Perjuang Maya

Thursday, 20 June 2013

Husam Mula Huru Hara!

Apa sudah jadi dengan Husam ni?Bahaya sungguh kenyataan yang Beliau buat ini sehinggakan jika kita amati berkemungkinan boleh mencetus situasi yang rumit apabila para penyokongnya ini bertindak diluar kawalan akibat terpedaya dengan dakyah yg di bawa husam ini dengan merusuh demi kononnya mereka ini akan mati syahid fisabililah walhal tidak layak sama sekali bagi parti Pas ini mendapatkan Syahid kerana mempertahankan sebuah parti yang dasarnya tiada bertepatan dengan Islam sebenar yang di peruntukkan oleh Ahlil Sunnnah Waljamaah dan paling menyedihkan Pas hanyalah sebuah parti menoriti di Malaysia ini

Bagi Admin apa yang diucapkan Husam ini Amat bahaya dan boleh merosakkan Akidah Umat Islam khususnya penyokong Pas kerana apabila berlaku rusuhan atau kematian anda bukan nya mati syahid malah akan mati dalam keadaan yg amat berdosa kerana jika kita mengikuti ajaran yang dibawa oleh Ahlil Sunnah Waljamaah kita akan tahu bagaimana Salah satu prinsip di dalam i'tiqad Ahlus Sunnah wal-Jama'ah adalah mentaati dan menghormati pemerintah (pemimpin) di mana dia duduk di bawah kepimpinan atau kekuasaan pemerintah tersebut. Ini adalah sebagaimana yang telah dijelaskan melalui tulisan sebelumnya.

Ketaatan yang dimaksudkan di sini adalah merujuk kepada:BACA SETERUSNYA UNTUK MELIHAT HUJAH2 SERTA LANDASAN YG BENAR MENURUT AKIDAH AHLUS SUNNAH WALJAAAH DI http://pendekarmelayu-pejuangbangsa.blogspot.com/2013/06/kenyataan-husam-wajib-kita-tentang.html
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Baca Seterusnya...

Jom Sokong Ali Rustam!!!




"Kira saya 'gugur' di medan perang, tak bererti perjuangan saya akan berhenti di sini, jiwa saya bersama rakyat dan untuk rakyat lah saya tetap akan berjuang, kerana perjuangan saya belum selesai. Sehingga nafas terakhir saya, dengan izin Allah." - Ali Rustam


Datuk Seri Ali Rustam mengunakan pendekatan yang cukup berkesan dalam membantu kerajaan hari ini menentang penyelewengan pembangkang didalam alam maya, dalam status updatenya beliau menyuarakan rasa bersemangatnya beliau dalam perjuangan memertabatkan pemerintah dan membantu memperjelaskan perspesi rakyat kepada pemerintahan negara dibawah Barisan Nasional khususnya UMNO!Syabas Datuk Seri!!!!




للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

INFO : Cara Semburan Yang Betul!

Ramai wanita mengaplikasikan teknik semburan minyak wangi yang salah. Haruman sebenarnya tidak perlu disembur pada rambut dan keseluruhan tubuh badan.

Bahagian yang perlu diberi keutamaan golongan wanita ialah dada. Lelaki pula digalakkan menyembur wangian pada belakang telinga, belakang betis dan pergelangan tangan.

Satu lagi kesilapan yang sering orang lakukan adalah menggosok pergelangan tangan selepas menyembur minyak wangi. Tindakan ini boleh membuatkan molekul minyak wangi itu pecah sekali gus membuatkan bau haruman hilang lebih pantas daripada jangka masa sebenarnya.

Biarkan ia meresap sendiri ke dalam kulit. Semoga menambah pengetahuan kita semua :)



للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Bangunan Runtuh Salah Anwar?! [video]

Saksikan video bagaimana runtuhan menara tersebut!





Pembangkang sekali lagi dilihat cuba memperbodoh dan memerangkap Anwar Ibrahim dengan laporan di bawah....Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini hanya ketawa apabila cuba dikaitkan dengan insiden runtuhan di Menara Umno Pulau Pinang...

Ditanya tentang kenyataan pengerusi Umno negeri Zainal Abidin Osman berhubung perkara itu semalam, Anwar berkata seperti selalu, beliau akan dipersalahkan. 
"Tak apa, buatlah siasatan. Ini salah Anwarlah. Biasalah. Itu salah Anwar.

"Bangunan runtuh salah Anwar. Nanti esok pemilihan dalam Umno (pun) salah Anwar," sindir Anwar. 

Zainal Abidin semalam berkata, Anwar merupakan orang paling layak untuk menjawab soalan berkaitan Menara Umno negeri yang didakwa dibina sebelum pelannya dihantar.
Zainal berkata, Anwar ketika itu timbalan perdana menteri dan pengerusi Umno Pulau Pinang dan mereka tidak mempunyai sebarang jawatan pada masa itu. 
Anda nampakkah putar belit portal propembangkang itu?

Jika kita rujuk laporan di atas, ada dua perkara berbeza yang perlu kita tahu :

1. Anwar ketawa apabila cuba dikaitkan dengan insiden runtuhan di Menara Umno Pulau Pinang dan berkata 'bangunan runtuh pun salah beliau'.

2. Padahal, kenyataan Pengerusi UMNO negeri, Zainal Abidin Osman tidak mengaitkan 'Anwar dengan insiden bangunan runtuh' tetapi 'soalan berkaitan Menara Umno negeri yang didakwa dibina sebelum pelannya dihantar' Nampak sangat bahawa portal SorosKini MalaysiaKini telah tersilap besar (atau sengaja silap lapor?) menanyakan soalan yang salah kepada Anwar Ibrahim.

Dan soalan yang sepatut ditanya oleh portal propembangkang itu ialah ;
Apakah Anwar Ibrahim tahu menahu dengan dakwaan Ng Wei Aik DAP bahawa Menara UMNO dibina sebelum pelannya dihantar memandangkan beliau merupakan Pengerusi UMNO negeri Pulau Pinang ketika itu?

Tetapi tidak. Malah, soalan pun silap, jawapannya sudah tentu tidak kena dengan isu sebenarnya. Dan MiM yakin portal itu tidak akan berani menanyakan soalan ini kepada Anwar!

Kita juga faham kekalutan portal tersebut kerana pihak yang mempertikaikan proses pembinaan Menara UMNO itu ialah Ng Wei Aik, ahli politik DAP yang terkenal dengan sikap rasis beliau. 

Takkan portal pro-pembangkang itu mahu melagakan Anwar dengan Ng Wei Aik. Walaubagaimana pun, portal itu telah terperangkap dalam permainan mereka sendiri. Memalukan. Baca Lagi...


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Terkorban Mati Syahid?!

Dek kerana tidak berpuas hati lagi dengan keputusan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) Mei lalu, semakin ramailah pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat yang meroyan tak tentu fasal.

Termasuklah dengan cara mengadakan himpunan haram, ‘Blackout 505′. Desakan demi desakan yang dibuat oleh Pakatan Rakyat ini menganjurkan beberapa siri himpunan protes sebagai tindakan terdesak membantah keputusan PRU13.



Hakikatnya, ia hanyalah sebagai langkah untuk menutup kegagalan dan rasa malu Ketua Pembangkang mereka sendiri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Di sebabkan itulah, salah seorang pemimpin PAS, Naib Presiden PAS, Husam Musa juga sudah berubah angin kepalanya dengan menjadi meroyan secara tiba-tiba.

Hanya kerana mahu menaikkan sentimen kebencian dalam diri rakyat supaya terus bangkit membantah keputusan PRU13 selain menentang kerajaan UMNO dan BN, Husam sanggup berfikiran secara songsang.

Mana tidaknya, Husam sendiri sudah pandai mengeluarkan fatwa sendiri mengenai himpunan ‘Blackout 505′ yang terakhir yang bakal diadakan pada 22 Jun ini.

Menerusi laporan Harakahdaily, Husam menyatakan bahawa sesiapa sahaja yang menyertai Himpunan Black 505 dan terkorban akan dianggap syahid.

“Andai kata kita terkorban, atau satu daripada kita terkorban, insya-Allah ia adalah syahid fi sabillah…
“Kita boleh reda dengan kekalahan kita tetapi kita tidak diizinkan untuk reda dengan penipuan dan maksiat. Tiap-tiap kali pilihan raya Umno menang hanya dengan penipuan, wajib kita orang Islam tegak berdiri menentangnya,” itu antara kenyataan Husam.

Apakah kelayakan Husam untuk mengeluarkan fatwa sedemikian rupa? Sebabnya, Husam adalah seorang yang tidak berkredibiliti untuk mengeluarkan sebarang fatwa. Bila dinilai, fatwanya itu adalah tidak sah. Apatah lagi Husam bukanlah dari kalangan ulama’ yang bijak mengeluarkan bahawa keadaan kematian dalam himpunan itu sebagai mati syahid.

Sebelum ini juga, ramai pemimpin dari kalangan PAS sendiri menasihatkan agar rakyat tidak mudah terjebak dengan aktiviti himpun bantah ini kerana, setiap keputusan yang dikeluarkan haruslah diterima dengan hati yang terbuka.

Malah, Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Haron Din mahu ahli PAS mematuhi pendirian serta nasihat Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang diambil oleh setiap rakyat. Ini kerana, mengadakan himpunan bantah bukanlah termaktub dalam satu perlaksanaan parti PAS.

Kalau dahulu ketika kecoh tentang insiden tembakan di Lahad Datu, ada juga individu-individu tertentu mempertikaikan status kematian perwira-perwira negara walhal sudah terang anggota keselamatan negara gugur syahid kerana mempertahankan keselamatan negara.

Inikan pula kalau berlaku kematian dalam ‘Blackout 505′. Silap hari bulan, akan ada kematian yang sengaja dirancang.

Jadi, rakyat tidak harus termakan dengan kata-kata Husam. Perlu untuk kita kembali memahami maksud fatwa yang sebenar. Dan, berbaliklah semula kepada Ahli Majlis Fatwa untuk mendapatkan kepastian tentang perkara ini.

Kalau dibiarkan terus Husam ‘berkuasa’ di jalanan, mahu terus rosak agama Islam di negara kita ini.
Sebenarnya, Husam sendiri keliru dengan keperluan dirinya dalam parti PAS. Disebabkan beberapa masalah yang menghimpit dirinya seperti ketika ini berdepan dengan pelbagai masalah dan dianggap semakin terpinggir dari arus perdana perjuangan PAS apabila tidak dilantik sebagai exco kerajaan negeri Kelantan ketika Datuk Nik Aziz Nik Mat memilih untuk berundur dari jawatan menteri besar.

Bukan itu sahaja, ada pihak cuba mengaitkan dirinya dengan tidak mendapat perkenan Sultan Kelantan.
Kisah yang terbaru pula apabila Husam kalah dalam kes saman fitnah RM10 juta terhadap New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) dan empat yang lain berkaitan sebuah artikel mengenai jawatannya dalam parti dan kerajaan pada 11 Mei lalu.

Disebabkan itulah Husam mula nak meroyan dan ‘terlari’ sedikit dari landasan perjuangannya yang sebenar.

Wajar rasanya untuk pemimpin-pemimpin tertinggi PAS mengambil tindakan yang sepatutnya terhadap diri Husam dan bukan hanya setakat mendiamkan diri sahaja. Bukan apa, takut nanti semakin teruk matlamat perjuangan parti PAS di saat-saat akhir nanti. - Nur Azlina Shaari




للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Meh komen terus ke fesbuk teman

ping!