Tuesday, 31 July 2012

Paderi Khalid Gagap

Inilah Logo syarikat yang diselamberkan rm390Juta oleh paderi gagap~

Cerita penuh:
Hutang Talam : Ah Chai didesak perjelas cara yakinkan PKNS? Pengerusi Talam Corporation Bhd. (Talam), Tan Sri Chan Ah Chai didesa...

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.Lelaki berani mungkin akan kalah tetapi tidak akan mengalah.

Baca Seterusnya...

agenda kristian dalam Pakatan Rakyat

PRU 13 : Pesanan Persekutuan Kristian Malaysia - 

‘Pilih Kerajaan Kebebasan Beragama’



NIK AZIZ TAK TAHU ATAU BUAT2 TAK TAHU?


&



PAKATAN RAKYAT KINI DALAM LUBANG CACING


NGO INDIA BANTAH:
Berita penuh:

 Bantahan oleh ngo india berhubung pembinaan tempat 
Pembakaran Mayat 
 di bandar sunway sbrg jaya pada 29.7.2012...

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله
.Lelaki berani mungkin akan kalah tetapi tidak akan mengalah.
Baca Seterusnya...

Monday, 30 July 2012

Oh mak oh bapak








Ntahapahapantah:

Tahun 2000
Ramai orang serbu
Cari kemajuan
Mencari ketenangan

Ramai yang pakai turut
Ikut dari belakang
Ramai yang sudah sangkut
Ikut terjun longkang


Rambut aku panjang
Dia kata jembalang
Seluar aku ketat
Seluar dia bell-bottom

Itu ku punya pasal
Sikit aku tak sesal
Ada baiknya aku
Jaga kain sendiri

Oh mak oh bapak
Dunia nak terbalik
(2x)

Orang naik ke bulan
Pakai kereta lembu
Pergi bukit belacan
Mandi air susu

Oh mak oh bapak
Dunia nak terbalik



للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله. 
 Lelaki berani mungkin akan kalah tetapi tidak akan mengalah.
Baca Seterusnya...

Sunday, 29 July 2012

Putrajaya Terbakar


Assalamualaikum...
Sesaje aku post bende bukan politik plak 9 ramadhan ini..tetapi sesaja aku ini setidaknya meng'refresh semula ingatan kita dengan kejadian2 yang sering belaku disaat2 kita menyambut musim perayaan tak kira Hari Raya Aidilfitri, Chinese new year, depavali & sebagainya.Aku malas nak letak pic pic yang gambarnya orang rentung..rumah rentung..poket rentung..tetapi aku kenalkan/ingatkan korang dengan menda2 yang biasa korang lihat tetapi korang tak tahu guna/tidak ada menda2 ini..so untuk langkah pencegahan belakunya kejadian2 tidak diigini adalah lebih baik baca sedikit info ini untuk korang beringat ok...
Sorry about tajuk...


Definisi Kebakaran:
Kebakaran merupakan suatu bencana yang disebabkan oleh api atau pembakaran yang tidak terkawal, yang boleh membahayakan nyawa manusia, bangunan atau ekologi.Kebakaran lazimnya akan menyebabkan kerosakan,kemusnahan,kecederaan atau kematian kepada manusia dan alam sekeliling.Kebakaran adalah terjadi daripada tindakbalas pengoksidaan ataupun tindak balas kimia pantas. Unsur-unsur yang terlibat dalam tindak balas ini adalah bahan api,haba dan oksigen.Jika salah satu elemen tersebut tidak wujud maka kebakaran tidak akan berlaku.Hasil daripada gabungan tindak balas ini maka satu teori kebakaran telah diperkenalkan iaitu ”segitiga kebakaran”.


Faktor-faktor yg menyebabkan kebakaran:
- Permukaan haba
- Kadar haba
- Tiupan angin
- Suhu atmosfera & kelembapan udara
- Kelalaian manusia


"Teori Kemerebakan Api"
Terdapat beberapa cara api merebak termasuklah melalui pengaliran (conduction), olak   haba (convection) dan bahangan (radiation).



Jenis-jenis Alat Pemadam Api
a) Pemadam Api Jenis Debu Kering
b) Pemadam Api Jenis Gas (Karbon Dioksida)   
c) Pemadam Api Jenis Buih (Foam) 
d) Pemadam Api Jenis Air 



Prinsip Asas Memadamkan Kebakaran
Terdapat beberapa teknik yang digunakan untuk memadamkan api semasa kebakaran berlaku. Teknik pemadaman adalah bertujuan untuk menyekat atau mengurangkan tiga unsur seperti haba,bahan api dan oksigen tadi daripada saling bertindak balas.Berikut adalah teknik-teknik yang boleh dipraktikan untuk memadamkan kebakaran:


a)Melaparkan (Starvation) : Memindahkan bahanapi / bahan mudah bakar yang belum terbakar ke tempat lain. Selain itu, memecah atau menghancurkan bahan api yang terbakar itu dengan menggunakan pemukul api (fire beater) kepada bahan api yang lebih kecil memudahkan lagi kerja-kerja pemindahan bahan api tersebut.


b)Melemaskan (Smoothering) :Proses menghalang dan mengurangkan kadar kemasukan gas oksigen dalam kebakaran. Teknik ini dapat memadamkan api dengan kadar segera.


c) Menyejukkan (Cooling) : Bahan yang mudah mengeluarkan wap /gas terbakar apabila mencapai takat sambaran, oleh itu teknik penyejukkan ini adalah untuk mempercepatkan penurunan suhu kebakaran supaya lebih rendah dari takat sambaran.




Penggunaan Alat Pemadam Api (Serbuk Karbon)

1. Buka kekunci
2. Halakan muncung ke arah punca kebakaran.
3. Picit tombol penyembur.
4. Teruskan sembur sehingga api dpt dikawal.
5. Jika keadaan masih tidak boleh dikawal sila dapatkan bantuan.
(Simpan alat pemadam api di tempat yang selamat setelah digunakan..Sila hubungi pembekal untuk isian semula, Jangan guna tong yang sudah pernah digunakkan)



Jangan tak tahu ea..kebakaran bukan hanya rumah & hutan
KERETA juga


Dalam kereta anda ada tak menda alah (alat pemadam api) ini?
think it n do it now~
Baca Seterusnya...

Friday, 27 July 2012

Senarai bazar sekitar selangor


Bila sampai bulan Ramadhan, selain buffet Ramadhan, Bazaar Ramadhan pun tak kurang meriahnya. Memang berpusu-pusu la semua orang menuju ke bazar...


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.Lelaki berani mungkin akan kalah tetapi tidak akan mengalah.
Baca Seterusnya...

saudara terdekat pemimpin-bangkang


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله. 
 Lelaki berani mungkin akan kalah tetapi tidak akan mengalah.
Baca Seterusnya...

Harga Kereta Bukti PKR Pakar



KUALA LUMPUR 26 Julai – Semakin hampir pilihan raya umum ke-13, pembangkang dilihat sekali lagi cuba memomokkan pengundi dengan pelbagai janji untuk mendapatkan sokongan seperti apa yang dilakukan mereka ketika pilihan raya 2008.
Penurunan harga kereta adalah janji terbaru yang dibuat oleh Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli dengan menyatakan pembangkang akan merombak dan menyusun semula Dasar Automatif Negara jika pembangkang berjaya menawan Putrajaya.
Ketua Penerangan UMNO Bahagian Masjid Tanah, Amiruddin Yusof menyifatkan pembangkang sudah ketandusan modal dan terpaksa mengulangi semula apa yang dilakukan empat tahun lalu dengan membuat pelbagai janji pilihan raya.
“Tidak perlulah buat janji baru, janji lama masih lagi banyak tidak tertunai, banyak janji yang dibuat masih tak dilunaskan, tak perlu susah payah, turun cukai tanah dan kediaman di negeri yang mereka perintah maka lakukanlah itu dahulu baru boleh bercita-cita besar.
“Dulu kata nak beri pelbagai bantuan kepada rakyat Selangor, tapi sekarang apa yang sudah dilakukan oleh mereka? Itulah cara pembangkang berpolitik, mereka hanya pandai berjanji dan bercakap sahaja tetapi tidak mampu melaksanakan walaupun punyai kuasa,” katanya.
Beliau yang juga ADUN Air Limau berkata, berbeza dengan Barisan Nasional (BN), semua janji yang dibuat sudah dilaksanakan dan ada juga yang masih dalam perlaksanaan yang mana ia bukan sahaja berbentuk pembangunan infrastruktur dan kemudahan rakyat malah turut membabitkan bantuan untuk meringankan bebanan rakyat.
“Apa yang kita janji kita laksanakan, janji BN adalah untuk membantu rakyat sebab itu bantuan yang diberi mencakupi semua lapisan dan peringkat umur. BN tidak pilih kasih dalam memberi bantuan, siapa yang layak boleh menerima bantuan tanpa mengira siapa yang mereka sokong, itulah beza BN dengan pembangkang.
“Mengenai pengangkutan awam, banyak perubahan yang telah dilakukan kerajaan untuk rakyat, bukan sahaja tertumpu di Lembah Klang malah di seluruh negara juga turut menerima transformasi dan perubahan untuk rakyat,” katanya.
Menurutnya, meningkatkan mutu perkhidmatan awam dan kemudahan rakyat adalah antara janji yang telah dilaksanakan oleh BN untuk rakyat, dan apa yang telah dilakukan pembangkang terhadap perkara itu di negeri yang mereka perintah. – MediaUMNO

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله. 
 Lelaki berani mungkin akan kalah tetapi tidak akan mengalah.
Baca Seterusnya...

2012 Kiamat???!!!



2012 Kiamat???!!!
Lebih dari 350 judul buku menceritakan mengenai dunia akan berakhir pada tahun 2012. Tahun 2012 merupakan tahun yang diramalkan akan berlaku Kiamat. Khabaran ini dapat dilihat dari cerita fisyen sains yang berjudul 2012 arahan Roland Emmerich yang telah memulakan pengambaran pada bulan Ogos 2008 di Vancouver.


Kebanyakkan cerita-cerita ini berpunca dari ahli astronomi dan agamawan. Realiti yang berlaku sekarang seolah-olah memberitahu kita bahawa dunia sudah hampir kepada penamatnya, dengan berlakunya gempa bumi dan tsunami yang hebat di Jepun baru-baru ini.


Bagi segelintir umat Islam pula, kedatangan Ramadhan 2012 merupakan titik-titk bermulanya tanda Kiamat besar. Mereka percaya bahawa peristiwa itu akan berlaku pada pertengahan bulan Ramadhan 2012 pada hari Jumaat.


Kepercayaan ini timbul dari beberapa riwayat yang menceritakan tentang akan kedengaran “suara jeritan yang kuat” pada bulan Ramadhan. Salah satu riwayat yang popular dikatakan riwayat dari Abdullah bin Mas’ud ra. bahawa Rasulullah saw. bersabda:


عن النبي صلى الله عليه وسلم قال إذا كان صيحة في رمضان فإنها تكون معمعة في شوال وتميز القبائل في ذي القعدة وتسفك الدماء في ذي الحجة والمحرم وما المحرم يقولها ثلاثا هيهات هيهات يقتل الناس فيها هرجا هرجا قال قلنا وما الصيحة يا رسول الله قال هذه تكون في نصف من رمضان يوم جمعة ضحى وذلك إذا وافق شهر رمضان ليلة الجمعة تكون هدة توقظ النائم وتقعد القائم وتخرج العوائق من خدورهن في ليلة جمعة سنة كثيرة الزلازل والبرد فإذا وافق رمضان في تلك السنة ليلة جمعة فإذا صليتم الفجر يوم جمعة في النصف من رمضان فادخلوا بيوتكم وسددوا كواكم ودثروا أنفسكم وسدوا آذانكم فإذا أحسستم بالصيحة فخروا لله سجدا وقولوا سبحان القدوس سبحان القدوس ربنا القدوس فإنه من فعل ذلك نجا ومن ترك هلك .


“Apabila kedengaran jeritan (Sayha) pada bulan Ramadhan, maka akan berlaku huru-hara dalam bulan Syawal, dan kabilah-kabilah akan membentuk kumpulan dalam bulan Zulkaedah, dan berlaku pertumpahan darah pada bulan Zulhijjah dan Muharram! Apa yang dilarang/haramkan? “Berkata tiga kali,” Oh, Oh! Rakyat akan dibunuh dalam pembunuhan beramai-ramai secara besar-besaran “Telah berkata:” Kami berkata: “Apakah Sayha (menjerit), Wahai Rasulullah?” Beliau berkata: “Ia akan berlaku di pertengahan Ramadan pada pagi Jumaatnya. Berlaku pada pada Ramadan malam Jumaat, dimana satu bunyi yang kuat (Hadda) akan berlaku, yang akan menyedarkan orang yang sedang tidur, wanita muda akan dibawa keluar dari bilik mereka, pada malam Jumaat dimana sepanjang tahun tersebut banyak gempa bumi (dan sangat sejuk). Oleh itu, apabila Ramadhan bermula pada malam Jumaat pada tahun itu, dan anda telah selesai solat Subuh pada hari Jumaat pertengahan Ramadan, ,akan masuklah kedalam rumah, tutup pintu anda, tutup tingkap anda, selimut diri kamu sendiri, dan sumbat telinga anda. Apabila anda mendengar jeritan, turun sujud kepada Allah dan berkata: “Subhanal-Quddus, subhanal-Quddus, rabbunal-Quddus (Maha Suci kepada kemuliaan yang Maha Suci, Maha Suci, Tuhan kami yang Maha Suci). “barangsiapa yang berbuat demikian akan kekal selamat, dan yang tidak melakukan akan musnah” [Kitab al-Fitan, Nuaim bin Hammad]


Riwayat ini membicarakan bahawa peristiwa ini akan berlaku pada hari Jumaat di pertengahan bulan Ramadhan. Menurut kalendar, hari Jumaat 15 Ramadhan dijangka jatuh pada tarikh 3 Ogos 2012.


Tahun 2012 juga menurut kalendar kaum Maya dan terbongkarnya kod rahsia didalam kitab Injil Perjanjian lama mengatakan dunia akan berakhir pada 21 Disember 2012. Menurut kaum Maya, bumi akan berdepan dengan satu malapetaka yang amat besar yang menyebabkan kehancurannya pada tahun 2012, dan ia akan muncul semula selepasnya.


Pada tahun 1994 , sekumpulan penyelidik dikatakan telah menemukan kod rahsia dari Kitab Injil Perjanjian Lama yang mengatakan bahawa bumi akan menghadapi kehancuran, dimana akan berlakunya perlanggaran asteroid dengan bumi.


Ada juga dikalangan astrologi yang mempercayai bahawa PlanetX atau Nibiru akan memberi kesan yang hebat kepada bumi, Tidak akan berlaku perlanggaran diantara bumi dan Nibiru, akan tetapi planet ini mempunyai kuasa magnetik kuat yang boleh mengganggu stabiliti bumi apabila ia berada berdekatan dengan bumi.


Mengenai Hadith
Hadith diatas tadi (mengenai peristiwa hari Jumaat 15 Ramadhan) ini dikeluarkan oleh Nuaim bin Hammad didalam kitab al-Fitan, dimana sanadnya ada seorang yang bernama Ibn Lahee’ah yang sangat buruk ingatannya. Terdapat juga didalam sanad tersebut Abdul Wahhab yang dikatakan majhul (tidak dikenali) sebagaimana yang dinyatakan oleh Ibn Hajar dan al-Hakim (Lisan al-Mizan). Terdapat juga didalam sanad tersebut individu yang bernama Muhammad bin Thabit al-Banaani yang dianggap lemah oleh Ibn Hibban dan Ibn ‘Adi.


Menurut Shiekh Sulaiman bin Nasir al-Ulwan, hadith ini lemah dan terdapat didalamnya orang-orang yang diragui, dan kita tidak boleh bergantung kepada riwayat tersebut. Hadith yang dinyatakan diatas menurut Dr Salman Audah, didalam ruangan fatwanya di islamtoday (2009), kesemua hadith-hadith yang menceritakan tetang suara jeritan yang kuat pada pertengahan Ramadan statusnya Sangat Lemah (Dhaef Jiddan) dan Palsu (Maudu’). Menurut al-Zahabi didalam Kitabnya Siar A’lam Nubala’, hadith ini Palsu, dan matannya (isi kandungan) pelik (gharib) dan tidak boleh digunakan untuk berhujah. Ibn al-Jawzi juga menghimpunkan riwayat ini didalam kitab al-Maudhuaatnya sebagai status Palsu.


Secara teknikal didalam ilmu hadith, riwayat diatas tidak boleh dijadikan sandaran, kerana statusnya samada sangat lemah atau palsu. Hadith ini tidak boleh digunakan untuk menjadi kayu ukur mengenai tarikh berlakunya kiamat.


Menafikan teori kalendar Maya dan planet Nibiru
Menurut seorang pakar pengkaji kaum Maya, Mark Van Stone, tidak ada sebarang petunjuk didalam kaum Maya atau Aztec yang mencadangkan wujudnya perubahan apa-apa pada tahun 2012.


Menurut Susan Milbrath, kurator Seni dan Arkib Amerika Latin yang berpusat di Muzium Florida berkata : Kami tidak mempunyai rekod atau maklumat bahawa puak Maya boleh berfikir yang dunia akan tamat pada tahun 2012. Sandra Noble, Pengarah Eksekutif Yayasan Kajian Mesoamerican, mengatakan bahawa perkara ini adalah satu fabrikasi dan menjadi peluang untuk orang menjana duit. Menurut pihak NASA, malahan 21 Disember 2012 tidak wujud didalam calendar Maya.


Pihak NASA juga mengatakan bahawa tidak ada tanda-tanda planet akan terkeluar dari paksinya sekurang-kurangnya untuk beberapa dekad yang akan datang. Bumi tidak mungkin akan keluar dari orbitnya pada tahun 2012.


Memang setiap tahun Bumi dan Matahari menyelaraskan (align) kearah kedudukan tengah Galaksi Milky Way, akan tetapi ini merupakan kejadian tahunan yang tidak memberi kesan kepada apa-apa..


Mengenai apakah benar-benar Planet X atau Nibiru wujud? Pihak NASA mengatakan bahawa ini merupakan penipuan internet. Tidak ada dasar kenyataan mereka. Jika benar Planet X benar wujud dan menuju kearah bumi pada tahun 2012, maka sudah tentu ramai para astronomi sudah mengenal pasti planet ini dan planet itu sendiri dapat dilhat dengan mata kasar kerana tahun 2012 akan muncul tidak lama lagi.


Fenomena ini juga dikaitkan dengan kalendar Maya ini. Pernah Mei 2003 dikatakan kiamat akan berlaku, namun tidak berlaku apa-apa dan tarikh itu telah dipindahkan ke 2012.


Sikap orang Islam
Jika kita di tanya dengan soalan bilakah akan berlaku kiamat? Katakan : hanya Allah yang mengetahui. Sains tidak mungkin dapat menjangka dengan tepat bilakah akan berlaku kiamat. Firman Allah swt :-


إِنَّ السَّاعَةَ آتِيَةٌ أَكَادُ أُخْفِيهَا لِتُجْزَى كُلُّ نَفْسٍ بِمَا تَسْعَى. فَلَا يَصُدَّنَّكَ عَنْهَا مَنْ لَا يُؤْمِنُ بِهَا وَاتَّبَعَ هَوَاهُ فَتَرْدَى.


“Sesungguhnya hari kiamat itu tetap akan datang, yang Aku sengaja sembunyikan masa datangnya supaya tiap-tiap diri dibalas akan apa yang dia usahakan. Maka janganlah engkau dihalangi daripada mempercayainya oleh orang yang tidak beriman kepadanya serta dia menurut hawa nafsunya; kerana dengan itu engkau akan binasa. Maka janganlah engkau dihalangi daripada mempercayainya oleh orang yang tidak beriman kepadanya serta dia menurut hawa nafsunya; kerana dengan itu engkau akan binasa.” [surah Taha : 15 - 16].


Banyak sekali petanda-petanda yang menunjukkan hari Kiamat akan berlaku, akan tetapi tiada siapa yang tahu melainkan Allah.


Ramalan-ramalan yang didapati di internet yang menunjukkan 2012 akan berlaku kiamat adalah sama sahaja seperti ramalan kiamat yang sepatutnya berlaku pada tahun 2000 dan jelas tiada apa pun terjadi. Ini menunjukkan bahawa hanya Allah swt sahaja yang tahu bilakah masanya. Firman Allah swt :


يَسْأَلُونَكَ عَنِ السَّاعَةِ أَيَّانَ مُرْسَاهَا قُلْ إِنَّمَا عِلْمُهَا عِنْدَ رَبِّي لَا يُجَلِّيهَا لِوَقْتِهَا إِلَّا هُوَ ثَقُلَتْ فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ لَا تَأْتِيكُمْ إِلَّا بَغْتَةً يَسْأَلُونَكَ كَأَنَّكَ حَفِيٌّ عَنْهَا قُلْ إِنَّمَا عِلْمُهَا عِنْدَ اللَّهِ وَلَكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ


“Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang hari kiamat: Bilakah masa datangnya? Katakanlah: Sesungguhnya pengetahuan mengenainya hanyalah ada di sisi Tuhanku, tidak ada sesiapa pun yang dapat menerangkan kedatangannya pada waktunya melainkan Dia. (Huru-hara) hari kiamat itu amatlah berat (menggerunkan makhluk-makhluk yang ada) di langit dan di bumi; ia tidak datang kepada kamu melainkan secara mengejut. Mereka bertanya kepadamu seolah-olah engkau sedia mengetahuinya. Katakanlah: Sesungguhnya pengetahuan mengenai hari kiamat itu adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui. ” [surah al-'Araaf : 187].


Bagi kita yang beriman dengan apa yang Allah turunkan (al-Quran), seharusnya kita tidak mudah mempercayai berita-berita yang tersebar diinternet. Mungkin ada yang bertanya, bukankah realitinya banyak sekali berlakunya gempa bumi disana-sini dan baru-baru ini dunia dikejutkan oleh tsunami yang berlaku di Jepun, bukankah itu petanda kiamat?


Benar, Islam mengajar kita akan alamat-alamat kiamat, sehinggalah turunnya nabi Isa as. Pokok persoalan yang dibincang adalah penetapan tarikh kiamat. Malah, kematian Nabi Muhammad :saw itu sendiri menandakan bumi sudah sampai penghujungnya. Baginda adalah penutup segala Nabi, dan sudah tentu kematian baginda menandakan bila-bila masa akan berlaku kiamat.

Allah MAHA MENGETAHUI~

sumber : http://busuk.org/ping/view/262163


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
 Lelaki berani mungkin akan kalah tetapi tidak akan mengalah.
Baca Seterusnya...

Baling,kedah..air paip turut menjadi keruh


TATKALA meraikan kemenangan Pas menguasai kerajaan Kedah mulai malam 8 Mac 2008, sikap optimis dalam kalangan pendokong gerakan Islam begitu terserlah.

Dengan komposisi penduduk Islam yang mewakili 75 peratus daripada 1.9 juta penduduk tentulah tidak mustahil untuk proses Islamisasi dilaksanakan.

Pun begitu, harapan demi harapan menemui kebuntuan. Paksi kebenaran, istiqamah memperjuangkan hudud, negara Islam, amal maaruf nahi mungkar, world view Islam, kepimpinan beramanah, berlaku adil dan ihsan kepada rakyat seolah-olah tidak lagi serasi dengan kepimpinan Pas Kedah.

Tanpa perlu menoleh kepada isu lebih rumit, teliti sahaja persoalan akhlak muda mudi di Kedah.

Dahulunya Pas begitu mengambil serius peranannya sebagai 'penjaga moral'.

cerita penuh:



للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله. Lelaki berani mungkin akan kalah tetapi tidak akan mengalah.
Baca Seterusnya...

Thursday, 26 July 2012

kenapa tudung rosmah


Teguran Harus Berhikmah, Bukan Dipenuhi Caci-Maki

Assalammualaikum W.B.T dan Salam 1Malaysia

Seringkali juga kita mendengar nama Datin Paduka Seri Rosmah Mansor dijadikan modal oleh pihak pembangkang untuk memburuk-burukkan imej Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak setelah mereka kehabisan isu untuk menfitnah pemimpin negara.

Ustaz Kazem Elias

Cara Datin Paduka berpakaian turut dijadikan modal untuk menghina Perdana Menteri Malaysia dan keluarga sehingga melibatkan serangan berbentuk menjatuhkan maruah. Namun kami sebagai rakyat yang prihatin sedar bahawa sifat dan keperibadian seseorang tidak boleh diukur dengan pakaian. Dan kami juga percaya kelemahan pemimpin boleh ditegur dengan cara berhikmah tanpa perlu melakukan penghinaan. 
Kita doakan agar Datin Paduka akan menutup aurat suatu ketika nanti kerana Allah Taala. InsyaAllah.

ALLAH BERSAMA UMNO


sumber: goblogpolitik.blogspot.com

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله. Lelaki berani mungkin akan kalah tetapi tidak akan mengalah.
Baca Seterusnya...

Tuesday, 24 July 2012

Sokong ISLAM anda selamat ...Islam ...



PEJUANG AGAMA BANGSA NEGARA: Mesti Tonton : Sokong ISLAM anda selamat ...Islam ...

Ustaz Kazim Elias - Marah

Ustaz Kazim Elias - Manusia Paling Jahat

Baca Seterusnya...

Monday, 23 July 2012

Nasrudin Tantawi - bohong ketika debat


PaperWaris: Nasrudin Tantawi buang air kecil diatas pentas deb...: Nasrudin Tantawi- Ketua Pemuda Pas Berita yang tidak berapa mengejutkan sebenarnya kalau nak dibandingkan dengan tajuk yang mengejutkan....

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Lelaki berani mungkin akan kalah tetapi tidak akan mengalah.
Baca Seterusnya...

Friday, 20 July 2012

Tolak pemimpin politik 'ala syaitan'

DEBAT @SinarOnline "TOLAK PEMIMPIN POLITIK ALA SYAITAN" KATA USTAZ FATHUL BARI @IlmuanMalaysia


Mari ikuti debat ini:


SHAH ALAM - Golongan muda perlu menolak pemimpin-pemimpin yang suka mencetuskan huru-hara, menimbulkan propaganda dan persepsi tanpa disokong bukti serta fakta kukuh sehingga menyebabkan fitnah terhadap pihak lain. 

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Malaysia, Fathul Bari Mat Jahaya berkata, sikap ahli politik yang suka menimbulkan persepsi salah terhadap pihak lain diibaratkan seperti politik 'ala syaitan' yang hanya akan memburukkan pihak lain. 

“Banyak kategori pemimpin yang perlu ditolak orang muda antara yang lain ialah mereka yang tidak memiliki kepakaran dalam bidang yang dipimpin. 

“Mana mungkin seseorang yang tidak memiliki kepakaran akan berjaya dalam bidang yang dipimpinnya, justeru, orang muda perlu bijak menilai siapa pemimpin yang akan mereka pilih pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti," kata beliau pada Debat Sinar Harian bertajuk PRU13: Orang Muda Pilih Siapa? yang berlangsung di Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, sebentar tadi. 



Debat yang menemukan beliau dan Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan Tantawi dipengerusikan oleh Pensyarah Jabatan Pengajian Strategik dan Antarabangsa, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya, Prof Datuk Mohamad Abu Bakar. 

Menurutnya, disebabkan golongan muda sinonim dengan perlakuan agresif, parti politik memainkan peranan penting dalam mendidik mereka mengenai cara berpolitik yang betul dan tidak bersandar kepada maklumat yang mereka peroleh daripada laman sosial. 

“Orang muda bertanggungjawab mengubah struktur politik negara pada masa kini, jadi mereka perlu bijak menganalisis maklumat yang mereka peroleh bukan percaya bulat-bulat maklumat yang belum dipastikan sama ada dari fakta yang betul atau salah,” katanya. 

“Apabila mereka suka guna medium itu untuk dapatkan maklumat, tidak menganalisis maklumat yang diperoleh, itu juga akan mencetuskan fitnah terhadap pihak lain dan budaya fitnah ini adalah jelas dilarang dalam Islam,” katanya. 

Sehubungan itu, beliau berkata, golongan muda perlu membenci budaya politik yang mengajak masyarakat membenci pihak lain. 

“Tiada dalam ajaran Islam supaya kita menyuburkan budaya saling benci-membenci ini, ia bukan sahaja akan memecahbelahkan masyarakat malah akan melemahkan kedudukan negara itu sendiri,” katanya


Read more: http://celahgelegar.blogspot.com/2012/07/video-debat-tolak-pemimpin-politik-ala.html#ixzz215edTEiM







للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله. Lelaki berani mungkin akan kalah tetapi tidak akan mengalah.


Baca Seterusnya...

Wednesday, 18 July 2012

Door Of Hacking: Use USB As Ram To Boost Pc Speed In Windows 7

Door Of Hacking: Use USB As Ram To Boost Pc Speed In Windows 7: The more RAM computer, the more speedy and faster the process will do . As we all know that Computer we newly purchase has only 1 GB ...

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.Lelaki berani mungkin akan kalah tetapi tidak akan mengalah.
Baca Seterusnya...

Tuesday, 17 July 2012

10 sebab beliau menjatuhkan hukuman


Kisah 10 Buah Yang Sama (Lawak!)



Tiga orang kawan rapat telah ditangkap oleh puak orang asli yang suka makan daging manusia dan diminta mencari 10 buah yang sama sebagai syarat untuk dilepaskan. Apakah mereka selamat?

Tiga orang lelaki telah tersesat dan masuk ke dalam satu perkampungan orang asli yang suka makan daging manusia. Ketua puak tu pun mengarahkan anak buahnya supaya membunuh ketiga lelaki itu utk dijadikan santapan. Ketiga lelaki itu pun merayu dgn sepenuh hati supaya mereka dibebaskan.

Oleh kerana mereka merayu dgn bersungguh-sunggguh, ketua puak itu pun setuju utk melepaskan mereka dengan satu syarat. Syaratnya ialah mereka perlu mencari 10 biji buah dari jenis yang sama. “Ah.. nie simple punya keje”.. kata mereka dalam hati.




Maka mereka pun berpecah ke dalam hutan untuk mencari buah-buahan tersebut dengan diiringi oleh beberapa lelaki dari puak tersebut. Lelaki yang pertama keluar dengan membawa 10 buah nenas. Kemudian berkata ketua puak kepada anak buahnya, ” Sumbatkan buah tersebut ke dalam punggungnya, kalau dia mengeluarkan bunyi, bunuh dia!” Lalu buah nenas itu pun disumbatkan kedalam punggung lelaki malang tersebut. Pada buah nenas yang kedua, lelaki itu pun menjerit dan dia pun dibunuh.
Kemudian lelaki kedua pun muncul. Dia membawa 10 biji ciku bersamanya. Dia pun dikenakan tindakan yang sama.Oleh kerana buah ciku kecil, lelaki itu dapat bertahan sehingga buah ciku yang kelapan. Pada masa ini, tiba-tiba lelaki tu ketawa. Maka dia pun dibunuh.




Apabila sudah mati, roh orang yang pertama pun berjumpa ngan roh orang yang kedua. “Kenapa kamu ketawa pada buah ciku yang kelapan?” tanya roh pertama. Jawab roh yang kedua, “Aku nampak rakan ketiga kita tu keluar dengan membawa 10 biji buah durian!!”

*Lawak je....senyum la skit~

Dalam laporan keputusan bertulis Hakim Datuk Ariffin Jaka, yang dikeluarkan pada 30 April 2001, setebal 206 halaman itu, beliau memberikan 10 sebab beliau menjatuhkan hukuman penjara sembilan tahun ke atas Anwar dan enam tahun ke atas Sukma.
Antara sebab mereka didapati bersalah ialah kerana;
1. Pembelaan alibi kedua-dua tertuduh tidak meliputi keseluruhan Januari hingga Mac 1993 seperti yang dicatatkan dalam tuduhan. Pembelaan alibi mereka hanya meliputi dari 4 Februari hingga 31 Mac 1993 dan oleh itu, ia gagal.
2. Pembelaan kedua-dua tertuduh bahawa mereka tidak pernah ke Tivoli Villas pada jam 7.45 malam di antara Januari dan Mac 1993 juga gagal berdasarkan keterangan Azizan yang diterima mahkamah sebagai benar dan boleh dipercayai.
3. Pembelaan konspirasi untuk mengada-adakan bukti gagal dibuktikan dengan keterangan yang boleh diterima pakai dan meyakinkan.
4. Pengakuan Sukma Darmawan dibuat secara sukarela.
5. Kebenaran pengakuan itu (Sukma) berjaya dibuktikan terhadap kedua-dua tertuduh.
6. Terdapat sokongan keterangan Azizan.
7. Kewibawaan Azizan diterima mahkamah.
8. Sukma Darmawan gagal menimbulkan keraguan terhadap kes bersubahat dengan Anwar. Terdapat cukup bukti dia bersubahat dengan Anwar melakukan perbuatan liwat ke atas Azizan.
9. Keputusan mahkamah bahawa keterangan pembelaan gagal menimbulkan sebarang keraguan kes pendakwaan.
10. Mahkamah juga mendapati pendakwa berjaya membuktikan kesnya mengatasi keraguan munasabah terhadap kedua-dua tertuduh..
Ariffin berkata, Anwar dan Sukma Darmawan disabitkan kesalahan meliwat Azizan kerana mereka gagal membuktikan pembelaan alibi yang mereka kemukakan kepada mahkamah



للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله. 
 Lelaki berani mungkin akan kalah tetapi tidak akan mengalah.
Baca Seterusnya...

Monday, 16 July 2012

Hentikan politik biadab


Hentikan politik biadab:

''Janganlah kita mudah terpedaya dengan gelagat serta tindakan yang hanya akan mencemarkan martabat kita, mengundang risiko yang tinggi terhadap kemajuan kita, serta menghakis asas-asas kedaulatan negara ini dengan sifat-sifat keji serta biadab, derhaka, angkuh, jahil ilmu dan kemaruk kuasa.''



Demikianlah titah tegas yang dikeluarkan oleh Sultan Selangor Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj kelmarin.

Kenyataan itu merujuk kepada kemelut politik Perak yang menyaksikan bagaimana biadapnya pihak-pihak tertentu mempertikaikan keputusan Sultan Perak Sultan Azlan Shah yang memperkenankan langkah Barisan Nasional (BN) menubuhkan kerajaan negeri.

Sememangnya, tindakan pihak-pihak tersebut yang dilihat terlalu kemaruk kuasa telah menyebabkan mereka bertindak di luar kewarasan.

Mereka melupakan tata susila sebagai orang Melayu dan biarpun keputusan telah dibuat oleh seorang sultan yang harus dipatuhi dan dihormati tetapi mereka tidak mempedulikannya.

Puak terlibat mengadakan demonstrasi, berkeras mahu mempertahankan jawatan, tidak akur kepada perintah dan lebih rela berkata, ''patik mohon derhaka'.

Titah tegas Sultan Selangor itu seharusnya menyedarkan pihak-pihak berkenaan bahawa mereka sudah jauh menyimpang daripada asas berpolitik yang sebenar.

Persoalannya, kenapakah politik biadab ini semakin berkembang? Sebelum tahun 1998, kita rakyat negara ini tidak pernah berhadapan dengan situasi seumpama ini.

Apa juga keputusan yang dibuat sama ada oleh pihak berkuasa, istana mahupun mahkamah akan dipatuhi. Tetapi sekarang arahan pihak berkuasa dianggap berunsur politik, perintah istana diingkari manakala mahkamah pula dianggap sudah dikuasai.

Adalah tidak keterlaluan kalau kita mengatakan bahawa amalan politik biadab ini dipelopori oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR). Pemimpin-pemimpin parti itu sebenarnya mengajar rakyat supaya menjadi angkuh, jahil ilmu dan kemaruk kuasa.

Mereka mengamalkan politik matlamat menghalalkan cara dan apa yang berlaku di Perak sudah menjadi bukti. Akibat daripada perasaan tidak puas hati mereka turun ke jalanan mengadakan demonstrasi sehinggakan menganggu majlis rasmi yang dihadiri oleh sultan.

Tidak cukup dengan itu, pemimpin- pemimpin pembangkang yang sudah jelas hanya mengikut telunjuk pemimpin PKR sanggup menyeret masalah politik yang berlaku ke mahkamah.

Biarpun apa juga bentuk tindakan undang-undang yang difailkan tetapi selagi ia berkaitan dengan apa yang berlaku dalam politik Perak maka selagi itulah ia berkaitan dengan Sultan Azlan.

Justeru tidak perlu pihak-pihak berkenaan termasuk bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin berdolak-dalih dalam soal ini.

Pelajar sekolah pun mengetahui apabila Nizar mengemukakan saman meminta pengisytiharan bahawa pelantikan Menteri Besar yang baru, Datuk Dr.Zambry Abdul Kadir tidak sah ia berkaitan dengan Sultan Azlan Shah.

Ini kerana baginda yang memperkenankan pelantikan berkenaan, oleh itu kenapa perlu Nizar dan pemimpin-pemimpin pembangkang bermain sandiwara bagi menyembunyikan perbuatan penderhakaan yang cuba mereka lakukan?


Dalam soal ini, ramai mengetahui siapa dalangnya sehingga memungkinkan semua itu berlaku. Tetapi malangnya 'tok dalang' yang terlibat mengamalkan sikap 'baling batu sembunyi tangan' dan cuba menunjukkan PKR tidak terlibat.

Sedangkan kalau dikaji siapakah dahulu yang menguar-uarkan amalan menubuhkan kerajaan melalui pintu belakang? Siapakah yang mengajar orang Melayu berdemonstrasi menentang kerajaan dan siapa yang acap kali melakukan fitnah kepada pemimpin kerajaan?

Apabila PKR cuba menunjukkan mereka baik, yang menjadi mangsa ialah Pas yang setakat ini seolah-olah tidak mampu mengawal keghairahan Nizar untuk terus mempertahankan kekuasaannya.



Pas lebih banyak mendiamkan diri dan membiarkan sahaja Nizar 'diusung' oleh pemimpin-pemimpin DAP ke hulu hilir termasuk ke mahkamah dalam menegakkan benang yang sama. Keadaan itu mengesahkan andaian pelbagai pihak sebelum ini bahawa biarpun Pas yang menjadi Menteri Besar tetapi yang berkuasa adalah orang lain.


Sebenarnya, itu hak Pas dan DAP untuk menentukan corak kerjasama mereka tetapi janganlah kerana kuasa mereka cuba menggugat institusi orang Melayu iaitu raja-raja Melayu.

Pemimpin-pemimpin Pas di peringkat pusat perlu menyatakan pendirian mereka dengan jelas, apakah benar mereka merestui tindakan Nizar.

Selain itu tindakan penyokong Pas turun ke jalanan berdemonstrasi sudah jelas menunjukkan bahawa parti itu semakin dipengaruhi oleh budaya mob yang diperkenalkan oleh PKR.

Imej Pas kini semakin tercalar biarpun selama ini kalau kita perhatikan pemimpin parti itu sentiasa rasional dalam menghadapi sesuatu situasi politik.

Tetapi oleh kerana bimbang pakatan pembangkang terjejas, mereka membiarkan sahaja Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendalangi segala-galanya biarpun dari satu segi, Pas boleh bersuara memandangkan Nizar membawa panji-panji parti tersebut.

Kini PKR tidak berbuat apa-apa, mereka melihat sahaja gelagat pemimpin dua parti lain dalam pakatan pembangkang bergelut dalam isu di Perak. PKR cuba menunjukkan bahawa mereka tidak terlibat tetapi di Selangor sudah ada penganjuran ceramah bertajuk 'Krisis politik di Perak'.



Pemimpin PKR sengaja merancang segala kekalutan di Perak bagi mencetuskan suasana tidak tenteram.

Ia juga bagi menutup rasa malu Anwar selepas apa yang dikejar oleh beliau untuk merampas kuasa melalui lompat parti pada 16 September lalu tidak dapat tetapi sebaliknya terpaksa menyaksikan apa yang dikendong di Perak berciciran.


Anwar ternyata terkejut dengan apa yang berlaku di Perak, jika beliau jujur sudah pasti sebagai Ketua pembangkang yang dilihat lebih berpengaruh daripada Lim Kit Siang, Karpal Singh, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Datuk Nik Abdul Nik Mat, Anwar mampu menghalang kekalutan daripada berlaku.

Teguran yang dibuat Sultan Selangor itu harus dipandang serius oleh orang Melayu kerana seharusnya tidak ada mana-mana kelompok dalam kaum berkenaan bertindak hendak mencemarkan institusi raja-raja Melayu.


Amalan politik biadab dan derhaka harus dihentikan. Orang Melayu tidak akan mendapat apa-apa jika institusi milik mereka terus dicemari hanya semata-mata kerana marah akibat kehilangan kuasa.

Janganlah kerana gila kuasa, kita menggalakkan rakyat turun ke jalanan memaki hamun pihak tertentu sehingga meminggirkan tata susila sebagai orang Melayu.

Kita mempunyai cara, adat, tata susila dan peraturan dalam melahirkan perasaan secara demokrasi iaitu melalui pilihan raya. Justeru tidak perlulah kerana dipengaruhi oleh nafsu serakah untuk terus berkuasa, kita mengamalkan politik biadab. Orang Melayu tidak untung apa-apa melalui amalan politik seumpama itu, sebaliknya ia hanya akan melemahkan mereka sendiri dan apabila keadaan tersebut berlaku maka pihak lain akan mengambil kesempatan.

Oleh itu sebelum segalanya terlambat hentikanlah politik keji berkenaan, jangan sampai akibat terlalu ghairah untuk memperolehi kuasa politik suatu hari kelak orang Melayu menjadi pelarian di tanah air sendiri. Ketika itu menangis air mata darah sekali sudah tidak berguna lagi.

Oleh: ZULKIFLEE BAKAR 


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله. Lelaki berani mungkin akan kalah tetapi tidak akan mengalah.
Baca Seterusnya...

Saturday, 14 July 2012

akibat berlakunya tragedi rusuhan kaum




Kita terlalu asyik bercerita dengan parti parti yang mendominasikan pentas politik kita hari ini, tidakkah kita lupa kepada Parti Sosialis Malaysia (singkatan: PSM). PSM merupakan sebuah parti politik berideologikan sosialisme di Malaysia. PSM merupakan parti serpihan Parti Rakyat Malaysia (PRM) lantaran parti itu yang menggugurkan 'Sosialis' dari nama asalnya Parti Sosialis Rakyat Malaysia (PSRM). PSM ini ditubuhkan pada tahun 1998, tetapi pendaftaran parti ini selalu ditolak dengan alasan "mengancam keselamatan negara". Namun demikian, parti ini masih menghantar calon bertanding dalam Pilihan Raya Umum dengan tiket parti pembangkang lain.Akhirnya pada 10 September 2008, parti ini berjaya didaftar dan wakil rakyat parti ini bermula mewakili parti ini di dewan undangan. Sebelum itu kedua-dua orang wakil rakyat yang sedia ada mewakili Parti Keadilan Rakyat (PKR) selepas menang dengan tiket PKR. 

Disebabkan parti ini tidak dapat didaftarkan, oleh itu calon-calon yang dihantar terpaksa bertanding dengan tiket parti lain. Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1999, mereka menggunakan tiket Parti Tindakan Demokratik (DAP). Tetapi menjelang Pilihan Raya Umum Malaysia 2004, DAP enggan membantu PSM dengan tuduhan "tidak pernah bertegur sapa", oleh itu calon-calon PSM beralih mendapat bantuan daripada Parti Keadilan Nasional (KeADILan).
Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang menggantikan Parti Keadilan Nasional (KeADILan) setelah bergabung dengan Parti Rakyat Malaysia (PRM) terus membenarkan calon-calon PSM bertanding dengan tiket PKR. Namun terdapat seorang calon PSM yang bertanding sebagai seorang calon bebas menggunakan lambang kunci, iaitu calon untuk kawasan Dewan Undangan Negeri Jelapang di negeri Perak. Di kawasan ini sudah terdapat seorang calon parti pembangkang, iaitu Hee Yit Foong dari DAP. S. Arutchelvan juga bertanding bagi DUN Semenyih di Selangor. Akhirnya, PSM mempunyai dua orang calon yang menang di bawah tiket PKR, iaitu Michael Jeyakumar dari kawasan Parlimen Sungai Siput negeri Perak, dan Pengerusi parti Dr. Mohd Nasir Hashim dari kawasan DUN Kota Damansara negeri Selangor.




Suntingan:
Barisan Sosialis atau Socialist Front (SF) atau nama penuhnya Barisan Sosialis Rakyat Malaya (Malayan People's Socialist Front) dibentuk pada 26 Ogos 1958, terdiri daripada Parti Rakyat Malaya (PRM) dan Parti Buruh Malaya (LPM) pada mulanya dan disertai kemudiannya Parti Perhimpunan Kebangsaan atau National Convention Party (PPK) bagi membentuk satu pakatan politik yang telah bergiat cergas dan mendominasi beberapa pihak berkuasa kerajaan tempatan di Semenanjung Malaysia pada era 1950-an dan 1960-an.[1]
Dalam Pilihan raya umum Tanah Melayu 1959 yang pertama, SF telah memenangi 8 kerusi di peringkat kebangsaan menjadikannya party yang ketiga besar di Parlimen Malaysia selepasPERIKATAN dan Parti Islam Se-Malaya (PAS).
Semasa rancangan Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman untuk mengembangkan Tanah Melayu menjadi satu persekutuan yang lebih besar Malaysia pada 1961 telah mengamitkan kerjasama di antara pelbagai parti pembangkang di Parlimen. Maka SF telah berkerjasama dengan Parti Negara, Parti Progresif Penduduk (PPP), Parti Demokratik Bersatu atau United Democratic Party (UDP) dan Parti Islam Pan-Malaysia (PMIP), untuk membantah rancangan yang dilihat sebagai agenda tersendiri PERIKATAN.
Sementara itu, SF juga memperkuatkan penguasaannya di peringkat kerajaan tempatan seperti di Pulau Pinang, di mana SF telah menguasai 14 dari 15 kerusi bagi kerajaan tempatanGeorge Town selepas pilihan raya Majlis Bandaran pada 1961. Pada 1965, SF telah menguasai majlis bandaran di Pulau Pinang dan Melaka serta juga majlis tempatan di Seremban danSerdang. Faktor-faktor kemiskinan, gaji upah yang kecil dan kesihatan serta perkhidmatan bekalan elektrik dan air menjadi tapak sosialisme berkembang ketika itu. Aktivis kesatuan sekerja, N. Patkunam, seorang ahli pengasas dan ahli jawatankuasa pusat Parti Buruh Malaya telah memenangi kerusi majlis tempatan Sungai Pinang pada pilihan raya 1958 dan 1961 dan seterusnya dilantik Timbalan Datuk Bandar pada 1960. Sebagai seorang guru yang muda, beliau telah menjual tanah pusaka ibu bapanya di Green Lane dan menyerahkan hasil jualannya kepada partinya demi untuk memperjuangan menwujudkan satu masyarakat sosialis yang dapat menbenteras kemiskinan dan mendokong pembahagian kekayaan negara secara adil dan saksama.
SF telah bertambah kukuh apabila bekas Menteri Pertanian (1955-63), Abdul Aziz Ishak, membawa parti barunya Parti Perhimpunan Kebangsaan atau National Convention Party (PPK) untuk menyertai gabungan Barisan Sosialis (SF) apabila beliau disingkirkan daripada UMNO.[2] Kerana tekanan hasil pengaruh SF yang berkembang, kerajaan persekutuan Perikatan telah berusaha menjatuhkannya melalui propaganda mengaitkan sosialisma dengan komunisma dan mendakwanya anti-agama. Pengaruh puak berhaluan kiri SF yang bertambah semakin kuat telah menyebabkan tindakan keras dari kerajaan Perikatan pimpinan UMNO.
Pada 1963, sejurus selepas peristiwa Konfrontasi Indonesia-Malaysia pada 1963, kerajaan telah mengambil tindakan ke atas beberapa ahli politik dan aktivis pembangkang. SF dilihat sebagai pro-Indonesia dan semua pemimpin Barisan Sosialis telah diberkas. Antara mereka yang ditahan dan ditangkap ialah Ahmad Boestamam (presiden PRM), Ishak Haji Muhammad (presiden PBM), Abdul Aziz Ishak (presiden PPK) serta Datuk Kampo Radjo (kemudian menjadi presiden PRM), Tan Kai Hee, Tan Hock Hin, Dr. Rajakumar, Hasnul Hadi, Tajuddin Kahar dan ratusan yang lain. Rapat umum dan demonstrasi besar-besaran telah diadakan pada 13 Februari 1965 di Kuala Lumpur sempena ulang tahun kedua penahanan Ahmad Boestamam[3] dan lain-lain untuk menentang penangkapan beramai-ramai aktivis dan pemimpin SF di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan tuduhan penglibatan kegiatan "subversif". Akibatnya pada Pilihan raya umum Malaysia 1964, SF hanya dapat memenangi 2 kerusi. Pembatalan pilihan raya kerajaan tempatan 1965 selepas pengisytiharan Darurat pada 1964 akibat Konfrontasi terus memberi kesan dan melemahkan pengaruh SF.[4]
Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1969, Barisan Sosialis (SF) yang sebelum ini bertanding dan berjaya dalam Pilihan Raya Umum Tanah Melayu 1959 dan Pilihan Raya Umum Malaysia 1964 telah roboh berikutan pertikaian antara Parti Rakyat Malaya (PRM) dan Parti Buruh Malaya (LPM) mengenai isu-isu bahasa dan lain-lain meninggalkan PRM bertanding 6 kerusi di atas dirinya sendiri.[5] Barisan Sosialis akhirnya terus semakin lemah dan terkubur kerana mendapat tekanan kuat dari pihak kerajaan pemerintah akibat berlakunya tragedi rusuhan kaum Peristiwa Mei 13 pada 1969.



* Kita sedar atau tidak tujuan asal parti ini?
ianya akan mengakibat berlakunya tragedi rusuhan kaum....



للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله. 
 Lelaki berani mungkin akan kalah tetapi tidak akan mengalah.
Baca Seterusnya...

Friday, 13 July 2012

jayanegara sigila isim ilmu kebal

niat yang tertulis sebelum dia mati

ADAKAH DIA INI SALAH SEORANG MELAYU YANG TERAMBIL ILMU LARANGAN??


Gila dan Gila Isim part 2

Salam,

Agak lama jugak saya tak bercerita kat sini. Kali ini saya nak bercerita sikit tentang gila isim dan gila itu sendiri. Sambungan gila isim part 1. Tempohari ada tetamu datang ke rumah saya satu family. Isterinya rungsing tentang suaminya yang kadang kala betul dan kadang kala tidak. Saya sebenarnya tak begitu pandai bab-bab nak mengajar orang lebih-lebih lagi nak mengubat orang. Ikutkan aliran yang saya belajar, kami tak mengubati orang, kami hanya mengajar orang mengubati diri mereka sendiri. Sesungguhnya ubat itu ada pada diri kamu sendiri kata Saidina Ali R.A.

Saya kasihankan isteri si sakit ini. Saya dan isteri faham dan pernah mengalami masalah kecelaruan dan gangguan jin yang menjurus kepada gila isim. Saya dan isteri pernah merasa gila isim itu, dan kami faham derita dan tekanan yang dihadapi oleh si isteri dan si suami. Saya minta maaf kepada pn. XYZ jika saya bercerita serba sedikit tentang kejadian tempoh hari.
gambar hiasan rupa pemikiran orang gila

Untuk makluman, saya membuat blog ini semata-mata nak menyampaikan yang Haq hanya kerana Allah. Saya tak dapat duit pun buat blog nie, kalau yang biasa berblog nie faham yang tiada income yang boleh dijana melalui blog kecualilah blog saya nie ada 100,000 pengunjung sehari. kalau macam tu, ada cara nak buat duit pakai adsense. Mostly saya buat kerana Allah semata-mata. Saya kerja makan gaji, berjalan kesana dan kesini mencari rezeki yang halal untuk keluarga saya.

Saya dan isteri pernah merasa gila isim. Nak tahu gila isim tu macam mana? ada sesuatu yang bercakap dengan anda samaada didalam hati or ditelinga anda. Benda ini akan menyarankan dan memberikan idea yang pelik-pelik dan lambat laun anda akan termakan dan terikut kata-katanya. Mostly benda ini akan mengaku diri sebagai tuhan yang akan memberikan anda pelbagai kelebihan dan ilmu. benda nie jugak akan memesongkan pemikiran anda sehingga satu tahap anda akan masuk kealam jin tanpa sedar. Anda akan berada ditengah-tengah antara alam jin dan alam manusia dan anda akan sampai satu tahap, anda akan nampak benda yang tak masuk akal. Saya dan isteri nampak tulisan dilangit, bulan beratib dan pelbagai lagi pemandangan yang tak masuk di akal. kawan seguru saya pulak nampak bulan berbentuk 4 segi dan kereta bertukar menjadi kapal terbang. Bayangkan anda nampak kapal terbang bersimpang siur kat jalan raya menggantikan kereka.

Mostly benda yang mengaku diri tuhan ini akan bercakap dengan anda dan sampai masa anda akan diberikannya kelebihan yang tiada pada orang biasa, Anda akan diajar dgn ilmu yang pelik2 dan diajar ilmu keagamaan. Macam-macam jenis penipuan anda akan dapat jika anda dah sampai ditahap gila isim ini. masa itu agak sukar untuk anda membezakan suara hati anda dan benda tu sebab bunyinya sama. Anda ingat anda yang bercakap didalam hati, tetapi sebenarnya jin lah yang bercakap.

kebiasaannya jika anda dah ternampak benda yang tak masuk di akal, kebiasaannya anda dah berada diambang gila isim. Silap gaya anda akan jadi gila isim terus dan hanyut dipermainkan makluk durjana jin tu. Gila isim ini nampak macam sekejap OK sekejap tidak, tetapi sebenarnya sepanjang masa tak OK.

Kebanyakkan yang pernah belajar dari ustaz mail pernah mengalami fasa gila isim nie, dan alhamdullilah dapat diselamatkan dengan izin Allah termasuklah saya sekeluarga. Sukar untuk sesiapa faham dan terima punca sakit itu sendiri. Ambilan ilmu. Anda ada terambil/ terbelajar ilmu (termasuklah ilmu agama) yang separa bathil ataupun terang bathil. Jin pendamping dari ilmu bathil inilah yang menggangu anda. Mostly ada yang suami isteri dua-dua mengalami gila isim, ada hanya seorang sahaja yang mengalaminya. bab itu sebenarnya tertakluk kepada bahagian masing-masing yang ditetapkan Allah.

Hanya orang yang pernah mengalaminya akan faham perasaan dan simptom gila isim nie. Ada sesetengah pesakit tak sedar dirinya sakit, itulah yang paling sukar nak dibantu. Saya dan isteri sedar yang kami pada masa itu sedang mengalami fasa gangguan gila isim dan kami cepat-cepat mencari bantuan. Kepada pembaca yang mengalami masalah gila isim, ataupun yang terdekat dengan anda mengalaminya, cepat-cepatlah bertindak mencari bantuan.

Kebiasaaanya gila isim ini akan menyebabkan anda kehilangan kerja, kehilangan pasangan anda dan juga anak-anak anda. Lama kelamaan jika tak dibendung anda akan kehilangan kewarasan anda, dan akhirnya gila total. bahayanya anda akan kehilangan dunia dan juga mungkin akhirat.

Wallahu aklam...

Ilmu Kebal Part 2


ilmu kebal termasuk dalam kategori ilmu bathil yang terang. Ustaz mail dahulu salah satu ilmu bathil yang pernah dia terambil time2 dia jahil ialah ilmu kebal. masa 13 mei 1969. Masa tu ramai org melayu terambil ilmu nie dgn alasan yang sama iaitu darurat dan terpaksa. Itu adalah satu masa yang malang bagi org islam melayu kerana ramai yang terambil ilmu mcm nie. Yang berlaku kepada ustaz mail, memang badan dia tak lut dek senjata tetapi dalam batin dan imannya lemah. Semakin dia usaha untuk mendekatkan diri dgn Allah, semakin dia jauh dari Allah. Time tu dia buat tabligh merata tempat.

Alhamdullilah dia dah berjaya keluarkan ilmu kebalnya dan akhirnya Allah memperkenankan hajatnya memulangkan ilmu kebalnya. Yang berlaku dkt kawan seguru saya pun hampir sama. Dia menuntut ilmu selendang merah, sememangnya kebal badannya. kalau bergaduh tak pernah nak kalah. tetapi nak solat aje, ada benda hitam berdiri depan kain sejadahnya. Selain dari tu bunyi pahat tak kira siang malam mengekori kemana sahaja dia pergi (atas syiling).

ceritanya kalau ilmu kebal ini tergolong dalam ilmu yang haq, dah pasti ada cerita-cerita para sahabat yang dapat menguasai ilmu ini dan sudah pasti Rasullulah s.a.w dan para sahabat dah dapat ilmu ini dan amalkan. Ilmu kebal itu bathil kerana ianya menjauhkan diri anda dari syahid. Para sahabat dan bait Rasullulah s.a.w semua berlumba nakkan syahid, kita semua berlumba-lumba nak kebal??? kalau kebal mcm mana nak dapat ganjaran syahid?? Kalau kebal pun, kulit yang kebal, kat dalam (iman dan bathin) langsung tak kebal. kalaulah ilmu kebal ini haq, Rasullulah s.a.w pasti dah kebal dan para-para sahabat pun semua kebal. rasullulah adalah gedung ilmu dan contoh kepada semua umatnya.

kawan saya dah rasa, ustaz mail sendiri dah rasa penangan ilmu kebal ni. Saya takde ilmu kebal, cuma dulu ada ilmu kuat badan. accidentlah banyak mana pun, langsung tak patah..luka2 adalah. Alhamdulillah saya dah berjaya pulangkan ilmu nie.

terpulanglah kepada semua nak percaya atau tidak. Kawan saya amat bersyukur kerana Allah tunjukkan ilmu yang banyak menggangu darinya dan keluarga ialah ilmu kebal selengpang merah. Alhamdulillah dia dalam proses memulangkan segala ilmu bathil yang dia pernah ambil secara sengaja dan tidak.

wallahuaklam



" Ustaz mail dahulu salah satu ilmu bathil yang pernah dia terambil time2 dia jahil ialah ilmu kebal. masa 13 mei 1969. Masa tu ramai org melayu terambil ilmu nie dgn alasan yang sama iaitu darurat dan terpaksa. Itu adalah satu masa yang malang bagi org islam melayu kerana ramai yang terambil ilmu mcm nie."

artikel diatas itu menceritakan sedikit bagaimana effeck dan dimana ada kebarangkalian si gila isim/sesat itu cuba menyerang putrajaya berbekalkan pedang samurai?


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Lelaki berani mungkin akan kalah tetapi tidak akan mengalah.
Baca Seterusnya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!