Friday, 9 December 2011

Video Anwar Berdua-duaan dengan Samsidar?!

*SUDAH DIPADAMKAN*


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Tuesday, 13 September 2011

Pesanan Luqman Al-Hakim

Luqman al-Hakim banyak meninggalkan pesanan berguna untuk umat manusia; khususnya orang Islam. Beliau dikurniakan akal tajam serta dapat menilai keadaan sekelilingnya. Nasihat yang keluar dari mulutnya bagaikan mutiara yang tidak ternilai harganya hingga diguna dan diamalkan hingga sekarang.

Berikut pesanan Luqman yang wajar dihayati:
  • Sesiapa yang melihat keaiban diri sendiri, dia tidak akan peduli keaiban orang lain.
  • Sesiapa yang tidak mengenakan pakaian takwa, dia tidak akan ditutupi dengan satu apa pun.
  • Sesiapa yang redha dengan rezeki Allah, dia tidak akan sedih dengan apa yangada pada tangan orang lain.
  • Sesiapa yang mencabut pedang kezaliman, dia akan memotong tangannya.
  • Sesiapa yang menggali telaga untuk saudaranya, dia (sendiri) akan terjatuh ke dalamnya.
  • Sesiapa yang mencabut hijab (penghadang) orang lain, akan terbukalah auratnya ( keaibannya).
  • Sesiapa yang terlupa merendahkan dirinya, dia akan membesar-besarkan kerendahan (kehinaan) orang lain.
  • Sesiapa yang memendamkan sesuatu perkara, dia akan mendapat celaka.
  • Sesiapa yang membahayakan dirinya, dia akan binasa.
  • Sesiapa yang tidak menggunakan akalnya, dia akan dihina.
  • Sesiapa yang bersifat takbur dengan manusia, dia akan dikeji.
  • Sesiapa yang menyelidiki dengan mendalam sesuatu pekerjaan, dia akan berasa jemu.
  • Sesiapa yang berbangga-bangga dengan manusia, dia akan dipatah-patahkan.
  • Sesiapa yang membodoh-bodohkan, mereka akan dicaci dihina.
  • Sesiapa yang bersahabat dengan orang-orang yang rendah akhlak, dia akan dipandang hina.
  • Sesiapa yang duduk bergaul dengan alim ulama, dia akan bersikap tenang merendah diri.
  • Sesiapa yang masuk ke dalam (pintu) kejahatan, dia akan dituduh (juga).
  • Sesiapa yang meringan-ringankan urusan agama, dia akan terjerumus ( ke dalam dosa).
  • Sesiapa yang merampas harta benda manusia, dia akan menjadi kafir.
  • Sesiapa yang menanti kesihatan, dia akan diberikan kesabaran.
  • Sesiapa yang tidak tahu tempat letak kakinya (berjalan), dia akan berjalan penuh penyesalan.
  • Sesiapa yang takutkan Allah, dia akan berjaya (di akhirat).
  • Sesiapa yang tidak berpengalaman di dalam setiap urusan, dia akan dikhianati.
  • Sesiapa yang bermusuhan dengan ahli kebenaran, dia akan dimusuhi.
  • Sesiapa yang menanggung beban yang tidak terdaya olehnya, dia akan menjadi lemah.
  • Sesiapa yang mengetahui akan ajal mautnya, akan pendeklah impiannya.
  • Sesiapa yang biasa dengan kejahilan, dia akan meninggalkan jalan keadilan.

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!