
 Lelaki berani mungkin akan kalah tetapi tidak akan mengalah.
Baca Seterusnya...

Friday, 10 August 2012

Hudud : Orang pengecut

Cakap Memang Senang. Tapi Apa Yang Mereka Tahu Pasal Hudud



Orang pengecut ialah orang yang melihat sesuatu yang benar 
tetapi tidak melakukannya 



للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله. 
 Lelaki berani mungkin akan kalah tetapi tidak akan mengalah.
Baca Seterusnya...

MPSJ TAK BERHATI PERUT


MPSJ TAK BERHATI PERUT....TINDAS RAKYAT...

MPSJ langsung tak ada hati perut....Yang dipertua Majlis Perbandaran Subang Jaya Dato Asmawi Kasbi langsung tidak ada hati perut atau mungkin buta hati kerana menerima bulat bulat cadangan Pengarah Perkhidmatan Bandar, Puan Azura Mohd Don supaya dikenakan bayaran satu persen terhadap mana mana kontraktor yang berjaya mendapat kontrak pembersihan di MPSJ.

Tak ke gila dan tidak adil....bayaran ini dikenekan setelah mereka berjaya mendapat kontrak sedangkan semasa tander diisi syarat ini langsung tidak dinyatakan....

Dahlah harga yang diberikan sekarang dalam setiap satu projek terlalu rebdah berbanding harga dulu.....kontraktor ditekan sehingga keuntungan yang diperolehi terlalu minima...

Apakah YDP MPSJ Datuk Asmawi Kasbi dan Puan Azura sengaja suka suka mengenakan syarat ini atau "ada udang disebalik batu...." kerana kalau dihitung dari segi jumlah bayaran yang dikenakan pada setiap kontraktor boleh mencecah hingga ratusan ribu ringgit pada setiap bulan....




Sebagai contoh.....seorang kontraktor mendapat jumlah kontrak sebulan sebanyak RM 20 ribu...satu persen dicaj kepada nilai kontrak bulanan berkenaan bermakna kontraktor berkenaan harus membayar RM 200 sebulan. Bayangkan RM200 sebulan selama 24 bulan (jangkamasa setiap kontrak), bermakna kontraktor dikenakan bayaran sebanyak RM4,800 jumlah keseluruhannya.

Contoh ini hanya untuk satu kontraktor dengan nilai kontrak yang agak minima....cuba bayangkan pula kontraktor yang mendapat nilai kontrak yang agak besar sudah pasti bayaran yang dikenakan juga akan bertambah besar.

Paling memeranjatkan pula jumlah kontraktor yang mendapat kerja kerja di MPSJ tidak kurang dari 200 syarikat.....dengan jumlah yang sebegini banyak pastinya caj yang akan diperolehi oleh pihak MPSJ akan mencecah ratusan ribu ringgit malah sampai ketahap jutaan ringgit.

Arahan sebegini langsung tidak pernah berlaku di MPSJ....malah arahan ini langsung tidak pernah dilaksanakan di mana mana majlis perbandaran seperti Majlis Bandaraya Shah Alam, Majlis Bandaraya Petaling Jaya, atau mana mana majlis perbandaran di Selangor....




Berbeza zaman Barisan Nasioanal memerintah dahulu....bayaran ini langsung tidak pernah ada...jika ada pun sebarang bayaran.....akan dinyatakan dalam borang tender semasa tender diisi sebagai langkah persiapan kepada kontraktor yg berjaya...

Kerajaan Negeri Selangor harus mengambil langkah mengatasi masalah ini....jangan iniaya rakyat...kalau nak membela rakyat buat betul betul dan jangan retorik....rakyat semakin pandai dan tahu bila diperbodohkan....


SIAPA LAK KENA NIE?


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله. 
 Lelaki berani mungkin akan kalah tetapi tidak akan mengalah.
Baca Seterusnya...

Thursday, 9 August 2012

DAP: NO AZAN NO QURAN~


Membaca Al-Quran dikata lagu RnB - Mana kala Laungan Azan dikata BUNYI macam ayam?
Beraninya puak puak kafir harini?
Kenapa ek???
Tepuk dada tanya iman....

PENGERUSI Kariah Masjid Padang Menora, Hamir Mahamud menunjukkan pekeliling JHEAIPP melarang bacaan 
al-Quran dengan menggunakan pembesar suara daripada masjid dan surau ketika ditemui di Padang Menora Tasek Gelugor, semalam.

Berita Harian:

TASEK GELUGOR: Jabatan Hal Ehwan Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) mengarahkan semua masjid dan surau di negeri itu menghentikan bacaan al-Quran menggunakan pembesar suara pada waktu subuh kerana amalan itu bercanggah dengan hukum syarak dan boleh mengganggu orang lain di dalam dan luar masjid.

Arahan itu selaras dengan keputusan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri pada 7 April lalu dan surat pekeliling mengenai larangan sudah dikeluarkan pada 3 Ogos lalu dan diedarkan kepada semua jawatankuasa kariah masjid.


PEKELILING dari Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang, JHEAIPP yang melarang bacaan Al-Quran dengan menggunakan pembesar suara daripada masjid dan surau pada waktu Subuh, telah dikeluarkan kepada semua ahli jawatankuasa masjid dan surau.

Jabatan Hal Ehwan Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) mengarahkan semua masjid dan surau di negeri itu menghentikan bacaan Al-Quran menggunakan pembesar suara pada waktu subuh kerana amalan itu bercanggah dengan hukum syarak dan boleh mengganggu orang lain di dalam dan luar masjid.

Arahan itu selaras dengan keputusan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri pada 7 April lalu dan surat pekeliling mengenai larangan sudah dikeluarkan pada 3 Ogos lalu dan diedarkan kepada semua jawatankuasa kariah masjid

Jabatan Hal Ehwal Agama Pulau Pinang putuskan amalan bertentangan hukum syarak 

Otherstory Here:

ANTARA KEBAIKKAN PEMERINTAHAN DAP DI PULAU PINANG: Tidak akan kedengaran lagi laungan azan dan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran di Pulau P...

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Lelaki berani mungkin akan kalah tetapi tidak akan mengalah.
Baca Seterusnya...

Malaikat tu Pak Menakan dia?

"Abby kata nanti disana bila disoal dan saya takut nama saya tiada dalam senarai...." - Abby Abadi
Dia ingat Malaikat tu Pak Menakan dia ka???

full cover story:
RBF bukannya seorang peminat televisyen, melainkan untuk menonton berita sahaja. Bukan sahaja tidak meminati televisyen , saya juga tida...

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.Lelaki berani mungkin akan kalah tetapi tidak akan mengalah.
Baca Seterusnya...

Punca Felda Rugi

Punca Felda Rugi - Kerajaan tak bagi memotong

Seperti biasa Pak Moon nak pegi memotong getah. 
Mak Moon akan menyediakan peralatan Pak Moon. 
Selesai persiapan Pak Moon pun pergilah nak memotong getah. 
"Hati-hati ye bang semasa tepi jalan besar tu nanti!" pesan Mak  Moon 
Pak  Moon  akan berjalan kaki melalui sebuah jalanraya untuk sampai di kebun getahnya. Semasa Pak  Moon  berjalan di tepi jalanraya besar tersebut, ada sebuah papan tanda yang baru dipasang betul-betul di depan kebunnya. 
Selepas dia membaca papan tanda tersebut, dia pun pulang hampa. 
Mak  Moon  heran Pak  Moon  pulang semula ke rumah lalu bertanya 
"Kenapa Bang?" 
Pak Moon pun menjawab!
Sejak bila la kerajaan kita tak kasi kita MEMOTONG getah. Diletaknya papan tanda besar kat tepi jalan depan kebun kita tu papan tanda "DILARANG MEMOTONG".


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله. 
 Lelaki berani mungkin akan kalah tetapi tidak akan mengalah.
Baca Seterusnya...

isteri Tan Sri curang


Pada satu malam, ada pasangan yg agak berumur sedang makan malam dengan romantiknya bagi menyambut ulangtahun perkahwinan mereka yg ke 50 tahun.

Suaminya, seorang Tan Sri dan bekas ahli politik mula bercerita tentang nostalgia mereka suami isteri, sekian lama hidup bersama, suka duka, susah dan senang. Si suami memang menyanjung isterinya, bernama Maria.

"Maria, selama kita kahwin ni, suka duka kita lalui, susah senang kita tempuh, abang amat menyanyang Maria, tapi ada satu perkara yg asyik bermain-main di benak abang ni dan abang selalu bertanya-tanya. Berterus-teranglah dgn abang pada malam ni, pernah tak Maria curang dgn abang selama ni?"

Maria agak terkedu sekejap dan merenung panjang muka suaminya itu, lalu berkata dengan penuh kekesalan, "Ya abang, Maria mengaku pernah curang dgn abang, tapi hanya 3 kali sahaja selama ni"

"3 kali?" Tan Sri tu agak terkejut, tapi tak la marah, dah tua dah dan memang berniat utk memaafkan isterinya,"Bagaimana boleh terjadi 3 kali tu Maria?"

Perlahan jer la isteri dia mula membuka lebaran cerita lama, "Abang ingatkan masa kita mula-mula kawin, terus beli rumah dan selang beberapa tahun, kita susah sangat masa tu hingga rumah kita hampir nak dirampas oleh bank"

"Ya, abang ingat peristiwa tu" jawab si suami. Si isteri menyambung cerita, "Abang pasti ingat yg pada satu petang tu Maria pergi jumpa pegawai bank tu dan esoknya, bank tu tak jadi rampas rumah kita, malah bagi tambahan pinjaman utk abang mulakan perniagaan.."

"Emmmm.. sukar buat abang menerima kenyataan ini, tapi abang maafkan maria kerana apa yg maria buat tu untuk masa depan kita jugak", kata si suami, " Kali ke 2 pulak?"

"Abang ingat tak, abang hampir menemui maut sebab ketumbuhan dalam otak pembedahan?" si isteri menyambung cerita "Ya, abang ingat" jawab si suami. "Kalau macam tu, abang pasti ingat yg Maria ada pergi jumpa doktor pakar tu dan esoknya, dia setuju buat pembedahan utk abang tanpa bayaran apa-apa pun.."

"Oh maria, walau perit hati ini mendengarkan, tapi abang tetap maafkan maria sebab apa yg maria buat tu untuk masa depan kita jugak dan kerana sayangkan abang jugak.. yang kali ke 3 macam mana pulak? ", kata si Tan Sri. Si isteri menundukkan mukanya dan menjawab penuh lemah,

"Abang, ingat tak masa abang bertanding merebut kerusi bahagian dan abang perlukan 248 undi lagi...."

Tan Sri pengsan kat situ jugak...


*Lawak..tapi Hakikatnya...

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله. 
 Lelaki berani mungkin akan kalah tetapi tidak akan mengalah.
Baca Seterusnya...

siketam politik Malaysia


Atok : Cu nak dengaq dak creta pasal ketam. creta ni boleh jadi tauladan untuk cu
Cucu : Eh mestilah nak tok. cu memang dilahirkan untuk dengaq creta tok..
Atok : Pada zaman dulu ada sorang nelayan ni.suatu petang dia bawak balik 3 jenih ketam. ada ketam melayu, ketam cina dan ketam india. dia pun letak la semua ketam ni dalam satu baldi. Taklama paihtu dia pun perati la ketam2 tu. tiba2 dia nampak sekoq ketam cina cuba nak keluaq. Tuudia... hat ketam cina yang len ni pakat2 dok tolak hat sekoq bagi keluaq pada baldi. lepaihtu ada sekoq ketam melayu try nak keluaq. yang ketam melayu len tuuudia semua pakat dok tarik dia masuk balik!

Cucu : amboi panjang betoi creta tok. sat..yg ketam2 india tak buat apa ka?
Atok : oouh... tok lupa nak habaq masa nelayan tu perati depa. time tu dah malam dan rumah nelayan tu takdak lampu
Cucu : ~_~



للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Lelaki berani mungkin akan kalah tetapi tidak akan mengalah.
Baca Seterusnya...

Tuesday, 7 August 2012

SAYA SELALU SEMBAHYANG SUPAYA NEGARA MALAYSIA DI TERIMA MUSIBAH DAN PERANG

SAYA SELALU SEMBAHYANG SUPAYA NEGARA MALAYSIA DI TERIMA MUSIBAH DAN PERANG SEPERTI NEGARA-NEGARA LAIN.YA ALLAH YA TUHANKU ENGKAU BERI MUSIBAH KEPADA NEGARA MALAYSIA SEPERTI ENGKAU TURUNKAN MUSIBAH SEPERTI NEGARA-NEGARA LAIN.AMIN.



Tersentak aku, aku ingat dia ini warga Malaysia (islam) rupanya...hehehehe


Kesian, Orang thailand dengki dgn kemakmuran Malaysia
Dan cubaan kasi idea yang membodoh2kan diri sendiri???




Musibah di Negara Jepun dan Libya

PERBEZAAN ANTARA JEPUN DAN LIBYA

  • JEPUN : Diuji dengan ujian yang di luar kawalan manusia biasa iaitu bencana alam gempa bumi dan tsunami. Ia memang tidak boleh dielakkan atau ditangguhkan sama sekali.
  • LIBYA : Diuji dengan ujian yang boleh dikawal oleh manusia iaitu demonstrasi untuk menjatuhkan pemimpin nombor satu negaranya. Mungkin ia boleh ditangguhkan sehingga ke pilihanraya umum yang akan mereka hadapi kelak.

  • JEPUN : Hasil dari ujian tersebut, pertolongan datang mencurah-mencurah sama ada dalam bentuk kewangan atau tenaga manusia. Namun, pihak kerajaannya hanya menerima bantuan dalam bentuk kewangan sahaja dan belum lagi memerlukan bantuan dalam bentuk tenaga manusia.
  • LIBYA : Hasil dari ujian tersebut, pertolongan datang mencurah-curah juga tetapi dari Tentera Bersekutu Barat. Siap dengan peluru berpandu dan jet pejuangnya sekali. Walau kerajaannya menolak, Barat tetap hendak memasuki negara ini atas dasar " melindungi orang awam"

  • JEPUN : Walau ujian yang mereka terima sangat berat, rakyat mereka tetap berdisiplin dan tabah hadapi dengan redha akan ujian ini. Tidak kedengaran mereka berdemonstrasi kerana tak cukup makanan jauh sekali hendak berebut makanan. Mereka seakan-akan sudah disiapsiagakan untuk hadapi ujian ini
  • LIBYA : Memang mereka juga terima ujian, tetapi ujian ciptaan mereka sendiri. Keluar berdemontrasi untuk menjatuhkan pemimpin negara akhirnya bercakar sesama saudara sendiri. Akhirnya bukan kiriman makanan yang mereka terima, tetapi bala tentera dari negara Barat yang rakuskan emas hitam mereka.

  • JEPUN : Mereka pasti akan bangkit sebagai gergasi Asia tanpa bantuan orang luar. Walau ekonomi mereka sedikit terjejas, diyakini mereka akan bina semula apa yang pernah mereka lahirkan dahulu dalam masa yang cukup singkat..Kita tengoklah nanti..
  • LIBYA : Adakah mereka akan bangkit???? Atau mereka akan hadapi situsi dalam bentuk penjajahan baru seperti dialami saudara mereka di Iraq dan Afghanistan ??? Pemimpin mereka telah digula-gula oleh pemimpin Barat ??? Kita tengoklah nanti...
Semoga kita ambil iktibar akan kejadian yang berlaku ke atas dua negara ini dalam selang masa yang begitu singkat..

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله. 
 Lelaki berani mungkin akan kalah tetapi tidak akan mengalah.
Baca Seterusnya...

Saturday, 4 August 2012

HIMPUNAN FATWA NIK AZIZ

Dato' Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat (born 1931 in Pulau Melaka, Kelantan) is a Malaysian politician, a Muslim ulama and currently the Menteri Besar of the state of Kelantan. He is the Mursyidul Am or spiritual leader of the Pan-Malaysian Islamic Party (PAS).

Ada orang PAS, yang "kurang senang" dengan Nik Aziz.
Ada orang bukan PAS, yang bencikan Nik Aziz ...

Nik Aziz adalah seorang Tok Guru yang disegani dan dihormati rakan & lawan. Seorang yang kelihatan warak dan kelihatan merendah diri selah-olah seperti orang biasa/kebanyakan, sedangkan beliau adalah Mursyidul Am merangkap Menteri Besar. Hakikatnya, beliau juga seorang ahli politik.

Apapun, Nik Aziz masih lagi seorang manusia yang pandangannya, pendapatnya, ideologinya terbatas sebagai seorang politikus dan sebagai seorang manusia (yang bukan Maksum dan bukanlah Malaikat) yang mana pastinya akan wujud khilaf , salah atau silap.

Setelah aku fikir-fikirkan dan aku nilai-nilaikan beberapa lama, nampaknya aku terpaksa senaraikan 7 KESILAPAN NIK AZIZ YANG SEPATUTNYA DITEGUR OLEH ORANG SEKELILINGNYA & ORANG YANG MENYAYANGINYA supaya beliau tidak terus hanyut dalam keadaan "tidak sedar melakukan kesilapan".

Cakap-cakap beliau selalunya akan menjadi "fatwa" / rujukan dan ikutan para penyokong, inilah yang akan membahayakan partinya (lantak pi la!), pengikutnya (lantak pi la!), Agamanya (ini ada kaitan dengan aku & umat Islam lain) dan Negaranya (ini juga ada kaitan dengan aku & rakyat keseluruhannya - termasuk generasi akan datang).

Impak dari pendapat Nik Aziz, kalau baik dan kena gaya, akan memberikan kesan baik kepada semua, tetapi kalau silap/salah tanpa ditegur, PASTINYA akan menjadi barah yang akan membantu musuh untuk melakukan kehancuran Islam & Negara ini.

Bagi aku, antara salah silap yang Nik Aziz lakukan - dan perlu ditegur adalah :

1. MENYOKONG ANWAR IBRAHIM (INI SILAP PALING UTAMA!)
- Nik Aziz secara terang-terang menyokong serta menyanjungi Anwar sebagai seorang yang "layak" dipatuhi, disanjung, diikuti khasnya sebagai Pemimpin Besar & Utama dalam Pakatan Rakyat. Sedangkan sudah begitu banyak bukti yang jelas nyata menunjukkan Anwar adalah seorang yang tidak boleh dipercayai dan tidak layak langsung untuk diangkat menjadi pemimpin, khususnya pemimpin No.1.
2. MENERIMA SEKONGKOLAN PAS-DAP
- Nik Aziz yang dulunya menganggap DAP = SYAITAN, kini menyokong pula DAP dan Pakatan Rakyat demi survival politik PAS. Percaturan ini (berpakat dengan musuh Islam) hanya akan memberi kesan buruk kepada Agama Islam dan umatnya di Malaysia. Konsep Negara Islam yang masih DITOLAK 100% OLEH DAP SEJAK DULU, hanya akan mengundang kemusnahan jika Pakatan berjaya menakluk Malaysia atas sokongan PAS (Nik Aziz).
3. TERLALU MEMPERCAYAI ORANG SEKELILINGNYA (Khasnya PUAK ERDOGAN) YANG MEROSAKKAN.

- Jelas nyata pada Sidang Muktamar PAS ke 55 minggu lepas, Nik Aziz menolak secara total idea Kerajaan Perpaduan yang diterbitkan dari minda Presiden PAS dan sekutunya. Nik Aziz tanpa segan silu mengatakan bahawa "Idea Kerajaan Perpaduan itu KARUT", sedangkan beliau masih berpegang dengan Pakatan Rakyat yang kononnya lebih jujur ikhlas berbanding UMNO/BN. Penolakan mentah-mentah idea Kerajaan Perpaduan ini memberi gambaran jelas bahawa Nik Aziz menerimapakai idea Pro-Pakatan oleh PUAK ERDOGAN (semua orang tahu, ianya dibayangi oleh Anwar).

4. MENGELUARKAN PENDAPAT-PENDAPAT YANG BOLEH MENGELIRUKAN PENGIKUT & ORANG RAMAI.

- "Tuhan Juga Mencarut" (Kerana menyokong buku "SHIT - PukiMak" Shahnon Ahmad)
- PAS sanggup bekerjasama dengan Syaitan, jika itu akan pastikan PAS menang pilihanraya.
- Tidak akan bekerjasama dengan UMNO kerana UMNO pernah "menolak" PAS sebelum ini (timbul akibat perasaan Nik Aziz berunsur dendam kesumat kepada UMNO), tetapi Nik Aziz kata tidak mengapa untuk PAS bekerjasama dengan DAP (yang sah-sah tidak setuju Malaysia jadi Negara Islam).

5. BERSETERU DENGAN ORANG UMNO (MUSLIM) ... TETAPI SANGGUP BERSATU DENGAN DAP.
- Kemana arah tuju PAS? Dasar awal penubuhan PAS telah jauh terpesong sejak PAS sanggup bekerjasama dengan PKR dan DAP dalam Pakatan. Ini menyebabkan matlamat PAS telah berubah dari Negara Islam dan Tegakkan Hudud : kepada : Negara Berkebajikan dan Samarata/Adil. (Demi menjaga hati puak keparat dalam Pakatan).

6. MENGGUNAKAN KEDUDUKAN SEBAGAI MURSYIDUL AM UNTUK CUBA MEMPENGARUHI AHLI PAS MENERIMAPAKAI PENDAPATNYA.
- Nik Aziz adalah Mursyidul Am PAS. Sepatutnya beliau menggunakan kedudukannya khusus sebagai seorang yang tidak berkecenderungan ke arah mana-mana pihak. Ini tidak, Nik Aziz "hentam" Presiden & Timb.Presiden PAS yang cuba mewujudkan idea Kerajaan Perpaduan, dan secara terbuka merasa seronok jika benar Puak Erdogan wujud dalam PAS. Ini adalah sesuatu yang menyedihkan apabila lontaran pendapat dari seorang Mursyidul Am nampaknya berkecenderungan kepada sesuatu pihak (khususnya yang dibayangi Anwar).

7. TIDAK CUBA MENILAI DENGAN TELITI, SIAPA KAWAN & LAWAN (YANG SEBENARNYA)
- Nampaknya banyak perkara yang Nik Aziz lakukan dan luahkan sebagai pendapat (mungkin "fatwa"?), kelihatan ianya telah sedikit sebanyak di"ilham"kan oleh penasihat-penasihat perosak dan perosak itu berupaya memusnahkan Dasar Pas yang asal. Nik Aziz seolah-olah telah menutup pancainderanya secara total untuk menilai siapakah Anwar sebenarnya, siapakah Lim Kit Siang dan Karpal Singh sebenarnya, siapakah puak Erdogan sebenarnya ...

Mungkin ada lagi kesilapan lain yang Nik Aziz lakukan sepanjang karier politiknya selain 7 yang aku senaraikan di sini yang sepatutnya DITEGUR dan DIPERBETULKAN oleh orang-orang sekeliling dan rapat dengan Nik Aziz.

Demi kebaikan sejagat (kerana bagi aku PAS merupakan parti kedua terkuat di Malaysia selepas UMNO). Jika PAS rosak, kesan daripada akibat itu kepada negara juga agak dahsyat. Semoga Allah memberikan HidayahNya kepada Nik Aziz agar kembali sedar kesilapan yang berlaku.

Bak kata Nik Aziz hari ini dalam Bernama Online : "Isteri boleh jadi buat salah kepada suami, dan suami boleh jadi buat salah kepada isteri, anak boleh jadi buat salah kepada ibu bapa. Begitu jugalah dalam politik," katanya kepada pemberita. Maknanya, NIK AZIZ JUGA TIDAK TERLEPAS DARI BUAT SALAH SILAP.

INGATLAH NIK AZIZ & ORANG PAS ... Kita bukan Maksum.

NOTA: ALOQSTAQ BLOG : TUJUAN AKU MENERBITKAN ARTIKEL INI, BUKANLAH UNTUK TUNJUK PANDAI ATAU UNTUK "HINA" TOK GURU, TETAPI NIAT AKU UNTUK MEMBERI KESEDARAN DARI PERSPEKTIF APA YANG AKU LIHAT YANG BERLAKU KINI KEPADA SEORANG MANUSIA BERNAMA NIK AZIZ.


HIMPUNAN FATWA NIK AZIZ

1. "Kita bersyukur dengan pendirian DAP sekarang, kerana mereka sudah berubah sikap dan sanggup bekerjasama dengan PAS, asalkan tidak mendirikan negara Islam" - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian 12 Mei 1999.

2. "Bukan sahaja dalam menifesto, dalam perlembagaan PAS sendiri memang tidak mengandungi satu perkataan pun untuk menubuhkan sebuah negara Islam, dia (DAP) boleh tengok sendiri dan baca perlembagaan itu." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 4 Ogos 2001.

3. "Terdapat unsur kafir dalam UMNO kerana parti itu menolak Islam dalam pentadbiran negara, UMNO juga ada ciri kafir" - Ceramah Nik Aziz Nik Mat di Padang Tembak, Pengkalan Chepa, 3 Julai 1999.

4. "Jika melawan UMNO tiba-tiba meninggal dunia, maka kita dikira mati syahid." - Kuliah Nik Aziz Nik Mat di Masjid Kg Pulau Melaka.

5. "Allah sendiri gunakan perkataan memaki, mencemuh atau mencarut, jadi manusia sendiri berpeluang menggunakan maki hamun, tapi terserahlah kepada manusia di mana tempatnya." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 28 April 1999.

6. "Siapa yang nak tolong kerajaan Islam, kami sebagai pemimpin Islam mesti terima sama ada DAP, MCA, dan MIC. Kalau nak tolong mengapa kita tolak. Jika DAP ikhlas nak tolong PAS, saya terima. Usahkan DAP, syaitan pun boleh saya terima." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 24 Januari 1999.

7. "Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara, menjadi kafir atau haram" - Hukum Dewan Ulama PAS Kelantan, Ogos 1963.

8. "Islam tidak melarang umatnya mengeluarkan perkataan mencarut dan mencaci seseorang jika kena pada tempat dan masanya, kerana ia sudah menjadi salah satu naluri." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 29 April 1999.

9. "Kelantan menggunakan hasil cukai arak, lesen anjing dan sebagainya bagi menampung kos membuat jalan dan lain-lain projek pembagunan. Arak itu sendiri boleh diminum oleh bukan Islam, jadi bila minum oleh mereka, maka untuk menjaga keselamatan, kerajaan mengambil duit dari mana?" - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 26 November 1994.

10. "Bagi penjualan arak, ia hanya dibenar jual oleh orang bukan Islam kepada golongan itu sahaja, kerana jika ia diharamkan sudah tentu menyulitkan orang bukan Islam untuk menikmatinya." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 19 November 1992.

11. "PAS Sedia gugur slogan negara Islam, jadi untuk mencari perdamaian itu, setakat mana yang boleh kita hendak kepada Islam, tapi kalau nampak menyusahkan tak apa..." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 25 Jun 1999.

12. "Menentang PAS adalah Haram mengikut al-Quran." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Minggu, 24 April 1994.

13. "Tidak ada orang yang berhak menjaga dunia ini, kecuali orang yang belajar ilmu agama Islam." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 17 April 1995.

14. "Tiada sesiapa di muka bumi ini yang tahu menjaga dunia termasuk menguruskan soal budaya, ekonomi serta harta benda, melainkan ulama." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 6 November 1999.

15. "Saya di antara orang yang cukup kuat menyokong untuk meluaskan keahlian PAS ini kepada orang bukan Islam." - Nik Aziz Nik Mat, Kota Bharu, 1999.

16. "PAS boleh terima pemimpin DAP jadi Perdana Menteri, tidak ada apa, asalkan dia terima syarat yang ditetapkan oleh Barisan Alternatif." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 6 November 1999.

17. "Para imam hendaklah faham bahawa ada anak-anak mukim tidak mahu menuruti imam yang beraqidah politik suku, agama suku, kerana boleh menyebabkan sembahyang tidak sah." - Nik Aziz Nik Mat, Harakah, 4 Mac 2001.

18. "Tafsiran negara Islam yang dikehendaki oleh PAS sebenarnya sudah terkandung dalam Manifesto Barisan Alternatif (BA) yang dikemukakan pada pilihanraya yang ke-10 itu." - Nik Aziz Nik Mat, Harakah 1-15 Ogos 2001.

19. "Ini penting kerana kita juga mahukan sokongan dan undi bukan Islam dalam usaha memenangi pilihanraya umum akan datang" - Nik Aziz Nik Mat, Ucapan di Muktamar Dewan Pemuda PAS ke-31, Petaling Jaya, 24 Mei 2004.

20. "Negara kita Malaysia belum merdeka lagi kerana perlembagaannya masih perlembagaan kafir."- Khutbah Nik Aziz Nik Mat di Masjid Pengadang Baru, Marang, Oktober 2001.

21. “Jika ada parti lain yang menentang kepimpinan PAS yang menjalankan pemerintahan cara Islam, ia adalah haram.” – Nik Aziz Nik Mat, Harakah, 23 April 1994.

22. “Memang ada lagi persefahaman antara PAS dengan Malaikat, sebab itulah APU (Angkatan Perpaduan Ummah) memerintah lagi (di Kelantan)”. –Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 27 April 1995.

23. “Kerajaan PAS Kelantan akan mengkaji kemungkinan melarang wanita bekerja. Tidak adil membiarkan wanita, kerana lelaki dari segi fitrahnya mempunyai tanggungjawab mencari nafkah bagi menanggung kehidupan keluarga.” – Nik Aziz Nik Mat, 16 Mac 1999 di Kota Baharu.

24. “Ya Allah, aku mohon butakan mata pengundi-pengundi hantu supaya mereka tidak Nampak simbol lain kecuali simbol PAS. “ – Doa Nik Aziz Nik Mat pada 27 Mei 1999 diaminkan oleh kira-kira 3000 penyokong beliau dalam satu majlis makan malam dan cerah PAS di Sungai Bakut, Nibong Tebal.

25. “UMNO tetap parti sekular kerana asas perlembagaanya tidak merujuk al-Quran dan Hadis.” – Nik Aziz Nik Mat, Harakah, 22 Februari 1999.

26. ‘‘Tiada sebab langsung orang Islam tolak Islam. Islam yang dibawa oleh UMNO ini Islam kacukan, Islam plastik. Macam duit palsu, ubat palsu, makanan palsu. Ini Islam palsu yang dibawa UMNO. Islam ini tidak boleh bawa ke akhirat, tidak boleh bawa ke syurga, dia boleh bawa dekat pintu kubur. Bertengkar atas muka tak habis-habis dengan Melayu sendiri boleh bertengkar.’’ – Nik Aziz Nik Mat, Rakaman Audio di Sidang Akhbar di Pulau Pinang pada 17 Ogos 2009.

27. “Jika Nabi Muhammad boleh menandatangani perjanjian dengan musuh tradisi Islam, iaitu kaum Yahudi, sebaik tiba di Madinah, PAS juga sanggup bekerjasama dengan DAP.” – Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 12 Mei 1999

28. "Percaya-ae (kepercayaan) manusiyo (manusia) kepada kiamat menyebabkan seganah-ganah (seganas-ganas) manusia akan tok (tak) jadi ganah. Kerana dia yakin walau bagaimana ganahnya aku dan bagaimana pangkat... tingginya pangkat aku, tapi apalah nasib aku apabila aku berdepae (berdepan) dengan padang mahsyar. Di padang mahsyar kelak ada lagi yang lebih gagah daripada aku namanya Allah Subhanahuwataala. Ada lagi yang lebih jabaruut, lebih samseng daripada aku iaitu Allah Subhanahuwataala. Ada lagi yang lebih angkuh daripada aku iaitu Allah Subhanahuwataala. Dan nama Allah Subhanahuwataala satu daripada namanya al-Mutakabbir, al-Jabbarul Mutakabbir. ( Al-Jabbar maknanya gagah kuasa ataupun kita panggil samseng. Al-Mutakabbir sombong, angkuh.) Akulah oghaenya (orangnya) sombong, tok denga (dengar) kato (kata) orang lain. Itu satu daripada sifat Allah Taala. Samseng pun dok (ada) di aku, hanelan (handalan) pun dok di aku, somong (sombong) pun di aku. Kalu (kalau) samseng, aku lebih samseng. Kalu mu jahat, aku lebih jahat, kalu mu somong (sombong) aku lebih somong. Percayaan kito manusiyo kepada akidah nilah, akidah akhirat kito panggil menyebabkan orang Melayu yang sokong Pas ni tidak jahat...'' – Rakaman Ucapan Nik Aziz Nik Mat berhubung isu Allah Samseng, Utusan Malaysia, 31 Julai 2002.

29. “Islam bawah UMNO tidak ke mana dan tidak boleh bawa seseorang itu ke syurga. Berdasar perkara itu, saya percaya penduduk di kawasan Permatang Pasir akan memilih calon Pas sebagai wakil rakyat mereka,” – Ucapan Nik Aziz Nik Mat kepada pemberita di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) pada 17 Ogos 2009 selepas proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil Permatang Pasir.

30. "DAP kalau hina Islam pasal dia bukan Islam. Yang orang Islam tolak Islam itu lebih menghina Islam," – Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 12 Ogos 2009.

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
 Lelaki berani mungkin akan kalah tetapi tidak akan mengalah.
Baca Seterusnya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!